"Cik Izzati nak dengar macam mana saya bunuh dia tak?"Cik Izzati memandang aku dengan muka terkejut. Sedari tadi dia khusyuk memandang raut wajah aku yang kini tampak lesu dek kerana kesakitan yang aku alami.
"Errmm...kalau awak tak kisah lah."
kata Cik Izzati.Wajah nya mulai pucat.Aku tersenyum sinis.
Melihatkan mukanya pucat membuatkan hatiku ketawa sendiri.
Entah kenapa, aku mulai tertarik dengan wanita yang sering melawat dan memberikan sedikit nasihat AGAMA kepadaku. EH?Siapa Aku?
Aku adalah seorang banduan yang sedang menunggu masa untuk menjalani hukuman gantung sampai mati.Kesalahan,Jenayah aku?
Aku seorang pembunuh. Gempar namaku di serata dunia.
"Si Psiko Jahanam".
" Iblis Paling Teruk".
" Manusia Gila ".
kalah Fattah Amin dan Neelofa.
Hah! Hahahaha.Apa sebab aku membunuh?
Aku suka.Heh!
Aku suka melihat orang terseksa.
Teriakan mereka dari seksaan yang aku lakukan membuatkan aku geli hati.Jeritan mereka bagaikan lagu merdu buat aku. Tangisan mereka membuatkan aku tersenyum bangga.
Rasa bersalah? HAH!
Tidak..malah aku cukup puas dapat menikmati semua itu.Siapakah yang aku bunuh?
Ramai, tidak terhitung jari jemari tanganku walaupun dicampurkan dengan jari kaki. Hahahaha.Namun ini adalah seksaanku yang terakhir,
Cerita... Terakhir aku.
__________________Lisa. Seorang gadis comel yang bersekolah di SMK Seri Selayang.
Dia berumur 16 tahun.
Serba serbi tentang diri dia aku tau.Selama sebulan aku mengekori dia membuatkan aku sudah tahu apa yang dia sering lakukan.
Warna merah.
Aku suka mewarnakan satu tarikh di kalendar dgn warna merah.
Tarikh keramat,
tarikh kematian,
tarikh keseronokan.
TARIKH DI MANA AKU MENGADAKAN UPACARA KESUKAAN AKU.
SLAUGHTER'S TIME.Aku selalu mengekori Lisa tidak kira siang atau malam.
Melihatkan dia gembira menjatuhkan mood aku sedalam-dalamnya.
Kadang-kadang diri aku tak tertahan untuk segera merobek jantung dia,
aku nak mendengar jeritan dia.
Jeritan merdunya. Percikan darah nya!
AHHHHHHH! AKU TAK TAHAN!Namun aku buang semua itu.
Pembunuhan ini tidak boleh
tergesa-gesa.
Biarkan dia menikmati kebahagiaan akhir sebelum dia diseksa.Hahahahaha.
___________________Selasa,7/7/07.
Jam 1 petang.
Hari persekolahan,
seperti biasa Lisa akan berjalan kaki untuk pulang ke rumah.
Aku menunggu di dalam kereta,
Mataku melilau di sekeliling kawasan sekolah.
Di mana dia?
Lisa....Lisa...
Dia belum keluar lagi dari sekolah.
Apakah yang dia lakukan?
Aku tak nak terlepas party yang dah lama aku plan.
Aku dah sediakan semua barang dalam bilik. Tinggal untuk menculik dia.Tapi mana dia?Haish!?!
Sebatang demi sebatang rokok aku bakar namun kelibat dia masih tak kelihatan.
Hati aku mulai panas. Geram.Ikutkan hati,aku nak je masuk sekolah tu dan cincang dia dalam tu jugak.
Ahhh...sabar..
Sabar separuh dari iman kan? Hah!
Apa itu Iman?
YOU ARE READING
Koleksi Cerpen : Mati
Mystery / ThrillerTerlalu obses. Bukan lelaki bahasa sastera, Pandai pandai lah baca. __________ ⓒKoleksiCerpenMati No Copy Paste. 100% Originality Work.