Sinopsis

6.3K 273 11
                                    

Insiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh Kak Long apabila dia terpaksa duduk di sebelah lelaki yang menebalkan hatinya itu.

Episod huru-hara berterusan apabila Kak Long memaksa Bella membuat Kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja di Malaysia..

Hati Bella semakin tidak aman apabila mendapat tahu bahawa presiden tersebut adalah Danial Lee Jae Hwan dan rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali malah mahu menjodohkannya dengan lelaki 'samseng' itu. Walaupun masing-masing tidak mahu disatukan, namun satu insiden yang berlaku di kampung akhirnya memaksa Bella dan lelaki itu diijabkabulkan.

"Jembalang aje yang datang senyap-senyap macam ni! Nasib baik saya tak jatuh. Lain kali bagi Salam!"-Bella

"What did you call me? Jembalang?"-Danial

Tatkala cinta mula bercambah, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara salah sangka yang sengaja diada-adakan oleh Yoo Ri. Manakala perasaan rindu telah membuatkan Danial Lee Jae Hwan menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula. Namun, Yoo Ri dan Zara sentiasa muncul untuk menganggu rumah tangga mereka.

Dapatkah Danial Lee Jae Hwan dan Bella mempertahankan keagunan cinta mereka.

NOTE:Kalau vote banyak saya akan update selalu. Jangan lupa ini KARYA SURI RYANA bukan saya. huhuhu :)

Kimchi Untuk Awak !Where stories live. Discover now