Aku terjaga. iPhone 5 di sebelah aku capai. Cahaya daripada telefon pintar itu mula memasuki kornea mataku. Samar-samar, aku lihat jam menunjukkan 01:39.
Anehnya, aku memang jarang terjaga pada waktu seperti ini.
"Tak! Tak! Tak!"
Aku tersentak. Bunyi apa tu?
Aku lihat sekeliling. Cuma ada aku di dalam bilik gelap yang sempit itu.
"Tak! Tak! Tak!"
Bunyi yang sama ku dengar. Bunyi seperti tapak kaki orang yang sedang berjalan pantas.
Aku cuba berfikir positif. Mungkin ada orang yang sedang berjalan di luar.
Tetapi yang anehnya lagi, bunyi itu datangnya dari sebelah kanan...
padahal koridor berada di sebelah kiri.
Aku mulai dibelenggu perasaan tidak enak. Kata orang kalau alami benda-benda seperti ini, kau buat bodoh saja. Lama-lama bosan juga mereka 'mengacau'.
Aku menarik selimut, cuba untuk tidur semula. Namun apa yang terjadi seterusnya hampir membuatkan nafasku terhenti.
"Psstsghhhsgt.... Psstsghhhsgt.... Psstsghhhsgt...."
Seseorang berbisik di telingaku!
Betul-betul di sebelah telinga kananku!
"Psstsghhhsgt.... Psstsghhhsgt.... Psstsghhhsgt...."
Mataku terbeliak. Degup jantungku semakin kencang. Badanku mula bergetar.
Sepantas kilat aku menutup telinga kerana bisikan itu semakin lama semakin kuat.
Dan... Aku tersentuh sesuatu yang aneh...
Sesuatu yang kecil...
Panjang...
Seperti wayar...
Lalu aku sedar... Yang telinga kananku masih tersumbat dengan 'earphone'.
Lantas aku lihat tajuk lagu yang sedang bermain pada MP3 yang berada di bawah bantal.
"Collection of Horror Sound Effects."
Hmm... mamai.
YOU ARE READING
M A R E S
TerrorMares, seperti dalam perkataan "nightmares", merujuk kepada perkara yang menjangkau kebiasaan atau kesemulajadian alam (preternatural/paranormal). Tetapi itu definisi lapuk. Generasi media sosial membacanya terbalik. Ini koleksi cerita-cerita seram...