PART ONE

845 35 6
                                    

15 November 2015 . Sekitar jam 9.00 pagi .
Suatu tempat , di sebuah taman di Seoul . Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki duduk dibangku yang sama setiap hari sejak 2 tahun yang lalu . Mengimbas kembali memori silam luka . Kisah cintanya bermula pada :-

Imbas Kembali waktu itu .
14 Januari 2013 . Di sebuah kolej terkemuka Seoul .
Tempat pertemuan mereka .

Kim HyeRin .
Seorang gadis yang tercantik di kolej dan berperwatakan menarik .
Kecantikan dan kelembutan wajahnya telah membuat jejaka-jejaka kampus jatuh hati pada pandangan pertama termasuklah Suga , seorang jejaka pendiam dan merupakan pelajar cemerlang kolej. Suga tanpa sedar dan dalam diam mencintai dan menyayangi HyeRin sejak hari pertama HyeRin melangkah kaki ke kolej tersebut . Kecantikan HyeRin telah menjadi siulan dan bualan hangat jejaka-jejaka kampus dan menjadi topik penceritaan utama bagi si gadis-gadis yang mencemburui kecantikan HyeRin .

9.00 pagi - Kelas Muzik . Sebelum kelas bermula .
Dihadapan kelas , koridor utama .

Taehyung atau lebih mesra dengan panggilan V - Jejaka 4D yang berperwatakan Alien . Rakan karib Suga .

"HyeRin !"
"HyeRin !"
Panggilan V tak disahut oleh HyeRin .
"Pekakkah? Ke memang dia tak dengar aku panggil ?" V berkata-kata dalam hati .

V tanpa berputus asa memanggil HyeRin untuk kali yang ketiga dan kali ini panggilannya disahut .

"HyeRin !"
"Ya?" Hyerin berhenti dan memusingkan badannya kearah si pemanggil . "Awak panggil saya ke?" Tanya HyeRin . Kehairanan .
"Ehh , tak la . Saya panggil cermin tu haa" .
*memuncungkan mulut dan menuding jari kearah cermin yang berada di belakang HyeRin.
HyeRin ketawa melihat gelagat V . V senyum dan menjawab .
"Ya , saya panggil awak" .

"Awak HyeRin kan ? Budak baru dekat kolej ni ? Kira betullah saya panggil nama awak tadi tu kan? Btw nama saya Kim Taehyung , tapi awak boleh panggil saya V . Pelajar kedua jurusan Muzik dan Seni Pentas " V memulakan bicara dengan berani dan tenang . Suasana sepi .

"Ya , betullah tu . Hai senior . Tapi mana awak tahu nama saya ?" Tanya HyeRin . Hairan .
"HAHAHA" ketawa V memecahkan kesunyian pagi dikoridor itu .
HyeRin hairan dan pelik dengan gelagat V . "Aku buat lawak ke?" Kata HyeRin dalam hati .
Ketawa V mati setelah melihat perubahan air muka HyeRin . Lalu dia menyambung kata-katanya .
"Maaf . Maaf atas kelakuan saya. Kata V dengan nada kesal . Perasan kata-katanya tidak disambut , V menyambung perbualannya .
"Siapa yang tidak kenal awak , gadis paling popular dan cantik dekat kolej ni " Kata V
"Ohh , haha saya tak tahu pulak semua orang kenal saya. Btw saya belum kenalkan diri lagi , saya Kim HyeRin pelajar pertama jurusan Sains Ekonomi . Salam perkenalan , senior !" Kata HyeRin sambil ketawa . V senyum . Setelah bersembang dan berkenalan selama kira-kira 15minit , mereka berpisah dan pergi ke kelas masing-masing .

9.15pagi .
Didalam kelas muzik .

SUGA .
Seperti hari-hari biasa yang lain . Merenung jauh di luar jendela kelas . Diam dan kaku . Wajahnya sugul tanpa riak . Pakaiannya tidak terurus . Keadaannya sama seperti orang yang sedang putus cinta .

Kim Seok Jin - Jejaka yang menggelarkan dirinya "Pink Princess" dek kerana minatnya yang sangat mendalam terhadap warna tersebut . Salah seorang teman sehostel Suga .

JIN .
Berjalan kearah meja Suga . Tarik kerusi dan duduk . Tenung muka Suga . Lama . Mengeluh .

"Suga , kau kenapa doe ? Sejak dua menjak ni , kau diam je . Kau ada masalah ke ? Keadaan kau pun dah tak terurus . Kusut . Serabut je aku tengok . Sem lepas tak macam ni pun? Kalau ada masalah story la dengan aku . Kita ni duduk satu hostel tapi kau dah jarang lepak kat katil aku . Kenapa doe ?" Tanya Jin . Bingung .

Pandang ke arah Jin . Mengeluh . Tarik nafas dan cuba senyum . Kelat .

"Aku okey je . Tak ada masalah pun . Cuma penat sikit , banyak latihan kan . Just tak cukup rehat and tidur je . Kau takyah risau . Nanti okey la" . Jawab Suga . Tenang .

Jin mengeluh . Dia dapat rasakan something wrong with Suga tapi dia tak tahu apa sebab dan puncanya yang membuatkan teman sehostelnya berubah total . Berfikir . Lama . "Aku kena lakukan sesuatu , aku kena siasat apa sebenarnya yang jadi" . Bisik hati Jin . Tekad .

Tak lama selepas itu V si alien masuk ke kelas . Berjalan dengan tenang ke mejanya di sebelah Suga . Wajahnya ceria , mulutnya tak lekang dengan senyuman .
"Mood dia baik harini . Kata Jin dalam hatinya" .

Jungkook atau lebih mesra disapa Kookie - The Golden One . Jejaka yang mempunyai pakej lengkap untuk dijadikan suami xD . Kawan baik dan rakan meja sebelah V xD .

KOOKIE .
"Kau dah kenapa V ? Kena sampuk ehh , senyum sensorang ?" Tanya Kookie dalam nada separuh ketawa .

"Ehh kau nie xD , ke situ pulak . Salah ke aku nak senyum ?" Jawab V . Senyum . Manis sekali .

"Salah lah sebab orang gila je yang senyum sensorang macam kerang busuk . Macam kau haa , dah gila agaknya , Hahaha ". Kookie membalas kata kata V dengan sindiran sambil ketawa .

"Haha , memang aku gila pun . Gila bayang !". Jawab V sambil tunjuk muka alien xD .

"Ehh , Suga kenapa ? Monyok je . Macam ada masalah je ? Dia tak story kat kau ehh ? Kau tak nak tanya ke ? Kau kan rakan karib dia ? Aku risau la tengok dia macam tu . Ke dia sakit ?" Bisik Kookie dengan muka cemas .

"Dia takde story apa apa pun . Mood dia tengah tak okey tu , nanti dah okey aku tanya dia" . Jawab V dengan nada perlahan .

"Alright" . Kookie anggukkan kepala tanda faham .

Kelas pagi itu berjalan seperti biasa .




















Bersambung ......





[Complete] Can You Please Stay With Me ?Where stories live. Discover now