Bab 2

7.5K 149 42
                                    

Tercungap-cungap aku memasuki ruang pesawat A330 ini. Ya Allah, apalah nasibku hari ini? Hampir pengsan aku berlari tadi.

Salah sendiri, ye Bella! Salah sendiri sebab terlupa kunci jam semalam. Salah sendiri sebab pecut dan rempuh 'gengster Korea' tu tadi. Salah sendiri sebab tidur lewat gara-gara menghadap Running Man. Semalam ketawa berdekah-dekah, hari ni kau rasakan penangannya. Kata umi, hidup ini jangan suka salahkan orang. Audit dulu kesilapan diri.

Dress chiffon longgar berwarna pastel di badan kubetulkan sedikit. Backpack Cath Kidston bercorak floral yang tadinya kugalas kini kujinjing dengan sebelah tangan. Aku menarik nafs dalam-dalam sebelum menyambung langkah.

Segaris senyuman kuberikan kepada pramugari pesawat Malaysian Airlines yang berdiri di sebelah kiriku. Selepas melihat tiket yang berada di tangan, dengan ramahnya dia mengarahkan aku untuk mengikut jejak langkahnya. Maklumlah, penumpang business class. Layanan pun mestilah A plus!

Yang nyata, dalam rasa penat yang amat ini terselit jutaan rasa syukur. Syukur kerana aku sempat juga kejar penerbangan ini. Kalau tak sempat tadi, memang rugi besarlah aku! Mana tidaknya, kali ini aku terbang dengan pakej business class kut. Pertama kali pulak tu!

Memang luas betul ruangan di sini jika dibandingkan dengan ruangan di kelas ekonomi. Tempat duduknya juga berkembar dua, untuk memberikan lebih keselesaan dan privasi. Ada tiga set tempat duduk berkembar dua dalam satu bari dan ada enam baris kesemuanya.

Terima kasih kak long! Jeritku dalam hati. Kak long yang belanja tiket ini sebagai upah. Upah untuk apa? Tidak pula aku tanya, tetapi rasanya untuk gosok baju untuk kak long sepanjang aku di Malaysia kut. Wajahku berkerut sedikit saat ini. Tak pun upah kemas rumah. Erk... macam tak logik aje. Macam terlalu pemurah pulak kak long ni. Kak long dah naik pangkat ke? Ah janji kak long ikhlas memberi. Aku pula ikhlas menerima. Lebar senyuman di bibir saat ini.

"This is your seat, miss."

"Thank you so much! " Aku membalas senyuman manis pramugari itu. Terus aku melabuhkan punggung.

"No problem. Would you like to drink anything?" soalnya dengan ramah.

Wah... selalu aku yang tertunggu-tunggu mereka menghidangkan air. Kali ni air yang menunggu aku.

"Errr... plain water. Just a cup of plain water will do," balasku sambil tersenyum senang.

"Alright. I'll be right back," balasnya.

Aku terus mengangguk kepala. Tanganku terus sahaja membuka zip beg kesayanganku di atas riba.

"Excuse me," tegur penumpang yang duduk bersebelahan denganku.

Kalut sangat aku ni sampai tidak sedar ada orang di sebelah. Mata kukecilkan sedikit sambil meneroka ruang dalam beg berbunga-bunga, bercorak Inggeris ini.

"Yes, sir? Is there anything I can do for you?"

Dapat kudengar suara mesra pramugari membalas panggilan lelaki di sebelahku ini.

"Is this flight full? I would like to change my seat," tegas penumpang di sebelahhku ini.

Tangan yang sedang sibuk memggeledah ruangan didalam beg kini terhenti seketika. Macam pernah kudengar suara serius bercampur poyo ni. Tapi, di mana ye? Ah, kau ni... terlalu memikirkan sangat 'lelaki gengster' itu. Adakah kerana wajahnya ada iras salah seorang oppa kesayanganku? Oppa? Boleh muntah! Rupa ada, tapi budi bahasa zero! Ini bukan oppa, tapi kkangpae atau di dalam bahasa Melayunya, samseng!

Aku menjeling sekilas ke arah pramugari yang sedang meliarkan pandangannya ke kawasan sekitar.

"Emmm... let me check first and I will let you know in a short while ," balas pramugari itu kemudiannya bersama senyuman yang masih tidak lekang dari bibir.

Earset yang sudah pun berada di tangan kumasukkan di sebalik tudung dan kusumbat ke dalam telinga. Lagu Growl dari kumpulan EXO berkumandang dengan sangat perlahan. Bukan apa, aku masih mahu mencuri dengar perbualan lelaki di sebelahku ini.

