Tidak akan pernah untuk aku berhenti menyanjungi kau
Seolah-olah seperti satu ritual
Bukan meminta simpati, tetapi mahu perhatian
Aku mohon sepuluh jari jika aku annoying gila babi dimata kau
Bukan aku ingin sebegini
Tetapi bila diri ini bersama kau
Watak aku bertukar jadi orang lain
Jadi watak yang lebih positif.
Akan tetapi, tetap juga dipandang ringan
Setelah puas sudah hati ini dirobek, masih juga utuh bina cinta untuk kau.
Bukan diam terduduk tunduk dengar kata kau
Cuma aku fikir, kau layak untuk diberi peluang
Maka aku bagi, bagi, bagi, bagi.
Tetap juga sama.
Tiada apa berubah.
Cuma akhir-akhir ini, kita seperti orang asing.
Itu saja.