" Good morning Ros. Awal kau bangun, mimpi indah ke? Haha " gurau Maira pagi pagi ni. Saja nak sakat Ros yang sedang buat air untuk sarapan mereka. " Owh indah sangat mimpi aku, pheww " jawab Ros. Tergelak Maira mendengar jawapan itu, pandai menjawab dah Ros sekarang ya. " Hmmm, sedapnya bau. Kau masak apa? macam sedap je " " Aku masak mee hoon goreng ni. Mestilah sedap, jaranglah Ros masak hampeh " jawab Ros sambil membangga diri memuji masakannya. Ros memang terkenal dengan masakannya yang bole buat mana mana lelaki cair, pheww hebat betul perempuan ni. " Kau mesti mimpi indahkan malam tadi kan? " tanya Ros. Macam tahu tahu je Ros ni. " Eh mestilah indah, jaranglah aku dapat mimpi hantu jahanam hehe " jawab Maira selamba. Jelas, dia tidak dapat membaca disebalik soalan Ros. " Owh, mestilah indah sebab lelaki pujaan minta nombor telefon " kata Ros selamba. Ambik kau, ini sebenarnya disebalik pertanyaan tadi. Cuak muka Maira. Yalah dia ingat tiada siapa yang nampak, rupanya Ros nampak. Merah pipinya apabila perbuatannya semalam ditonton oleh rakan baiknya.
" Nak senyap takpe, aku nampak semalam. Jangan risaulah tak payah nak malu dengan aku. Kau kan kawan aku, jadi tak ada rahsia antara kita. " kata Ros lagi apabila Maira hanya mempamerkan pipi yang merah dan muka kelat menahan malu. " Owh, hmm. Okay, Ros. Tapi kau diam je tau, jangan bagitahu sesiapa pun, okay? ". " Okay, jangan risau rahsia kau selamat dengan aku " kata Ros. Dia sempat memandang muka kawannya yang cantik itu. Tidak hairanlah kenapa Yusoff yang juga dia minati tertarik dengan Maira. Maira memiliki air muka natural beauty. Tanpa dicalit cat warna makeup pun dah sedap dipandang mata lelaki. Bulu matanya yang lentik, keningnya yang nipis sudah cukup membuat lelaki tidak lepas pandang. Bentuk badan yang ramping cukup membuat nafsu lelaki naik serta merta. Maira dan Ros amat berbeza rupa paras. Jelas bahawa Maira lagi menonjol dan menarik perhatian ramai berbanding Ros.
" So, ready for today? Kau nak jumpa leader aku, for ujibakat? " tanya Ros memecahkan kesunyian antara mereka. " Dah ready. Cuma a bit nervouse lah sebab aku nak jumpa leader metal band terbaik kan. " kata Maira. Dia bukan sahaja nervouse sebab ujibakat itu, tapi juga sebab Yusoff. Sanggupkah dia menatap wajah Yusoff setelah dia memurahkan bibirnya untuk dikucup oleh lelaki tersebut semalam? Sungguh dia bahagia tetapi dia juga malu. " Nervouse itu biasalah, kalau tak terlebih yakin pula nanti. Nervouse is needed in every second in our life, Maira. " sungguh, kata-kata semangat Ros telah membangkitkan semangat Maira. Betul, perasaan gementar memang diperlukan dalam setiap detik kehidupan.Dengan kata kata Ros, kini dia rasa lebih yakin dan bersedia dengan apa sahaja komen dan kritik yang akan diterima nanti. ' Eian Rykarl, kritiklah yang baik baik ' bisik hati Maira.
" Eh dahlah cepat makan, nanti Eian marah karang kau lambat. Baru ujibakat nak lambat eh. " bebel Ros. Aduh, inilah yang Maira penat ini. " Okay okay " jawab Maira.
YOU ARE READING
Merah
RandomNama aku Nina Harraz. Nur Hanina Binti Mohamad Harraz. Aku ada seorang kakak yang obses dengan metal dan darah. Maira Harraz. Dia ni terlalu fanatic dengan darah, dan merah. Juga hitam. Sanggup meninggalkan segalanya demi apa yang dikejar. Lari dari...