Awak, awak ingat tak dulu kita hampir-hampir jadi sepasang kekasih. Bermula dari pandangan biasa sehingga awak minta nombor telefon saya. Dulu awak buat saya jatuh cinta dengan cara awak. Dengan layanan awak. Satu saat, awak minta saya untuk jadi kekasih awak. Saya minta masa seminggu untuk saya beritahu jawapannya kepada awak. Hari pertama, hati saya ada awak 10%. Hari kedua, hati saya pada awak 20%. Hari ketiga, hati saya pada awak 30%. Hari keempat, hati saya pada awak 40%. Hari kelima, hati saya pada awak 50%. Masuk hari keenam, hati saya pada awak sudah lebih dari separuh.
Tiba-tiba.....
"esok hari ketujuh. Esok awak akan bagi jawapan kepada saya. Tapi maafkan saya awak. Saya rasa saya tak bersedia lagi untuk jadi kekasih yang boleh menjaga awak. Saya harap awak tak kecewa...."
One words ; fuck
Sejak itu awak hilang menjauh dari saya. Saya dah tak nampak awak. Pandangan awak. Blur awak. Semuanya saya dah tak nampak.
Dan saya move on.
Kini ;
Kenapa awak kembali? Kenapa awak disini? Kenapa awak berada dekat dengan saya? Kenapa setiap hari saya berjumpa dengan awak? Kenapa pandangan awak memberi fuck fake hope kepada saya? Kenapa setiap kali saya nak pandang awak mata kita sering bertemu dan lepastu kita sama-sama coverline pandang tempat lain?Damn it!
YOU ARE READING
Kehidupan Seorang Seseorang
LosoweYang telah dialami dan bakal dialami 'Aku' boleh jadi seorang lelaki atau seorang perempuan. Tidak ada kene mengene dengan yang sudah tiada tapi yang hidup mungkin ada. Tak semua terlibat dan tak semua tidak terlibat. Judgemental, maybe.