2.15 am. Hairi kembali mematikan skrin Asus Zen6 miliknya. Baru tamat bergayut dengan buah hati kesayangan.Dia kembali bosan. Cuti pertengahan sem sudah bermula. Blok Jebat sunyi, hanya 2 atau 3 blik sahaja di aras bilik Hairi yang diterangi cahaya lampu. Budak-budak Sabah Sarawak barangkali yang tidak pulang ke kampung. 'Hmmm. nk main Dota pon macam tak de mood je" guman Hairi sendiri.
Dia membuka komputer peribadi Asus miliknya. dia memang penggemar barangan Asus. 10 saat kemudian terpaparlah wajah gadis ayu sebagai penghias latar belakang skrin laptopnya. lantas dia menaip laman web Youtube.com. Mana tahu jika ada cerita yang menarik. 'sambung tengok Naruto pon okey jugak' monolognya lagi.
3.00 am. Hari tiba-tiba terasa pundi kencingnya penuh. dia menekan space bar di papan kekunci laptopnya. Memberhentikan sebentar cerita Naruto yang menjadi penemannya malam itu.Dia bingkas bangun dan keluar ke tandas yang jaraknya hanyalah 4 bilik dari biliknya.
Selesai melepaskan hajat,dia berjalan kembali ke biliknya. 'untung la semua dah tdo' bebelnya dalam hati bila melihat bilik yang tadi terang sudah gelap. Ntah kenapa malam itu hatinya kurang enak..abaikan
Sampai didepan pintu biliknya tiba-tiba dia merasakan ada angin bertiup dari arah belakang. 'nak hujan kot' tekanya sendiri. Pintu dibuka..dia terlihat seseorang diatas katilnya. Tidur membelakanginya.Terkejut. Kakinya masih tidak melangkah masuk. 'seseorang' itu berpusing perlahan-lahan seperti orang sedang menggeliat dan menukar posisi menghadap Hairi yang masih kaku seperti patung didepan pintu.
Dia memang kenal sangat dengan 'seseorang' tu. Seperti melihat cermin. Dari hujung rambut hingga hujung kaki sama seperti diri dia. Baju kelabu yang dipakai juga sama. Bezanya mata 'seseorang' masih terpejam.lena dibuai mimpi barangkali. Tiba-tiba 'dia' membuka mata memandang tepat anak mata Hairi. Sambil tersenyum mengejek. Senyuman mengejek itu membuatkan Hairi sedikit teranjak kebelakang. Kaget!
"Hairi, kau kenapa?" bahunya ditepuk, dia sedikit lega, masih ada lagi yang belum tidur. Hairi menjawab tanpa berpaling kepada empunya suara "Kau Nampak tak tadi atas katil aku, ada..." Hairi terdiam selepas dia berpusing ke belakang. Lidahnya kelu. Lagi seorang Hairi!! "Nampak apa?" Tanya 'Hairi' sambil tersenyum sinis..ada 3 Hairi!! Hairi yang masih terkejut itu terduduk dengan mulut ternganga. 'Hairi' ketiga tunduk dan berbisik. "Yang mana Hairi? Aku? Kau atau dia?"
YOU ARE READING
Cerpen Imaginasi Seram
Mystery / ThrillerAdakah Kita Sudah Bersedia Dengan Dunia Lain??