Bab 1

6.7K 231 11
                                    


   "JOESONGHABNIDA" Tercungap-cungap aku meminta maaf dalam bahasa Korea apabila terlanggar lengan kiri lelaki dihadapanku ini. Sempat aku menjeling ke arah jam di tangan dan setelah itu, kelam-kabut aku mengutip tiketnya yang melayang di atas lantai. Ah, nasib baik sempat! Macam mana la aku boleh bangun lewat hari ni?

    Aku menghulurkan tiket tersebut kepadanya sambil membongkokkan badan. "Joengmal joeseonghabnida. (Saya betul-betul minta maaf)."

    Dengan kasar lelaki itu merampas tiket yang berada dalam genggamanku. Aku tergamam seketika. Kemudian, dia menepis lengan bajunya yang kulanggar sebentar tadi. Gaya seperti buang habuk dari badan pulak. Ini sudah lebih!

   Tajam matanya menikam anak mataku membuatkan aku terus sahaja berpaling ke hadapan. Ya Allah, geramnya! Kalau aku tahu mamat ni kerek, tak ingin aku nak minta maaf, bongkokkan badan macam nenek kebayan tadi. Sepanjang aku kat Korea, belum pernah lagi aku jumpa lelaki Korea sekerek mamat ini. Semuanya baik-baik belaka dengan aku. Ah, tapi... salah aku jugak rempuh dia tadi. Itulah jadinya bila memecut sampai tak nampak orang!

   Baru sahaja ingin melangkah, lelaki di belakangku ini bersuara.

   "Jang-nim!"

   Dia cakap aku buta? Sabar Bella, sabar!

   Aku mengetapkan bibir. Lelaki tinggi lampai yang tadinya berada di belakangku kini berada betul-betul di sebelahku. Terus sahaja aku mendongakkan wajah untuk memandang ke arahnya. Tajam sekali matanya menikam anak mataku. Gaya seperti nak ajak gaduh pun ada jugak!

     "Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!"

      Selamba aje aku berkata begitu bersama senyuman sinis di bibir. Berani, kan aku? Memanglah berani sebab dia bukan faham pun bahasa Melayu!

     Namun, tak sampai beberapa saat bertentang mata, anak mata terus kularikan ke arah lantai. Gerun pulak aku. Manakan tidak, matanya tidak berkelip. Masih tajam menikam wajahku. Gulp! Lebih baik aku blah dari sini.

     Tanpa memandang ke arahnya, aku terus mengheret laju bagasi Samsonite dengan tangan kanan. Tangan kiri pula, dengan kalut kuangkat sedikit untuk melihat jam. Sempat ni. Sempat! Aku cuba untuk positif. Anak mata kularikan ke sekeliling kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ini. "Kaunter E!"

     Ada segaris senyuman menghiasi bibir apabila tempat yang hendak dituju kini berada hanya beberapa tapak sahaja lagi di hadapan. Namun, senyuman di bibir terus mati apabila bahu kananku dirempuh dari belakang. Terhuyung-hayang aku dibuatnya! Nasib baik tak jatuh.

     Terus sahaja aku mengangkat wajah untuk memerhati siapa yang melanggar aku tadi dan kini aku hanya mampu menahan geram apabila ’lelaki samseng’ itu dengan selamba menyambung langkahnya tanpa mempedulikan aku di sini. Dia kulihat hanya memandang ke hadapan. Wajah masih serius cuma ada siulan yang berlagu di bibirnya. Macam tidak ada apa yang berlaku.

"Memang dasar samseng!"

Ikutkan hati, mahu sahaja aku baling kepalanya itu dengan telefon bimbit. Biar berkecai Samsung Note 3 milikku, asalkan aku puas hati. Eleh, aku bukan takut sangat pun dengan dia! Boleh aje kalau nak fight! Cuma kalau bergaduh karang, takut tertinggal flight la pulak! Tak berbaloi. Dia ingat ini negara dia, aku takut? Jangan nak perangai macam ’abang kawasan’ sangatlah!

  Tudung di kepala kubetulkan sambil menaeik bagasi di sisi kananku. Nampaknya, sepanjang perjalanan balik ke Malaysia aku bakal menyumpah seranah mamat ni dalam hati! Bersama wajah yang sebal, aku terus menyambung langkah yang terhenti tadi.


NOTE: Kalau vote banyak saya update lagi. Tidur dulu ye. Letih nak type sambil tengok novel :’).  Assalamualaikum. Maaf kalau ada typo.

Kimchi Untuk Awak !Where stories live. Discover now