Sayangku...

191 9 5
                                        


"yeay yeay balik kampong jumpa nenek" sorak Zimi dan adiknya Atiqa. Seronoknya bukan main dapat pulang ke kampung cuti sekolah ini. Aku yang berada di kerusi sebelah pemandu tersenyum melihat kelatah anak-anak kesyanganku. "bawak slow sikit abang. Hujan kat luar 2, jalan licin" tegur ku. Bukan aku tidak percaya pada Zainal, akutahu Zainal sangat berhati-hati ketika memandu. Tetapi yang dirisaukan jalan yang licin dan hujan lebat yang sedikit sebanyak membataskan penglihatan pemandu-pemandu yang lain. "ye syg, awak jangan risau la, saya kan bawak nyawa bidadari dan putra putri saya ni" seloroh Zainal.

Hujan makin lebat, anak-anak dibelakang sudah tidur. Cuaca yang sangat selesa jika digandingkan dengan bantal dan tilam.Aku pon sekali sekala tersengguk sengguk menahan ngantuk. "mengantuk sgt dah 2,awak tidur la dulu," kata Zainal, kesian melihat isterinya tertunduk-tunduk melawan kantuk. "awak tak pe ke drive sorang" tanyaku, risau juga nant suamiku kebosanan. " tak pe, lagipon xlama lg nak sampai dah" Zainal senyum, menghilangkan kerisauan isterinya. "oklah, saya tidur kejap tau, kalau bosan kejutkan sy ye bang," aku terlelap. Penat benar rupanya.

Leka suamiku sampai tidak sedar dia terlalu hampir dengan lori dihadapannya. "ALLAH!!" Kakinya pantas menekan brek. Tapi sayang, keadaan jalan yang licin tidak dapat membantu kereta Vios itu berhenti. Dia melanggar pembahagi jalan, keretanya berpusing, suara jeritan aku dan anak-anak membingitkan lagi keadaan. Keadaan gelap gelita. Hanya terdekat jeritan disini sana. Mungkin jeritan dari orang awam yang datang membantu. Atau hanya melihat.

Aku tersedar. Badan masih sakit-sakit dek kemalangan 3 hari lepas. Mujur aku hanya luka ringan. Tap sayang, jiran-jiran kata suami dan anak-anakku tak dapat diselamatkan. Bohong! . Suami dan anak-anakku masih ada didepan mata. Masih seperti biasa. Cuma mereka tidaklah semesra dulu. Mungkin kerana masing-masing masih terkejut dan sakit belum pulih kesan dr kemalangan itu.

Selepas berberapa hari, keadaan kembali seperti biasa. Suamiku bersiap ingin ke tempat kerja. Anak-anak sudah siap dipakaikan pakaian. Zimi comel sekali mengenakan pakaian seragam taskanya. Manakala Atiqa pula seperti princess lagaknya dengan gaun merah jambu itu. Aku menuruti langkah suamiku ke muka pintu.seperti biasa, sebelum ke tempat kerja aku akan bersalaman dengan suami tercinta. Tapi entah mengapa hari itu, dia tidak menyambut salamanku. Malah, dia langsung menutup pintu depan dan tidak mengendahkan aku. Hati isteri mana tidak terusik jika diperlakukan sedemikian. Adakah Zainal marah padaku?tapi mengapa? aku perasan, semenjak kemalangan itu, suamiku bersikap dingin. 'Tak kan dian marah kerana aku tertidur semasa dia drive?' teka hatiku. Hmm balik nant Tanya dia la, mungkin stress keje ko, aku sedapkan hatiku lg.

Petang itu suami ku pulang, mukanya masam. Mungkin bosnya, Tuan Halim mengamuk lagi. Tuan Halim tu bukan tahu menjaga hati pekerjanya. Aku menghulurkan tangan ingin menjambut briefcase suami ku. Huluranku diabaikan. Dia terus melangkah ke bilik. Anak-anak disuruhnya ke bilik dan langsung pergi mandi.

Hatiku tak tertahan. "abang, sy ada buat salah ke?'aku bertanya. Pertanyaanku tidak diendahkan. Aku berdiri didepannya berharap agar dia memandang wajahku dan memberikan jawapan. " abang , syg tanya ni, abang ada problem ke?" aku seperti tiang lampu, tidak diendahkan. Bingkai gambar perkahwinan kami yang berada di atas meja dicapai. Ditenung lama. Senyum terukir dibibirnya. Aku ikut tersenyum. Indahnya saat itu. Seperti baru semalam kami diijabkabulkan.

"syg" Zainal menyebut namaku sayu,

'ye abang' sahutku, Alhamdulillah, akhirnya mahu juga dia bersuara. Tapi dia masih tidak memandang wajahku.

"best sgt time ni,abang rasa, abang la lelaki paling bertuah dalam dunia ni"

"sama la bang, saya pon rasa sangat2 bertuah dan menjadi isteri abang"

"tapi, knapa cepat sangat sayang tinggalkan abang?" nada suara suamiku berubah.

"abang cakap apa ni?saya tak pernah tinggalkan abang" aku cuak. Mengarut apa suami aku ni.

"abang janji, abang akan jaga anak kita baik2.abang syg ayg sampai mati" suamiku memeluk erat gambar perkahwinan kami.

Aku semakin tak keruan. Buang tabiat ke apa suami aku ni cakap pasal mati. Aku berdiri. Ingin ku peluk dirinya. Tiba-tiba aku ternampak cermin solek di sebelahku. Ada kelainan disitu. Aku pandang lama. Aku tiada di dalam cermin itu. Ya, aku tiada.."sayang, Allah lebih menyayangi syg, damailah kau di sana" ujar suamiku yang tidak pernah sedar kewujudanku semenjak kemalangan itu. Bukan salah dia. Kerana memang aku sudah tidak wujud di dunia ini.....

"wahai anakku Zimi dan Atiqa, ibu minta maaf kerana tidak dapat membesarkankamu. Ibu minta maaf kerana tidak dapat melihatmu berjaya di dunia nak,jadi anak yang soleh dan solehah ya, nanti dah besar jangan lupa ibu ayah, ibu rindu anak-anak ibu...."

s


Cerpen Imaginasi Seram Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang