" Berita terkini,
5 orang remaja hilang di kawasan Highland Tower pada 5 Mac 2015.
Siasatan masih dijalankan dan pihak polis menafikan terjadinya gangguan makhluk halus di sekitar ini. Pihak polis juga memberi amaran keras kepada orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti paranormal di sini kerana kawasan Highland Tower telah ditutup dan dijadikan sebagai kawasan larangan... "Loqman memperlahankan volume tv lalu berjalan ke arah komputer riba miliknya.
Dia terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang awesome untuk kumpulan XxX Paranormal miliknya." This fucking shit gonna be great! "
kata LoqmanDia menelefon rakan karibnya, Zul.
" Weh Zul, aku ade plan baek punya bro. Aktiviti paranormal yang memang konfem osem! "." Serius? kat mane bro? Dah lama gak kita tak bergomol dengan hantu ni Hahahaha " kata Zul.
" Ade ah...call semua geng kita.Jumpa kul 2 esok port cam biasa haaaa.....
2 hari lagi kita redah.. cun? "
kata Loqman semangat." Roger bro.. "
Loqman menamatkan panggilan telefon. Dia memandang semula komputer riba miliknya lalu
meng-google tentang sejarah Highland Tower."Highland Tower runtuh disebabkan gelongsoran tanah berpunca dari musim tengkujuh yang melampau..kesannya, gelongsoran tanah air hujan menjadikan Blok 1 Highland Tower tidak stabil dan tumbang... hmmm.. interesting"
" Banyak aktiviti paranormal telah dilakukan oleh kumpulan paranormal amatur di luar kawasan Highland Tower.
Mereka berpendapat Highland Tower mempunyai kuasa ghaib yang kuat. Mereka juga dapat menangkap gambar kelibat makhluk ghaib yang dipercayai penunggu di Highland Tower tersebut. Fuhhhh... seram...
Cehhh... photoshop je ni..Buto la.
Yang percaya ni mesti bodoh bodoh natang ni...."
kata Loqman tidak puas hati.Dia menutup komputer riba miliknya lalu memeriksa peralatan-peralatan yang bakal dia gunakan untuk aktiviti paranormal terbesar mereka.
" Konfem famous lah weii! "
kata Loqman sambil ketawa.
------------------------------------------------------Dalam perjalanan menuju ke restoran Ayam Penyet,Loqman meneliti semula lakaran port kamera yang akan diletakkan.
" ok dah setel.. cun! "Sesampai di restoran, Loqman melihat geng-geng XxX Paranormal a.k.a sahabat karib sedang menunggu seseorang.
"Yo bro's... sory lambat.. hahaha"
kata Loqman selamba.Zul,Zukie dan Liyana memandang Loqman dengan raut wajah tak puas hati.
" Ape punye ketua laa.. dia suruh datang awal.. dia yang lambat.. badigol kuasa dua laaa lu.."
kata Liyana."Entah... siku kepala satgi tau ah"
sokong Zukie." Belasah je mamat ni... "
kata Zul.Zul kenal sgt siapa Loqman.
Dia seorang yang sangat liat nak bangun. Kalau dah tidur mati tu, entah sampai ke malam la dia tidur." Hehehe sory sory.. kak yong.. abang long... tapi jangan risau. Ini hari ada projek besar aku nak cadang kat korang..tajuk dia..Redah Highland Tower... amacam? "
kata Loqman semangat.Liyana,Zukie dan Zul pandang antara satu sama lain.
Ini lah yang mereka nanti-nantikan.Memang sudah lama mereka tidak melakukan aktiviti paranormal sejak dua tahun lepas.
Loqman memandang mereka dengan penuh yakin. Semuanya pasti akan setuju.
" dah dah tak payah nak pandang-pandang sangat. Sini, aku nak bagitau plan kita ...... "
Loqman mengeluarkan kertas panjang dan buku nota tentang sejarah Highland Tower.
YOU ARE READING
Koleksi Cerpen : Mati
Mystery / ThrillerTerlalu obses. Bukan lelaki bahasa sastera, Pandai pandai lah baca. __________ ⓒKoleksiCerpenMati No Copy Paste. 100% Originality Work.