PART 7

248 25 1
                                    

"Hoi perempuan ! Jauh termenung ? Dah sampai mana dah kau sekarang ? Paris ? London ? US ? Jordan ? Ke still dekat Korea lagi ?" Sinis teguran Yoona kepada HyeRin . HyeRin terkesima . Mematikan lamunannya . Dia kemudian berpura pura senyum seolah olah tidak mendengar sindiran Yoona itu tadi . Hairan dengan sikap dingin Yoona kepadanya .

"Kenapa Yoona macam tu ? Selalunya ceria je . Harini bad mood semacam pulak . Period kod betina tu" . HyeRin bermonolog di dalam hati .

"Ehh Yoona . Hai , taklah mana ada termenung . Aku tengok budak budak tu main kat padang" . Jawab HyeRin lembut , cuba bersikap tenang dan sopan didepan Yoona dan L.E .
L.E mencebik .
Yoona buat muka annoying mendengar dan melihat kepura puraan HyeRin tapi Yoona masih mengawal amarah dan cuba bersikap seperti biasa walaupun hakikatnya hatinya seperti sudah mahu meletup .
"Sabar Yoona , sabar . Jangan sound dia selagi kau belum cukup bukti". Hati Yoona bermonolog .
L.E memulakan bicara . Buat seperti yang dirancang .

"Ehh HyeRin . Kau dengan V ada apa apa ke ? Mesra je aku tengok korang dekat cafeteria tadi ? Sampai kami lalu sebelah pun dah tak nampak" L.E bertanyakan soalan cepu emas itu kepada HyeRin .

"HAHAHA , taklah . Soalan apa ni ? Kami kawan je . Kan aku pernah cakap . Aku tak suka budak muzik , low class la . Takde masa depan . Dah diorang yang terhegeh nak dekat aku . Aku layankan je la ." Jawab HyeRin tanpa berlapik . Kejamnya kau wahai perempuan !

"Habistu kalau tak suka kenapa layankan jugak ? Bagitahu terus terang la . JUJUR , tak boleh ke ? Kau macam nak mainkan perasaan V pulak ? Tak baik la buat macam tu . Bagi harapan palsu dekat V . Kesian tahu tak ? Apa sebenarnya yang kau nak haa ?" Tanya Yoona tanpa berselindung . Masih bersikap tenang .

"HAHAHAHAHA , aku memang saje nak mainkan perasaan orang pun terutama V ! Saje nak tabur harapan palsu . Orang macam V tu memang tak layak untuk aku ! Kau pergi bagitahu dia , suruh cermin diri tu dulu ! Setakat muka macam dia , tepi longkang rumah aku pun banyak la ! V tu cuma layak untuk makcik makcik kutip sampah je ! Ada hati nak dekat orang !" Tengking HyeRin . Tanpa HyeRin sedar dia telah membuka pekungnya sendiri .
Nasib kau la perempuan ! Lepas ni mereput la kau tepi jalan ! SOMBONG Ya Rabbi ! Macam kau tu lawa sangat ! Porahhh .

"Kenapa kau buat V macam tu ? Kenapa ?! Apa sebenarnya yang kau nak haa ? Kenapa kau nak hancurkan V dan Suga ? Kau tahu tak ? Sebabkan perempuan macam kau , V dan Suga bergaduh . Bergaduh gara gara berebutkan kau !! Aku tak faham la HyeRin . Kenapa kau wujud dalam hidup diorang kalau kehadiran kau hanya nak siksa kehidupan orang lain ?!!" Yoona memekik . Rasa amarah yang tersimpan meletus jua . Panas dengan kenyataan sombong dan bongkak HyeRin .

"HAHAHAHAHAHA . Diorang gaduh apa kaitannya dengan aku doe ?! Ehh lantak la diorang nak gaduh ke ? Nak bertumbuk ke ? Nak bunuh diri ke ? Ada aku kesah ? HAHAHAHA . Aku tak suruh buat semua tu pun tapi bagus juga la kalau diorang dah gaduh , senang la kerja aku . Tak payah susah susah jadi batu api . HAHAHA . So , mission one already complete . Next mission , Suga then V . HAHAHAHA tapi korang kena ingat . Kalau sampai salah seorang daripada korang bukak mulut . Siap la ! Faham !" HyeRin memberi amaran dan ketawa sambil berlalu pergi .

"Kenapa kau jadi macam ni HyeRin ? Kenapa ? Kenapa kau nak seksa V dan Suga ? Waeyo ? WAE ?!!!!" Yoona menjerit kepada HyeRin sambil menangis dan pertanyaannya dibiarkan tergantung tanpa sebarang jawapan . HyeRin berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi .
L.E yang terkesima dengan kata kata HyeRin telah berlari dan memeluk Yoona setelah mendengar Yoona menangis . L.E memeluk Yoona dengan erat dan membiarkan Yoona menangis didalam pelukannya .

"Sabar Yoona sabar . Kau kena kuat , kalau kau lemah macam ni , macam mana kau nak lawan HyeRin ? Macam mana kau nak tolong Suga dan selamatkan V ? Kita kena kumpul bukti secepat mungkin sebelum V betul betul jatuh dalam perangkap HyeRin . Kita kena siasat siapa HyeRin yang sebenarnya dan kenapa dia nak hancurkan V dan Suga . Aku ada dengan kau dan aku akan tolong kau ." L.E memberi kata kata semangat kepada Yoona . Yoona mengangguk dan mengelap pipinya yang basah .

"Thank you chingu , kau lah sahabat aku dunia akhirat . Okay , aku kena kuat demi V . Aku tak nak V patah hati dan merana . Aku tak sanggup L.E . Aku betul betul tak sanggup." Jawab Yoona dalam nada sayu .

"Aku faham Yoona . Dah dah jangan menangis lagi . Jom , kita pergi . Lagi cepat lagi bagus kn ?" L.E membalas kata kata Yoona .

"Okay , jom ". Jawab Yoona . Dan mereka berlalu pergi untuk mencari sebuah kebenaran .

[Complete] Can You Please Stay With Me ?Where stories live. Discover now