Hari ni, majlis hari lahir Maira yang ke-11. Semua dihias cantik dengan hiasan hari lahir yang berwarna terang. Amat cantik apabila ditenung pemandangannya. Maira kat mana? Mestilah dalam bilik 'gelap'nya. Buat apa? Bersiaplah untuk parti yang bakal dijalankan. " Arghhh!! Apa aku nak pakai ni. Kenapa mama beli gaun kuning tak guna ni?! Eee aku nak baju merah hitamlah! Mama! Oh, Mama! " jerit Maira apabila dia tahu baju yang dikehendaki tidak dapat dibeli. Panas hati dibuatnya. " Ya, sayang. Kenapa jerit jerit ni?" tanya Puan Masfirah apabila anak perempuannya itu terpekik terlolong seperti nampak hantu. " Maira tak nak baju ni! Mama macam tak tahu je. Apa ini Mama? Kan birthday Maira. Ee bencilah macam ni! " adu Maira kasar. Tak puas hati apabila baju idamannya tidak dapat dibelikan untuk majlis hari lahirnya. Maira terus berlari keluar dari bilik, tanpa mendengar penjelasan mamanya. Peduli apa dia. Apa yang dia mahukan, mesti ditunaikan. Tidak kira apa pun.
Apabila kaki menjejak lantai ruang tamu, kelihatan adiknya, Nina memakai baju idamannya. Lagi panas hati. Dia tak dapat, adik dia pula yang dapat. " Eh Nina, kau sini! Sini cepat! " panggil Maira dengan nada seperti gangster. Takut Nina dibuatnya. " Kenapa kau pakai baju ni?! Kau ingat kau siapa hah nak lebih dari aku?! Kau kena ingat kau itu adik, aku ini kakak! Kau kena ingat itu,Nina." herdik Maira apabila Nina mendekatinya. 'Ambil kau! Kan dah kena tulah setuju lagi dengan mama nak pakai baju ni' bisik hati kecil Nina. " Emm, mama yang suruh adik pakai, adik pakailah. Mama suruh takkan nak bantah " jawab Nina dengan berani. Suaranya sedikit menggigil apabila berhadapan dengan kakaknya itu. Tak, sebenarnya itu bukan kakaknya, tetapi sifat marah yang sedang menguasai kawalan minda Maira. " Oh, begitu? Baik, aku panggil Mama. Mama! Oh, Mama! " jerit Maira lagi memanggil mamanya. Jeritan itu membuatkan Maira menjadi perhatian bagi mata mata tetamu di majlis itu. " Ya, sayang. Kenapa jerit jerit macam nampak hantu ni? Pasal baju itu lagikah? " nyahut Puan Musfirah. " Sampai hati mama kan? Maira yang nak baju tu, Nina yang dapat. Apa ni mama?! Kenapa mama buat macam ni? Jijik sangat kah Maira nak pakai baju cantik macam itu sempena majlis hari jadi Maira?! " adu Maira. Sungguh dia tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi hari ini.
Terkedu dan kaku Puan Musfirah apabila anak sulungnya serkap jarang dengan memikirkan benda yang bukan bukan seperti itu. Bukan itu yang berlaku. Sukar baginya untuk menerangkan kepada Maira kerana dia tahu, Maira tidak akan mendengar penjelasannya walaupun sedikit. " Bukan macam tu, Maira. Semalam mama dah cari dah baju itu di Butik Azzahra. Mama ada jumpa baju sebiji seperti yang Maira tunjuk dekat mama. Tapi bila mama cari saiz Maira, tak ada. Yang ada hanyalah saiz Nina. Jadi mama belikanlah untuk Nina. " jelas Puan Musfirah kepada Maira. Tetapi apa Maira kisah?! Dia sudah tawar hati. ' Oh begitu ceritanya? Jadi apa motif belikan Nina sedangkan aku yang minta? Nak buat aku sakit hati? ' bisik hati kecil Maira. Maira lantas berlari menuju kebiliknya. Kunci pintu, tindakan pertama. Dia terus menggapai beg galasnya lalu memasukkan seberapa banyak baju yang ingin dibawa lari. Peduli apa dia. Baginya rumah itu bagaikan penjara yang mengurung dirinya dan memberikan tekanan perasaan. Dia sudah penat. Penat untuk menanggung segala keperitan selama 11 tahun tinggal bersama keluarga yang dulu disayangnya. Kini? Dia sudah meluat untuk menyayangi setiap insan yang menyakiti hatinya setiap hari.
Dia keluar dari bilik dan terus meluru ke pintu rumahnya. Dia mahu lari daripada segala masalah yang menimpa dirinya setiap saat. Tiada sepatah kata kata selamat tinggal yang terungkap dibibir Maira. Dia sempat menghubungi teksi semasa mengemas baju tadi. Jadi tidak payah lah dia menunggu teksi dibawah panahan matahari yang terik sehingga mampu membakar kulit Maira yang putih gebu itu. " Huh, even aku tak tahu aku nak pergi mana. Aku tetap nak pergi dari penjara tekanan perasaan yang merimaskan ni " Maira bermonolog sendiri sambil berlari keluar rumah. " Maira! Nak pergi mana sayang? Duduklah sini. Mama janji mama akan membelikan baju yang Maira nak. Jangan pergi, Maira " pujuk Puan Musfirah dengan lembut sambil mengejar anaknya itu. Sungguh dia takut kehilangan anak sulungnya itu. Dia baru sedar yang dia tidak patut membelikan baju tersebut untuk Nina. 'Ya Allah, kau janganlah jauhkan anakku, Maira daripadaku Ya Allah' doa Puan Musfirah didalam hati kecilnya. Dia terus mengejar Maira yang sedang melangkah masuk kedalam teksi yang sudah sekian lama menunggu.
Teksi yang berlalu pergi membawa Maira jauh dari keluarga yang membesarkannya. Maira tidak sedikit pun rasa sebak inikan pula ingin menitiskan air mata. Memang taklah! Dia bukan rasa sedih kerana meninggalkan keluarganya, tetapi dia rasa seronok, gembira kerana akhirnya dia dapat lari daripada penjara tekanan perasaan yang boleh buat dia gila! " Ahh leganya aku, akhirnya aku berjaya keluar daripada penjara yang selama ini mengurung aku. Eh kejap, aku nak pergi mana? " binggung Maira apabila dia menyedari yang dia sebenarnya tiada hala tuju. ' Hah! Kan Ros duduk area Damansara. Dekat saja, pergi rumah Ros lah ' sorak hati Maira apabila dia teringat rakan baiknya, Ros Robert.
YOU ARE READING
Merah
RandomNama aku Nina Harraz. Nur Hanina Binti Mohamad Harraz. Aku ada seorang kakak yang obses dengan metal dan darah. Maira Harraz. Dia ni terlalu fanatic dengan darah, dan merah. Juga hitam. Sanggup meninggalkan segalanya demi apa yang dikejar. Lari dari...