2 tahun yang lalu...
Kertas itu dibelek satu persatu. Mark sedang memikirkan sesuatu. Kertas di tangannya ditenung lama. "Jackson, bukan nak kata apa tapi... serious lah kau nak cerita kau ni jadi novel? Happily Ever After kan tajuk dia? Kau tak rasa ke macam novel ni takkan dapat sambutan?" Kata-kata Mark membuatkan Jackson tersentak.
"You're my friend, Mark. Kau sepatutnya support aku, bukannya complain macam ni." Mark menggelengkan kepalanya. "Nope, nope. Bukan macam tu. What if, kalau novel kau tak laku?" Jackson menggetap bibirnya. "Apa kau nak sebenarnya?!" Akhirnya, Jackson sudah menyebut perkataan yang dia tertunggu-tunggu.
"Since aku ni kawan baik kau, better nama penulis ni jadi nama aku. Kalau novel ni tak dapat sambutan, aku yang rugi." Kemarahan Jackson mula lesap. "Kalau... Dapat sambutan?"
"Aku bagi kau half dari keuntungan aku. Then, aku akan mengaku yang kaulah penulis sebenar kat orang ramai. Deal?"
Perasaan ragu-ragu masih lagi menyelubungi dirinya. Jackson memandang ke arah Alex. "Go on, Jackson. Aku saksi. Kalau Mark tak buat apa yang dijanjikan, aku tahu apa yang aku perlu buat." Kata-kata Alex membuatkan Jackson hilang perasaan ragu-ragunya. Mark dan Alex berbalas pandangan dan tersenyum sinis.
"Okay, deal!"
================================================
Mata dibuka. Semuanya kelihatan putih. "Ergh..." Dia cuba menahan kesakitan yang dialaminya. "Finally, kau dah sedar pun." Alex mengeluh lega. "Mark mana?" Matanya liar mencari kelibat Mark,namun gagal. "Dia baru je balik. Nak aku call dia suruh datang balik sini semula?" Jackson bersungguh-sungguh menggelengkan kepalanya.
"Alex, kau nampak kepala aku yang berbalut ni? Semuanya Mark punya pasal." Alex menggetap bibir. "Aku tahu."
"Kau tahu? Then? Tak buat report polis ke? Dia cuba nak bunuh aku kot!" Sekali lagi, Alex menggetap bibirnya sebelum bersuara. "Dah buat, Cuma... You know right, Mark deal with them guna duit. So, kes ditutup." Jackson tercengang. "Macam tu je kes ditutup?!" Alex mengangguk. "Anyway., ini..."
Novel 'Happily Ever After' dihulur. "Mark suruh kau baca time bosan."
=================================================
"Jackson, Jackson..." Pipi Jackson ditampar lembut. "Apa dia?" Mark tersenyum manis. Sekotak jus mangga diletakkan ke atas meja. "Hujan. Best kan kalau duduk berdua je kat rumah sama-sama waktu hujan macam ni?~" Jus mangga itu diambil. "Alex mana?"
"Dia keluar jap. Aku nak masak something untuk kau kejap~ Duduk je kat sini okay? Aku nak masak... seaweed soup macam kau suka makan waktu hujan. Heee~" Mark melangkah ke dapur. Jackson merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Setahu dia, Alex tak suka keluar rumah.
Bilik Alex diperiksa. Memang betul apa yang dikatakan oleh Mark. Alex keluar. Sememangnya, Mark pasti mahu melakukan sesuatu. Dia kembali ke ruang tamu. Plastik penyedut minuman dibuka. Air mangga sememangnya kegemaran Jackson setiap masa.
Mark meletakkan pinggan yang dipenuhi dengan biskut di atas meja. "Oh, kau nak ke air mangga tu? Aku ingat nak minum tadi,tapi... takpelah. Kau minum jelah." Mark kemudiannya duduk di sebelah Jackson dan makan biskut. "Romantic kan kita berdua sama-sama macam ni?"
Mark diendahkan. Jackson hanya termenung ke arah jus mangga di dalam genggaman . "Wait a minute..." Jackson tersedar akan sesuatu. Matanya difokus ke arah Mark pula.
"Mark, kali ni kau dah melampau."
Terdapat kesan bulatan kecil berwarna merah. Itu bermakna, Mark sudah memasukkan racun ke dalam jus mangga tersebut. Dia mencuba untuk membunuh Jackson dalam diam.
