PART THREE

302 22 2
                                    

Pagi tu .

"Alamak ! Dah pukul 10.00 pagi ! Aku dah lambat ke kelas ! Apasal Kookie tak kejut aku ?!! Haishhh budak bertuah ni . Memang nak kena ni !" Bebel RapMon . Lompat katil dan bergegas ke bilik air untuk mandi .

Kim Namjoon atau lebih mesra disapa RapMon - Ketua segala benda . Mengakui dirinya mampu makan apa saja sepeti "Monster" . Ketua kelas muzik . Rakan karib kepada semua budak budak nakal tahun kedua jurusan muzik . Teman sebilik Kookie .

15 minit selepas itu .

RapMon berlari lari anak menuju ke bilik latihan .
"Masaklah aku kena bebel dengan lecturer kejap lagi . Ni semua Kookie punya pasal la . Kenapa dia tak kejut aku?! Kau tunggu Kookie . Tunggu balasan daripada aku" Bebel RapMon lagi sambil menggaru kepalanya . Mukanya kelat menahan marah . Perasaannya berbaur .

"RapMon !"
"Woi RapMon !"
"RapMoooooooooooooooooooooooooooooonnnnnnnnnnnnster !"
Pekik Hoppie memanggil RapMon yang berjalan laju dihadapan . RapMon berhenti selepas mendengar seseorang memanggil namanya . Memusingkan badan ke belakang . Melihat gerangan susuk tubuh yang memanggil namanya , dia terkejut dan menjerit .
"Woi Hoppie ? Kau ni Hoppie kan ?" Tanya RapMon dalam nada terkejut . Hoppie tersenyum dan mengangguk .
Seolah olah tak mempercayai dengan apa yang dilihatnya , RapMon berlari ke arah Hoppie dan memeluk Hoppie dengan erat .
"Mana kau hilang weahh ? Kau tahu tak semua rindu kat kau ? Kau pergi tak bagitahu apa apa pun . Kawan apa kau ni ?" Tanya RapMon kepada Hoppie dalam keadaan menangis .

Jung Hoseok atau dikenali sebagai Hoppie - Teman sepermainan RapMon sejak zaman kanak kanak . Menghilangkan diri pada penghujung bulan ketiga tahun pertama pengajian . Datang kembali selepas hampir dua tahun hilang . Tujuan ? Tak diketahui . Kelam dengan diri sendiri .

"Aku minta maaf RapMon . Aku betul betul minta maaf . Aku tahu salah aku . Aku pergi tinggalkan korang semua tanpa sebarang pesan . Aku tak patut buat macam tu . Aku minta maaf sangat RapMon . Aku menyesal dengan perbuatan aku ." Jawab Hoppie dalam keadaan menangis teresak esak .
"Takpa la Hoppie , benda dah lepas . Lagipun aku and kawan kawan yang lain tak pernah marahkan kau . Takda simpan apa apa dendam dekat kau pun ." Jawab RapMon . Tenang .
Hoppie hanya mampu tersenyum kelat . Rasa lega tapi masih tersimpan sisa sisa penyesalan . Hoppie menundukkan kepalanya . Suasana antara mereka kembali sepi .
"Jom , aku nak ke bilik latihan . Budak budak tu and lecturer confirm tengah tunggu kat sana . Kitaorang ada latihan tarian hari ini . Lagipun kau kan penah cakap nak belajar menari , belajar buat muzik , rap . So , inilah peluang kau . Kau tak nak try ?" Tanya RapMon .
"Hmmm , boleh jugak . Jom" . Ajak Hoppie .
"Jom"
Mereka berjalan beriringan tanpa sebarang kata . Suasana sepi .

Didalam kelas muzik .

"Mana RapMon nie , dia tak nak buat latihan ke? Selalunya dia orang pertama yang tercegat dekat sini . Harini lambat pulak . Takkan terlajak tidur kot?" Bebel Jimin . Mencebik tanda tak puas hati . Kemudian Jimin berjalan menuju ke arah Kookie yang sedang duduk bersama V , Jin dan Suga di belakang di satu sudut dalam bilik latihan tersebut .

"Oiii Kookie , kau kan satu bilik dengan RapMon . Kau tak kejut dia ke ? Aku dah tak larat nak tunggu ni haa . Boleh naik kematu bontot aku duduk lama lama kat sini" . Tanya Jimin dengan nada menahan marah . Mukanya kelat .

"Emmmmm , tak . Aku tak kejut dia pun". Jawab Kookie sambil tersengih . Tayang gigi dia yang cantik dan tersusun . Jimin mencebik .

"Sorry late . Aku terlajak tidur . Btw aku ada bawak someone . Korang pun kenal dia . Masuklah ." RapMon memanggil Hoppie .

Sebaik saja Hoppie melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik berkenaan . Semua mata tertumpu ke arahnya . Mereka terkejut melihat susuk tubuh yang sangat dirindui berada didepan mata . Ibarat terkena electric shock masing masing kaku tanpa bersuara . Jimin orang pertama yang berlari meluru kearah Hoppie . Kemudian diikuti oleh yang lain . Mereka berpelukan sambil menangis . Situasi yang diluar jangkaan .
Namun hanya tinggal Suga yang masih kaku ditempat duduknya . Melihat ke arah mereka dengan pandangan mata yang kosong . Reaksi wajahnya kaku . Tanpa riak . Tiada senyuman seperti hari pertama mereka berkenalan dahulu . Hanya wajah kusut dan sugul . Pakaiannya berkedut dan langsung tidak terurus . Keadaannya seperti orang gila yang berputus asa untuk hidup .

Menyedari keadaan ini , Hoppie berjalan ke arah Suga dan meninggalkan rakan rakan lain yang terpinga pinga dengan reaction Hoppie itu . Hoppie duduk di sebelah Suga . Tenung wajah Suga dari sisi . Lama . Suga pula seolah olah terperangkap dalam dunianya sendiri , langsung tidak menyedari kehadiran Hoppie . Hoppie melepaskan keluhan . Mengeluh . Dan mengeluh lagi . Tidak tahan dengan suasana kaku dan suram itu . Hoppie memulakan bicara .

"Kau ada masalah ? Kau tak suka ke aku balik sini ?" Tanya Hoppie . Lama .
Suga mengeluh .
"Tak lah , aku suka kau balik sini . Tapi kenapa kau pergi saat aku perlukan kau , Hoppie?" Suga mula membuka mulut . Mungkin kerana dia tidak sanggup memendam perasaan lagi . Mungkin juga dia sudah tidak mampu menanggung rasa sakit . Jadi Suga membuat keputusan untuk bercerita kepada sahabatnya yang paling rapat , Hoppie .

Melihat Suga seperti menghadapi masalah dan ingin memulakan perbicaraan , yang lain turut serta bersama sama Hoppie . Memberi sokongan kepada Suga . Dan akan cuba mengeluarkan Suga dari permasalahan itu . Mereka duduk mengelilingi Suga . Memberi fokus atas apa yang ingin Suga luahkan . Suasana sepi . Tidak ada seorang pun dikalangan mereka berenam yang membuka mulut . Kekok dengan situasi ini , Suga menarik nafas panjang . Mengeluh .

"Sebenarnya aku ...........
"Sebenarnya aku ...........
"Aku .........



[Complete] Can You Please Stay With Me ?Where stories live. Discover now