Part 1

195 13 0
                                    

"Pusat beli belah dipenuhi dengan beribu pembaca novel terbitan baru dari...-" Telefon rumah tiba-tiba berbunyi. Panggilan dijawab. "Hello?"


"Ini Mark penulis dari terbitan Mx ke?" Jackson mengeluh mendengar pertanyaan itu. "Maaflah., buat waktu ni, Mark tak ada. Kalau cik nak tinggalkan apa-apa pesanan untuk dia, cik boleh beritahu saya." Dengan nada yang lembut dan sopan, Jackson menjawab. "Saya sebenarnya pengurus besar bagi syarikat kedai buku terkemuka. Saya harap Mark dapat hadir pada petang esok di studio besar untuk sesi bergambar sebagai penulis termuda yang telah berjaya.. Awak boleh tolong beritahu dia?"


"Boleh..." Hatinya terasa sakit, terbakar dan panas menjawab panggilan itu tadi. "Terima kasih kerana...-" gagang telefon dihempas sekuat hati. "Siapa call tadi?" Entah dari mana, Alex memunculkan dirinya. "Syarikat buku apa entah minta Mark datang ke studio esok." Alex tersenyum manis. "Baguslah kalau macam tu. Aku sambung tidur dulu. Bye." Alex yang semakin menghilang dari pandangan mata dijeling. "Son of a bitxh." Itu sahaja yang mampu dikatakan.


Ding dong~


Jackson bangkit dari sofa dan berjalan menuju ke arah pintu utama. Pintu dibuka. "Jackson!~" Tubuh Jackson dipeluk erat. "Sorry, Mark. I'm not gay." Mark meleraikan pelukannya. "Mana Alex?" Jari ditunding ke arah pintu sebuah bilik. "Tidur. Amacam tadi punya 'fanmeeting'? Best?" Mark merebahkan badannya ke atas sofa dan mengeluh lega.


"Best gila kot. Semua orang bersorak nama aku. My future is so bright. Kau bayangkan, kalau aku teruskan kerja aku camni, lagi tiga tahun aku dah boleh jadi millionare kot... Wah memang syok la hidup hari-hari mandi duit~" Jackson langsung tidak memberi respons yang positif terhadap kata-kata Mark. Dia tidak gembira. Sedikit pun tidak. "It's supposed to be me. Aku yang karang, menaip keyboard tiap-tiap malam usahakan novel tu. Bukan kau,Mark." Sebuah novel yang terletak di atas meja dicapai.


"Nama Mark Tuan kat novel ni, sepatutnya jadi nama aku! Aku yang patut disorak, dibangga-banggakan! Bukan kau!" Novel itu kemudiannya dicampak ke lantai. "Chillax la bro. Jangan marah-marah macam ni.. Aku tahu, kau jealous kan? Hahahahahahaha ya, aku tahu. Kau jealous sebenarnya." Beberapa keping not dalam genggaman diberikan kepada Jackson. "Nah, quarter dari keuntungan aku. You're welcome." Mark bangkit dari sofa dan berlalu pergi.


Buku lima Jackson digenggam kuat. Perasaan bengang terhadap Mark semakin lama semakin membuak-buak.


===============================================


"Kau nak air apa?"


"Mango juice."


"Mango juice satu, dengan iced coffee satu ya?" Pelayan itu mengangguk mendengar pesanan Mark. "Hari ni aku belanja,Jack. Don't worry. Aku kan dah kaya sekarang ni.Kau cakap je kau nak apa, aku boleh belikan~" Wajah Jackson dipandang sinis. "Aku nak kau tukar nama kau dekat novel tu jadi nama aku." Mata Mark membulat. "What? Hahahahaahahahaha no way,Jackson. Aku dah kaya, itu kekayaan aku. Kau jangan sibuk nak rampas semua apa yang aku ada."


Tangan Jackson ringan diangkat dan hinggap betul-betul di pipi Mark. "Mark, kau ni dah melampau!" Restoran itu menjadi riuh rendah. Pelanggan sekeliling mula berbisik antara satu sama lain.


"Sampainya hati dia tampar Mark.."


"Mark tu penulis novel termuda yang berjaya kan?"


"Lelaki tu tak malu ke tampar orang kat public ei."


Mark memandang ke arah semua pelanggan yang sibuk berbisik di situ. "Maaflah, Jackson tak sengaja~ Lagipun, dia agak tak sihat hari ni."


"Oh, nama dia Jackson..."


"Macam mana Mark boleh kenal lelaki macam tu? Nama sedap,tapi..."


Jackson terpaku seketika memandang sekeliling. Tangan Mark ditarik kasar. "Mark, we need to go now." Mark tersengih memandang Jackson yang mula cuak. "Guess what? You can do nothing,Jack. Semua orang put on high expectations on me. So, I know that they will never believe in you." Dalam sengihan Mark, Jackson dapat merasakan dia berniat jahat.


"Apa-apa jelah, jomlah kita pergi sekarang." Kali ini dia memaksa. "Miss, masuk dalam buku hutang ya? Esok saya bayar! Kawan saya,Jackson ni tiba-tiba nak buat bromance privately ehehehe~" Bibirnya melemparkan satu senyuman yang manis.


====================================================== 

Sorry sebab pendek sangat xD Actually, ini fanfic one shot tapi saya buat jadi part by part ^^



WRITER [COMPLETED]Where stories live. Discover now