Sejarah Aku

145 5 1
                                    


Aku dilahirkan islam. Agama paling agung di dunia, diterima tuhan dan dimuliakan nabi. Islam keturunanlah orang katakan. So semua kena ikut. Wajib buat tu, sunat buat ni, harus sentuh tu, haram makan tu etc. Perasan tak? Banyak benda hukum hakam yang aku belajar dari kecik sampai la besar panjang ni. 

Kecik-kecik pergi kelas agama. Mak abah sibuk aturkan pelajaran agama untuk aku. Aku? Ikutkan je la. Sebab budak kecik lagi kan, nak melawan nanti kena sebat, kena marah, kena rotan dengan abah. Dah la abah aku garang nak mampus. Pantang silap sikit kena sebat. Haish, nasib abah banyak duit. Ha ha ha. Okay tak ada kaitan.

Lepas tu ada kelas mengaji. Ni kelas wajib la kan, kalau korang seorang melayu islam yang duk kampung. Yang lahirkan tengah-tengah bandar maksiat metropolitan tu aku tak tahu la macam mana kan. Kalau weekdays, mengaji lepas balik sekolah dan malam. Kalau weekends, pagi petang malam. Gempakkan? Nak anak jadi hafiz quran. Nak anak jadi generasi quran, hidup berasaskan nilai alquran. Impian tinggi menggunung. Puiii ha ha ha.

Tu kisah budak aku dulu. Semua diatur dengan baik sekali oleh parent aku. Even parent aku bukan golongan yang beragama sangat. Maksud aku yang ada latar belakang agama yang kuat la. Jangan bash aku pulak cakap macam ni. I bet ramai je yang macam ni kan? Chill je, jangan nak malu sangat. Benda benar. 

Habis sekolah rendah, sebab aku tak dapat masuk sekolah elit atau kluster, aku dihantar ke sekolah agama (SMKA). Hebat tak ? Mula-mula hebat la aku rasa. Expectation orang yang aku akan jadi imam la, bilal la, hafiz quran etc. So, basically aku ni mudah terikut style orang. Kalau orang buat benda baik baik la jugak aku. Dan sebaliknya. Contoh dia, masa aku form1, tengok orang azan dengan lenggok yang best, aku pun belajar jugak. Walaupun tak sama lenggok dia tapi aku try je. Siap try audition untuk jadi bilal sekolah weh. Gempak tak? Masa tu lah aku rasa hebat sebab tak ramai budak-budak seusia aku nak jadi bilal bagai ni. Sampai penah menang pertandingan azan sempena minggu penghayatan ramadhan weh. Dashyat lagi kan???. Ciss.

Sapa yang sekolah agama mesti la tahu kan kalau orang tu jadi imam ke bilal ke dan bacaan dia best, mesti terkenal. Paling kurang pun masuk group nasyid sekolah. Ha ha ha. Stok SMKA sangat kan, cam haram kan. Aku penah nak try masuk nasyid sekolah sebab team nasyid sekolah aku ni NO 1 negeri weh. Bangga tak???. Haruslah ha ha ha.

Time sekolah agama ni, aku mula start perangai memberontak secara diam. Instead being baik all the time kan, aku ada la buat kenyataan-kenyataan yang boleh buat orang melatah babi, nak-nak yang mendukung ajaran islam yang syumul ni. Contoh dia, budak-budak sekolah aku ni ramai yang sokong PAS, kutuk BN masa tu. Then masa lepas PJ, kami rehat dan tukar pakaian semua tu, lepas tu aku nampak lah golongan penyokong tegar PAS ni tak menutup aurat (nampak lutut). Haha lepas tu straight la aku sound "tengok orang yang sokong PAS ni, parti islam kononnya pun tak tutup aurat. nampak lutut selamba je." Cam bodoh jugaklah kan apa yang aku cakap tu. Lepas tu ada sorang ustaz ni dia bengang la bila aku cakap macam tu. HA HA HA!!! Takyah la tahu apa yang dia cakap. 

Lepastu aku rasa hidup aku yang aku nikmati dari kecik sampai la stakat haritu dah dikawal oleh undang-undang asrama dan orang-orang yang kononnya beragama habis ni. Yang kononnya menjaga segala benda. Aku mula tanam sifat berontak tu sikit demi sikit. Tapi still aku berada dalam kategori yang baik lagi la. Pandai berlakon, hipokrit dan bermuka-muka. Ha haha. 

Lepas PMR aku blah dari sekolah agama pergi SBP pulak, luar negeri. Jauh dari family. Bebas sangat. Boleh buat apa-apa je. Ha ha asal parent bagi duit beratus tiap-tiap bulan cukup la. Dan aku mula rasa apa yang aku praktis (benda-benda berkaitan keagamaan) dah pudar sikit demi sikit. HA HA. Sebab SBP ni tak ada poyo semacam SMKA kan. Nak beragama sepanjang masa. Kau pandang perempuan pun kekadang kena panggil senior BADAR untuk bagi ceramah agung pasal ikhtilat bagai. Pergi mampus la. Ha Ha Ha. So, even aku sinis dengan orang acah-acah baik beragama berakhlak baik ni, tapi aku tak ada la nak cari pasal dengan mereka selalu. 

Kat SBP ni aku mula-mula buat tunjuk baik la. Sebab lepasan SMKA kan. Harus la bawak nama baik sekolah lama dulu. Even berlakon. Lepas tu aku entah macam mana la terjebak dengan organisasi keagamaan kat sekolah ni. Macam aku cakap awal-awal tadi la, aku tak leh nak resists untuk terikut orang buat something yang baik. Ha ha cam celaka kan perangai?. Aku pun pergi la interview untuk jadi ahli badan dakwah sekolah tu. Ada seorang senior tu dia cam aku masa aku daftar dulu. Time tu aku bersongkok lagi konon nak kekalkan imej SMKA la (go die). Tapi lepas tu aku decide tak nak pakai songkok lagi sebab rimas berlakon baik. Ha ha ha, lagi celaka kan. So masa interview tu dia tanya la aku kenapa tak pakai songkok dah. Semak kan? Tu pun nak tanya. Bodoh ha ha. Macam dormmate kau pakai spender hari ni dan next week dia tukar pakai boxer. Ada kau semak tanya tak?. 

So sepanjang aku tak SBP ni aku mula rasa tuhan ni buat aku persoal kenapa aku bermula dengan ajaran islam yang baik tapi perlahan-perlahan jadi tak baik dan ragu dengan apa yang aku praktik kan selalu. Hmm...Korang mesti judge aku kan? Mesti ingat aku tak bersyukur ke apa kan? Ha ha tak apa la tu hak korang nak cakap apa. So ni hak aku untuk cakap apa yang aku rasa. Fair la kan. HA Ha Ha.

***Next chapter aku akan citer pasal peristiwa-peristiwa yang membuatkan aku menyampah dengan percaturan Tuhan. Chilll :)


BebasTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang