Lelaki Pujaan

235 2 0
                                    

Lelaki, dasar brengsek. Aku tak minta lebih. Aku cuma nak kau, yang bernama lelaki yang aku sayang layan aku seperti mana yang sepatutnya. Aku tak minta untuk kau suap aku dengan emas permata. Aku cuma minta perhatian kau. Hati kau. Mata kau. Tangan kau. Kaki kau. Telinga kau. Aku minta semua itu dari kau cuma untuk aku. Aku mahu kau pandang aku walaupun aku tidak secantik perempuan perempuan di luar sana. Aku mahu kau mendengar setiap keluhan aku. Setiap cerita dongeng aku. Aku mahu tangan kau digunakan hanya untuk membelai aku. Aku mahu kaki kau menuju ke aku untuk membawa aku pergi dan pimpin aku dari dunia yang kejam ini. Susah ke awak? Susah ke wahai lelaki pujaan? Atau sebab kau tahu aku tak akan pergi jauh dari kau, kau layan aku seperti sampah? Aku, perempuan yang dahagakan kasih dari lelaki pujaan. Aku taknak perasaan unwanted ini buat aku membenci kau. Ya, kau wahai lelaki pujaan.

Kehidupan Seorang SeseorangWhere stories live. Discover now