Hari tu , aku memang fed up . bukan apa , Bila orang janji , baru khianati , hm . tiapkali ingat janji tu, rasa semacam hati di kerat 'sangsaw' 88 bahagian! .
Aku melihat jam tangan . Hampir pukul 10 malam! hati aku completely gelisah. mula lah iblis ni bagi aku bayang macam-macam perkara buruk yang kemungkinan boleh terjadi . Astagfirullah . Lindungi Aku ya Allah .
'' mana aku mahu dapat teksi malam-malam ni !? Allah .. abang pun satu. boleh dia pentingkan kerja banding aku ?! sangat lah tidak concern . sudahlah aku perempuan .kan dibuatnya apa-apa jadi dengan adik dia ni , padan muka! nanti mak abah tanya , hah ! jawablah . '' Getus hatiku. --
Kecewa ada , sebak ada , semua teradun dalam satu rasa! phone vibrate! mata aku fokus tepat pada nama yang tertera di skrin handphone .
'' Unknown ? malam-malam ni ? siapa ? '' bisik hati. butang hijau ditekan . . '' Assalamualaikum . '' suara itu ... semacam aku kenal . ''ww...waa..alaikumussalam. ?'' jawabku lambat .
'' Kau dekat mana ni ? bagi aku tahu . aku ambik kau . '' sedikit kasar nada di hujung telefon.
aku menjarakkan sedikit handphone dari telinga. '' apakenama kencang-kencang . mental disorder betul lah. '' sempat aku mencebik sebelum menjawab soalan nya. .
'' er.. bustop depan Alliance Bank ni . '' jawabku malas. sebenarnya fikiran aku masih merayau mencari empunya suara yang menelefon.
'' kau siapa ? '' belum sempat suara di hujung talian itu bersuara , aku sudah memotong .
'' Aku . Fareen. '' sedikit kasar membalas. pantas tangan sebelah menekup mulut. bulat mata aku mendengar sebaris nama yang boleh kata manusia yang paling menjengkelkan tahap giga yang pernah aku kenal! .
'' weh. kau tunggu situ. dalam 15 minit aku sampai '' pantas talian diputuskan.
'' what is really going on right now !? '' hatiku sudah meronta.sungguh tidak berkenan . sekali lagi handphone menyanyikan lagi Humood , Kun Anta . kali ni abang call! .
'' Assalamualaikum bang ! apa pasal budak Fareen tu pula yang datang!? '' belum sempat abang bersuara , aku sudah terjah sepantas kilat. Tahulah perempuan , emosi kalah singa tengah marah. kedengaran suara abang ketawa di hujung talian. .
'' Abang suruh dia ambil kau. takda siapa boleh bantu , dia paling dekat. kau tu perempuan , at least dia tu sepupu kita. boleh lah abang percaya dia sikit. lagipun budak tu pegang amanah . ok lah , abang kena siapkan kerja lagi ni. hati-hati ikut orang . jaga adab tu. terima kasih , jangan lupa... '' talian diputuskan .
satu saja ayat aku boleh lafaz saat ni. '' Ya Allah , Aku PASRAH . '' .
Honda Jazz - Black Metallic berhenti tepat depan bustop . aku memanjangkan leher melihat kelibat empunya Honda. Tiba-tiba tingkap kereta terbuka. Dah sudah! betul lah, Fareen.
'' Apa tunggu situ ? masuklah . takkan kau tunggu Shah Rukh Khan datang bawa kau nyanyi-nyanyi tawaf satu bustop ni sambil bukakan pintu baru kau masuk ? '' bebel nya sarkastik.
Aku sudah mengangkat kening double-jerk. . '' Exasperate! nasiblah kau kalau aku bagi kau sebijik vans masuk mulut , memang stop injap pulmonari kau ni. takpayah kata ward , kubur terus tempat kau rehat. '' getus ku dalam hati. .
'' Apapasal kau balik lambat ? takkan bergunung task perlu siapkan dekat class tu. punya lah lewat. kena mental disorder kah hapa kau ni. 10 malam ? lecturer kau sudah mimpi sampai Jordan dah sudah di rumah tu.''Mula lah sudah tazkirah singkat bersama Al-Fadhil Ustaz Syeikh Fareen Naufal ni. Aku diam saja. Malas nian hendak menjawab. pandangan aku lontar jauh di luar tingkap.
'' Aku tahu . kau tidak selesa aku ambil. Aku faham prinsip kau macam mana. Aku hormat pendirian kau. Aku faham habislah kau ni. silibus Ikhtilat , La takrobu zina , tu semua yang kau takut sekarang ni kan? kau jangan risau lah. Aku lelaki mcm mana pun , aku bukan jenis yang tidak hadam syariat agama. sudah abang kau bagi responsible tuk ambik kau . jadi , buat masa ni , kau tu Amanah aku. kena sampai selamat di rumah kau. Peduli hapa aku kau tidak suka. '' Terangnya panjang lebar.
sempat aku curi pandang wajah budak Fareen tu sebelum aku buang muka.
'' aku takda cakap hapa pun . benci pun taraa , suka overthingking lah dia ni.'' bisik ku dalam hati.
Sebenarnya , aku sudah lama tahu perasaan aku. Aku mula benci dia start kejadian dia boleh dengan selamba call mak aku time kami masih tingkatan 3 , and then dia cakap dia akan jadikan aku perempuan paling bahagia macam mana bapa bahagiakan aku , dia akan jaga aku sampai nafas akhir dia , jaga sebagaimana dia jaga amanah Allah . Start kejadian tu , Perasaan tu sebenarnya sudah ada. tapi aku kikis dengan bina tembok 'benci' pada dia. at least perasaan aku boleh cover. Tapi aku silap. Makin aku benci , makin mendalam rasa yang ada .
'' Kenapa kau benci aku ? takkan sebab kes tingkatan 3 tu ? '' punya terkejut aku di hempap soalan aras langit! kalau aku boleh cermin riak wajah aku sekarang , confirm!kalah patung Anabelle . . Melihat riak wajah aku ni yang payah mahu bendung , dia tahu , aku tidak akan bercakap punyalah! so , dia sambung lagi. .
'' We're already 19 to be . Aku tidak pernah sekalipun paksa kau. sebab aku tahu . ada hal , even kita sayang macam manapun , kita kena belajar lepaskan. i mean , plan Allah itulah yang terbaik . Ada orang , ditemukan saja , tapi tidak ditakdirkan untuk disatukan.perjalanan kita masih panjang. aku faham. dengan bawa priority as hamba Allah , anak kepada parents , study lagi , Aku tidak paksa kau. Aku tidak berharap tinggi . sebab aku tahu , dalam masa ni , macam-macam boleh jadi. hati manusia tu bolak balik. cuma ,aku selalu harap. Impian aku , dan impian kau , sama. ''
to be continued ..
YOU ARE READING
De ' Bloem Droom
Romance'' Aku mahu impian kita , sama. '' - Katanya. -- Empat musim aku berdiam. Biarkan bunga itu layu. hilang bersama rindu. -- Bumi Lisse , aku tinggalkan semua. Apakah aku masih mampu bersua ? senyap rinduku di hujung. Bicara yang ku luah. pada Tuhan...