'' Aku selalu harap , Impian aku , dan impian kau , sama. ''
--
aku menekup wajah dengan dua tapak tangan. kata-kata Fareen masih ligat bermain di kepala.
masih meraja dalam kerajaan akal. sudah berapa tahun kami tidak bersua. duga ku , segala rasa yang dia ada sudah mereput dengan hari-hari yang berlalu .. rupanya sangkaan ku meleset.
Macam mana dia masih kuat memegang rasa yang dia sudah tahu jawapan yang bakal dia terima ?
tidak cukup lagi kah sikap yang aku tunjuk pada dia ? perlu kah dia setia pada perasaannya ?
Ya.
aku tahu , itu perasaan nya. siapa aku untuk halang ? Tapi . aku seakan berada pada roadblock.
antara penerimaan dan penolakan. Aku tahu perasaan aku pada Fareen. Tapi kenapa aku takut untuk berkata hal yang sama ? Allah , bantu hamba-Mu . . .
--
Bunyi ketukan pintu menghilangkan seribu fikiran. bingkas aku bangun dari katil , membuka pintu.
mak sudah tersenyum manis depan pintu.
'' Kenapa tidak ajak Fareen masuk tadi ? Makan malam sini. ? '' Tanya mama sebaik melabuhkan punggungnya di kerusi . Aku betulkan posisi duduk silah ku di atas katil.
'' Biarlah dia pulang mak . Lewat malam sudah .. Asya confirm , dia mesti sudah makan tu ... Takkanlah sampai setakat mahu ambik Asya pun dia tidak makan dulu . '' Balasku mendatar.
'' Tapi .... macam mana kalau betul dia belum makan semata ambik aku tadi ? tapi .... eisy! mustahil! mustahil ! takkan lah .....'' hati kecil mula berimaginasi . kepala aku gelengkan berkali-kali .
punyalah bekerut dahi mama tengok gaya aku. macam budak kecil yang dipaksa makan ubat , tapi dia geleng maut kepala sebab tidak mahu.
'' Aih ? Asyaa ni kenapa buat gaya macam tu ?! macam tidak betul saja mama tengok. '' Mak menarik muka ala-ala jumpa orang gila. Aku balas dengan senyuman meleret sambil angkat kening.
Mak cuma menggeleng. '' Hm.. apa-apalah Asyaa . pening mak tengok Asyaa ni. Dah , tidurlah. Jangan lewat pula bangun esok . Class Asyaa awal kan ? ''
aku seraya mengangguk. Mak cuma senyum . Satu ciuman sayang hinggap di dahi.
Mak keluar dari bilik senyap tanpa suara. lampu bilik pun mak sudah tolong matikan.aku mengatur posisi berbaring di atas katil . selimut warna biru muda itu , aku tarik menutupi seluruh badan. Dengan cuma bertemankan lampu tidur , pandangan aku buang jauh ke luar tingkap bilik. Nampak awan masih merah. mahu hujan agaknya. renungan aku kosong. cukup kosong.
aku pejam mata perlahan. . . .
'' Bismikallahumma ahya wa amut. ''
to be continued...
YOU ARE READING
De ' Bloem Droom
Roman d'amour'' Aku mahu impian kita , sama. '' - Katanya. -- Empat musim aku berdiam. Biarkan bunga itu layu. hilang bersama rindu. -- Bumi Lisse , aku tinggalkan semua. Apakah aku masih mampu bersua ? senyap rinduku di hujung. Bicara yang ku luah. pada Tuhan...