"Thank you. I really need your help, " balas lelaki di sebelahku dengan nada berharap.

Setiap kali suaranya berkumandang, setiap kali itulah aku rasa tidak sedap hati.

"No problem."

Aku memerhati pramugari itu berlalu pergi. Dengan perlahan -lahan, kepala yang kusandarkan rapat pada kerusi kutolehkan ke kanan semata-mata tidak mahu penumpang di sebelah sedar yang aku sedang cuba memerhatinya.

Alamak! Kenapa malang sangat nasibku hari ni? Terbantut terus rasa seronok untuk menikmati penerbangan business class ini. Heh! Nak tukar tempat duduk konon. Geli sangatkah aku ini? Hei, aku pun tak ingin lah duduk di sebelahnya!

Ya Allah! Geramnya! Rasa dah berapi-api sekarang ini. Tunggu masa untuk meletup sahaja. Kehadiran pramugari bersama air di tangan memaksa aku untuk mengukir senyuman di bibir. Air yang kucapai sebentar tadi terus kuteguk sampai habis. Namun, air sejuk yang melalui ruang tekak masih tidak dapat menyejukkan hati yang panas.

Nafas kutarik dalam-dalam. Kemudian aku menoleh ke kanan. Sengaja aku menjengukkan kepala ke arahnya. Tangan pula kuletakkan di atas ruang untuk merehatkan lengan, satu-satunya penghadang yang memisahkan kerusi kami berdua.

"Oh... 'gengster' ni rupanya." Aku menopang dagu sambil tersenyum manis ketika berkata begitu. Ya Allah, sakitnya hati! Dia pula buat aku macam aku tidak wujud. Selamba sahaja membaca majalah.

"Kau ingat, aku suka sangat nak duduk tepi kau?" bisikku lagi sambil tersenyum mesra. Mesra yang dibuat-buat. Nada suara juga mendayu-dayu ketika berkata begitu. Eee... geramnya!

"Aku harap saa... ngat kau dapat pindah, "bisikku kepadanya lagi.

Sengaja aku bercakap dalam bahasa Melayu. Biar dia berteka-teki apa yang aku bebelkan ini. Biar bertambah sakit hatinya.

Tanpa kuduga, wajahku dijelingnya sekilas. Dengan kasar dia menutup majalah. Kemudian, lengannya terus diletakkan dengan kasar di atas penghadang menyebabkan aku terus menarik lenganku dari situ. Dasar gengster! Badan juga kuinjakkan ke belakang menjauhi 'lelaki gengster' ini.

"Eh, aku pun tak ingin lah nak duduk dengan kau!" ujarku dengan kasar kepadanya, tetapi intonasi suara masih kukawal. "Kkangpae!"

Wajahnya tetap beku. Tidak beriak.

Aku terus menyandarkan badan dengan kasar pada kerusi empuk ini. Sumpah! Seumur hidup aku, ini kali pertama aku berhadapan dengan lelaki seperti dia. Puas aku menyumpah dalam hati sambil tangan lincah memasang tali pinggang sebaik sahaja terdengar arahan yang diberikan oleh pramugari.

Pasti dalam masa beberapa minit lagi kami akan berada di awan biru. Biarlah cepat sampai Malaysia sebelum hatiku meletup gara-gara 'lelaki gengster '.ini.

"Salsabila."

Aku berkerut dahi apabila terdengar suara bisikan itu. Siap sebut nama penuhku lagi. Terus sahaja aku mendongakkan kepala ke arah kerusi berkembar di sebelah kiriku. Kelihatan penumpang yang duduk di tingkap pesawat sedang tersenyum mesra. Terpanar aku seketika. Rasanya tadi tempat duduk itu kosong. Ah, dia ke tandas agaknya.

"Encik Faris"

Tanpa sedar nama itu meluncur laju daripada bibir. Wajah kuraupkan berkali-kali. Argh! Dugaan apakah ini? Kiri bala, kanan pun bala! Boleh tak kalau aku nak tukar tempat ke kelas ekonomi? Saat ini terasa menyesal kerana memilih business class. Menyesal gila kerana tidak memilih kelas ekonomi seperti selalu. Sumpah, menyesal! Kak long, Bella nak tiket kelas ekonomi!

#Assalamualaikum.. maaf kerana lama menunggu. Ye lah.. masa amat mencemburui saya. Saya tidak mempunyai kesempatan waktu untuk terus update. Bab yg seterunya panjang sikit.. kalau saya sempat copydari novel,saya akan update lagi. Saya ni pelajar lgi. Baru form 3.. ✌

Kimchi Untuk Awak !Where stories live. Discover now