"Dengarlah bintang hatiku"
Sungguh syahdu kedengaran suara tu.
"Aku akan menjagamu"
Yana kenal suara itu. Dan lirik tu betul-betul tusuk hati dia. Tak tahu kenapa.
"Dalam hidup dan matiku"
Selangkah demi selangkah yana berjalan menghampiri suara tu.
"Hanya engkau yang kutuju"
Yana mengeratkan pegangannya di tangan hazrif. Langkah nak panjat tangga ni. Jatuh nanti huhuhu je kang.
"Dan teringat janji ku padamu"
Perlahan-lahan pegangan hazrif di lengannya di lepaskan.
"Suatu hari pasti akan aku tepati"
Orang itu berjeda. Lama. Sampai yana rasa macam dia tengah berdiri dekat tempat lapang. Sorang-sorang. Gelap.
"Yana, saya minta maaf kalau apa yang saya cakap haritu guriskan hati awak."
"Saya betul-betul tak maksudkan"
"Awak pun tahu kan, kalau awak sedih, saya pun sedih ?"
"I am really sorry princess"
"Sorry is a really cliche word. Iknow." Sambung suara itu lagi.
"But i really mean it"
Suara itu menarik nafas panjang.
"I really am"
Hujung baju yana ditarik oleh suara itu. Perlahan-lahan. Selangkah demi selangkah.
Langkah yana terhenti. Suasana jadi sunyi sangat.
Perlahan-lahan, kain yang menutup mata yana dibuka.
"Aku gembira kalau kau gembira yana."
"Dan aku percaya kau akan gembira."
Perlahan bisik suara itu sambil membuka ikatan kain. Yana kenal suara tu. Yes damia. Eh damia ?
Pandangan yana mula jelas. Di hadapannya di penuhi dengan remaja-remaja. Lelaki dan perempuan. Di tangan mereka dipenuhi pelbagai jenis banner dan papers. Ada yang tulis "pls make her feel better!!"
"I know you can do this!!"
"Go!! Go!!"
"Make her melt like you did to us everytime!"Dan ada jugak
"i love you aus!! But she deserves you!!"Eh aus ?
Mata yana terus perhatikan manusia-manusia di hadapannya. Dia sempat menangkap, ada hazrif dengan suit yang lengkap, bonda, walid dan damia yang baru nak duduk sambil melambai ala-ala diva ke arahnya.
Perlahan yana baru sedar, dia sekarang ni ada dekat atas stage. Stage besar sangat. Dipenuhi dengan props macam balloons dan ribbons. Dan di hadapan yana, ada seorang jejaka idaman malaya. Pegang guitar sambil melutut.
Dia mula petik guitarnya.
"Aku akan menjagamu."
Mata coklat gelapnya memandang mata yana dalam. Dalam sangat.
"Dalam hidup dan matiku"
Mata dia seolah-olah dia memang maksudkan apa yang dia cakap.
"Kerna ku tahu"
Dan yana yakin. Jejaka yang melutut tu memang betul maksudkannya. Dan dia percaya, hes the one.
"Engkaulah nyawaku, ohh"
Yana tersenyum. Terharu ? Sangat sangat sangat. Yana baru ingat, harini konsert aus yang pertama di adakan.
"Ku terima kekurangan mu"
Dan aus guna konsert first dia untuk pujuk yana.
"Dan ku takkan mengeluh"
Suara itu menarik nafas panjang.
"Kerna bagiku engkaulah nyawaku."
Kuat. Seluruh dewan menepuk tangan. Semangat. Aus menarik nafas panjang lagi.
"Yana, saya minta maaf. Awak sudi maafkan saya ?" Bilang aus dengan suara penuh mengharap.
Seluruh dewan mula galut. Macam-macam jenis jeritan ada. Antara yang yana sempat dengar.
"Yana say yes!!"
"Kalau awak taknak saya nak yana!!"
"Yana pls! You can see how sincere he is from his eyes yana!!"
Dan bla bla bla. Ceh macam drama je yana rasa. HmMMm.
"Okay saya maafkan :)" kata yana perlahan-lahan. Saje je nak buat jadi gimik.
"tapi..." sambung yana lagi. Dia senyum meleret sambil megenyitkan mata ke arah aus.
Muka aus cuak. Cuak gilers.
"Drama lah kau dik, terima je lah ee mengada!! Sepak kang!!" Jerit hazrif kuat. Ee sibuk je abanhg ni spoil ah.
"Entah kau, saja je. Esok jangan duduk sebelah aku dalam kelas!!" Sambung damia pula. Eh dia ni hm memang jodoh dengan abang. Ahahah.
"Just kidding, i forgive you." Sambung yana.
Seluruh dewan menjerit senang. Aus dah siap melompat siap jerit lagi.
"yes!! yEs!!"
"OmG"
"Thank you vvvvvmuch princess!!!"
Yana tersenyum senang. Mata dia memandang ke arah seluruh dewan. Dia lambai ke arah semua peminat aus.
Tengah lambai-lambai, mata dia sempat menangkap ke arah satu bayangan. Gadis tu. Yana mula mencerna apa yang dia nampak. Gadis tu masih tersenyum.
Tiba-tiba seluruh pandangan menjadi gelap. Dan yana hanya sempat mendengar jeritan aus sebelum dia jatuh di dalam dakapan seseorang.
Hanya satu nama yana sempat sebut sebelum semua menjadi kelam.
"Sha"
"Aku rindu kau"
Dewan mula gamat.

YOU ARE READING
Friendship
RomanceKehidupan itu suatu perkara subjektif. Dimana kita mula mengetahui apa ertinya. Kita mula merasainya. Mula memahami setiap bait kata. Orang datang dan pergi. Yang pergi tidak akan kembali. Kenangan masih disini. Menemani jasad yang ditinggal sepi. I...