"YAyYYyYYYy dapat starbucks!!" Kata yana dengan hati yang gembira. Maklumlah kenyang perut suka hatey.
Aus kat situ mampu menggeleng je hihi. Ramai je orang tanya kat yana ni dia tak pernah ke ada rasa suka kat aus, aus ni bukan tak handsome. Dah lebih dari handsome dah rasanya. Undescrible dah ni huhu. Tapi yana kata, apa pun jadi dia tak nak ada further relationship dengan aus, sbb dia takut hubungan tu akan memakan diri sendiri. Dia tak nak sbb further relationship tu, dia hilang orang yang paling dia sayang, orang yang dia dah anggap sebagai abang, sebagai kawan suka duka, kembar sehati sejiwa, haih. Semua tu tak boleh diungkap dengan kata-kata. Kerana bagi yana aus terlalu sempurna di mata dia. Di saat dia jatuh tanpa abang di sisi, aus yang yang mengendong dan memimpin dia. Di saat dia jatuh terjelepok di tanah, aus yang datang dan mambawa dia ke jalan yang benar. Di saat dia putus cinta sbb cinta kera dia tu, aus yang hulur tisu. Yea, aus sentiasa dengan dia sbb abang dia terlalu sibuk.
"Yana ?? Yana ???"
Lamunan yana terhenti, sengih je dia mampu tengok aus kat depan dia ni."Ha pe"
"Dahlah termenung orang tanya, dia jawab kasar pulak. Ambik kang starbucks ni baru tahu :b"
Kata aus mengusik yana.
Yana menjeling aus. Tajam. Huhu tertusuk sembilu gitu cewah. Tiba-tiba muka aus bertukar serius sangat. Sampai yana mula risau."Yana, kalau aus tanya sikit yana jangan marah eh ?"
"Apa ? Tengokla kalau aus tetiba tanya bila yana nak kahwin mmg kena lepukla hahah" yana cuba membuat lawak, namun aus cuma tersenyum hambar sambil melihat dia.
"Katakanlah, suatu hari nanti ditakdirkan aus pergi, yana nangis tak ?"
"Ha apa ni aus. Kenapa cakap mcm ni ?"
"Aus nak yana janji dengan aus, kalau tuhan lagi sayang aus, yana kena terima dan tabah ? Yana kena kuat. Yana tak boleh menangis dan meratapi pemergian aus. Aus tak nak yana sedih. Kalau aus pergi, yana kena cari orang baru untuk gantikan tempat aus. Orang yang macam aus, yang yana boleh percaya."
Yana terdiam mendengar luahan hati aus. Dia rasa tak sedap hati. Kenapa aus tiba-tiba cakap macam tu ? "Eh dahlah awak nak sikit starbucks saya ? Tak nak sudah jimat air saya :b"
YOU ARE READING
Friendship
RomanceKehidupan itu suatu perkara subjektif. Dimana kita mula mengetahui apa ertinya. Kita mula merasainya. Mula memahami setiap bait kata. Orang datang dan pergi. Yang pergi tidak akan kembali. Kenangan masih disini. Menemani jasad yang ditinggal sepi. I...