Didalam perjalanan , Maira teringat dia tiada duit. Hanya dua tiga ringgit yang ada didalam sakunya. ' Alamak macam mana ni? Aku tak ada duit. Macam mana nak bayar duit teksi. Ros pun takkan bagi aku duduk dengan dia kalau tiada duit ' bisik hati Maira kerisauan. Dia betul betul buntu. " Pak cik, berhentikan saya dekat R&R berdekatan ya " kata Maira. Keputusan muktamad. Nak atau tak nak dia tidak boleh duduk bersama Ros kerana takkan dia nak suruh keluarga Ros menanggung kehidupan dia sepenuhnya. Akhirnya sampai juga dia ke R&R berdekatan. Tapi dia tak ada duit nak bayar teksi. Apa yang ada dalam fikiran dia adalah, lari!. " Hey hey, nak pergi mana ?! Bayar dulu! Woii ! " pekik pemandu teksi apabila Maira melangkah keluar dan lari tanpa sebarang wang tanbang. Marahlah dia. Dia penat bawa kereta last last tak ada income. " Dasar celaka punya budak. Dah naik teksi aku, bayarlah. " penat untuk memekik lalu pemandu teksi itu memandu teksinya balik kerumah. Masa pun sudah menunjukkan tepat pukul 10 malam. Baik dia balik, nanti bini dia pula yang memekik.
Akhirnya, didalam kepenatan tahap melampau akibat berlari, dia duduk disebuah bangku. " Apa punya orang tua?! Dah nampak aku macam orang tak ada duit, lepaskan ajelah! Aku budak kot, muka pun memang muka budak tak ada kerja. Heishh dasar berkira!"bebel Maira apabila dia dimaki hamun free free je dengan pemandu teksi sial tu. Selepas selesai melepaskan lelah akibat berlari dan sakit hati terhadap pemandu teksi itu, dia pun terus mengatur langkah mengikut naluri hatinya. Nak guna GPS, tak ada. Heihh. Tiba disebuahbkedai makan, kelihatan sekumpulan remaja berbaju serba hitam. Ianya band metal yang amat diminati oleh Maira. Dia perasan kerana dia ternampak ahli kumpulan kegemarannya, Mohd Yusoff. Handsome kot, siapa taknak jadikan kegemaran kan. Maira dengan segera mendekati kumpulan tersebut. Tak sabar dia untuk berkenalan dan seterusnya menjadi kawan kepada ahli band metal yang amat terkenal itu. Apa dia kisah? Terkenal? Di mata Tuhan sama saja. Jadi tak salah jika mereka berkawan. Sedang mendekati band tersebut, dia ternampak satu-satunya rakan dia, Ros Robert sedang berbual bersama mereka. ' Apa dia buat kat situ? Baik aku tegur. Mustahil dia tak kenal aku' detik hati Maira. Jadi dia pun mendekati rakan baiknya itu. " Hai Ros, lamanya tak jumpa kau! " tegur Maira dengan nada gembira. Semua ahli band itu kini mengalihkan pandangan masing masing kearah Maira. Pelik mereka.
" Eh Maira, apa kau buat kat sini? Bukan ke kau sepatutnya ada kat rumah aku? " pelik Ros. Setahu dia, dia telah memberi tahu Maira bahawa dia tiada dirumah dan suruh Maira masuk saja apabila dah sampai kerumahnya. Maira pun menceritakan kepada Ros segala apa yang terjadi. Ahli band yang lain turut mendengar cerita Maira. Ros juga memberitahu bahawa dia adalah vokalis band itu dan bagaimana dia boleh masuk kedalam band itu. " Kami sedang mencari pemain gitar elektronik yang bagus untuk lagu bergenre hardcore. Tapi sampai sekarang tak jumpa " kata Eian Rykarl apabila Maira bertanya tentang perkembangan mereka. " Maira pandai main gitar elektrik. Dia amat minat muzik bergenre hardcore ni. Kan Maira ? " kata Ros. Niatnya adalah untuk membenarkan Maira masuk dalam band tu. Sekurang sekurangnya Maira adalah juga duit nak survive. " Haah, and it will and honer kalau korang nak tengok Maira main. " kata Maira dengan malu. Malulah dia apabila semua mata ahli band itu memandangnya terutamanya Mohd Yusoff yang amat handsome tu. " Okay Maira, esok datang studio kami bawa gitar awak. Tak kisah pukul berapa, kami akan ada kat sana. Nanti Ros bawa dia, okay Ros? " Kata Eian Rykarl selaku ketua. Ros dan Maira hanya mengangguk tanda faham.
" Okay gais, dah nak pukul 3 pagi ni, my mom gonna kill me if dia tahu I balik pukul 3. So see you all in studio esok. " kata Eian sebaik sahaja melihat jam tangannya. Kemudian mereka semua pun bersurai mengikut haluan masing masing. Esok banyak lagi kerja nak kena buat ni oi, penatnya. Maira juga mengikuti mereka sambil menggalas beg dan membawa sekali gitarnya. Tapi Maira di belakang, dia belum tentu menjadi ahli kumpulan itu jadi dia agak malu untuk berjalan bersama mereka. " Hai Maira " tegur Yusoff sambil mendekati Maira. Berdegup jantung Maira apabila Yusoff betul betul didepannya. " Oh, hye. Yusoff kan? " tanya Maira. Sedangkan dia tahu itu adalah Yusoff. " Ya saya Yusoff. Maira, boleh saya tanya something? " kata Yusoff. Lembut budi bahasanya. Cukup boleh buat Maira cair macam ais atas lava. " Boleh. Apa dia? Baik cepat Ros dah tunggu saya dalam kereta " " Boleh saya nak nombor telefon awak? And maybe a goodnight kiss? " kata Yusoff. Nakal juga dia ni, dekat public kot minta kiss. Heihh. Maira terkejut, dan terus memberikan nombor telefonnya kepada Yusoff. Jeda. Lama mereka berdiam akhirnya Maira mencium pipi Yusoff dan berlalu pergi masuk kedalam kereta dengan senyuman yang lebar and tak lekang di bibir.
" Oii kak, termenung jauh nampak. Kenapa lambat tadi? Tersenyum senyum. Gila apa kau ni? " tegur Ros apabila dia nampak kawannya itu termenung panjang. Entah entah dah sampai bulan agaknya. " Hah, owh tak ada apa apa. Aku penat, ingat balik nak terus tidur " alasan Maira . Ros hanya memandu, bukan dia tak nampak apa yang Maira buat tadi. Dia pun memandu pulang kerumah sewanya.
YOU ARE READING
Merah
RandomNama aku Nina Harraz. Nur Hanina Binti Mohamad Harraz. Aku ada seorang kakak yang obses dengan metal dan darah. Maira Harraz. Dia ni terlalu fanatic dengan darah, dan merah. Juga hitam. Sanggup meninggalkan segalanya demi apa yang dikejar. Lari dari...