"Dia fikir aku bodoh."
Jackson bangkit dan melangkah ke dapur. "Oi, Jackson! Kau buat apa ke dapur?" Sekali lagi, soalan Mark diendahkan. Pisau yang terletak di atas meja diambil. Nafasnya kencang. Perasaan marahnya kini sudah meningkat ke tahap yang tertinggi.
Kakinya cepat-cepat ke ruang tamu bersama pisau di tangan. "Wow, Jackson. Wow. Kenapa... Dengan pisau ni? Kau nak buat a...-" Perut Mark ditusuk dengan pisau tersebut. "J...Jackson... Kenapa...." Wajahnya berubah pucat. "Aku yang sepatutnya tanya kau kenapa. Kenapa kau sanggup nak bunuh aku macam tu?!"
Mark tersenyum lemah. "Sebab,... Sebab aku dah masak dengan perangai kau yang tak henti-henti minta aku untuk tukar nama aku jadi kau..." Pisau ditarik perlahan-lahan. "Kau nak hidup ke tak?!" Soalan Jackson dibalas dengan gelak tawa. "Hahahahahahahaahahaha mestilah. Aku... Aku nak hidup..." Bahagian ditikam tadi ditekup oleh Mark menggunakan tangannya.
"Then, tukar nama kau tu jadi nama aku!" Jackson mendengus marah. Mark tersenyum senget dan menggelengkan kepalanya. "No way. Hahahahahahahaahaha absolutely no. " Tubuh Mark ditikam berkali-kali. Darah yang mengalir keluar juga semakin lama semakin bertambah. "AKU BENCI KAU! SUMPAH AKU BENCI KAU GILA! I FUCKING HATE YOU,MARK! ARGHHHHH!!!" Tangannya tanpa henti menikam dan terus menikam.
Pada awalnya, Mark adalah juga menjerit meminta tolong. Lama kelamaan, dia berputus asa. Dia tahu inilah hari terakhirnya bernafas di atas muka bumi. Walaupun ditikam banyak kali, dia tetap tersenyum. "Jackson... .. ." Tangan Jackson disentuh lembut. "Aku tahu kau marah.... Sorry...." Kali ini, senyumannya makin melebar.
Akhirnya, Mark merebahkan dirinya secara mengejut. Pisau dilepaskan dari genggaman. Tangannya yang berlumuran darah itu menggigil-gigil. "A...Apa aku dah buat...?" Tubuh Mark dipandang kosong. Perlahan-lahan, senyumannya terukir di bibir. Dia melangkah keluar rumah dan menjerit sekuat hati.
"Korang, aku dah bunuh Mark. Hahahahahahahahahahaha aku dah bunuh Mark. Tengok ni! Aku bunuh Mark dengan tangan aku sendiri!" Walaupun dia gembira, air mata tetap mengalir di pipinya.
"Mark... Dah mampus!"
=====================================================
"Jaga diri kau tu elok-elok." Alex bangkit dari tempat duduknya. "By the way, kau tahu kan muka kau masuk surat khabar?" Jackson mengangguk. "Kau pun dah umumkan siapa penulis sebenar. Thanks, Alex." Bahu Jackson ditepuk. "Aku pergi dulu." Alex melangkah keluar dari tempat tersebut. "Indahnya hidup~"
Kertas dan pen diambil. Jackson mula menulis sesuatu di atas kertas tersebut. "Wow, rajinnya kau. Dah masuk tempat orang gila ni pun masih waras lagi nak menulis novel?" Jackson memandang ke arah Mark dan tersenyum manis. "Mestilah."
"Apa tajuk novel kau kali ni?"
"Happily [N]Ever After." Mark bertepuk tangan. "I will support you forever."
-
"Aku rasa, Mark tu kawan baik dialah. Sebab tu dia selalu cakap sorang-sorang dengan 'Mark'." Kata seorang penjaga hospital sakit jiwa kepada rakannya yang ralit memandang Jackson dari luar bilik.
WRITER [END]
![](https://img.wattpad.com/cover/57015870-288-k135689.jpg)
YOU ARE READING
WRITER [COMPLETED]
FanficJanji itu janji lama. Tetapi,janji tetap janji. Mark Yien Tuan. Dia main kotor. Dia selfish. Dia... ... Dia lupa diri.