Nabi Yusuf

19 1 0
                                    

Sebenarnya pemuda dan pemudi zaman sekarang mendekati situasi yang hampir sama dengan apa yang dilalui oleh Nabi Yusuf dan Zulaikha.
.
Nabi Yusuf diuji dalam tempat yang tertutup dengan seorang wanita menggodanya di dalam. Tiada siapa yang melihat melainkan Allah. Peluang terbuka depan mata.
.
Tapi, Nabi Yusuf pilih Allah. Penjara dunia yang jadi pilihan berbanding kejelitaan seorang wanita yang tiada tolok bandingnya ketika itu.
.
Pemuda pemudi sekarang sama saja ujiannya. Fitnahnya sama. Godaannya pun sama. Bezanya. Di rumah masing-masing. Di bilik masing-masing. Tanpa kehadiran jantina berlainan pun. Hadir dalam bentuk baru.
.
Hadir melalui fon. Hadir melalui media sosial dan internet. Berhubung sesama ajnabi. Tiada siapa yang melihat melainkan Allah. Nak buat apa saja melalui maya, tiada siapa pun nak halang. Nak goda dan digoda boleh saja. Tiada batasan.
.
Nabi Yusuf dulu sampai bajunya terkoyak kerana enggan.
.
Pemudi sekarang pula tayang menayang seolah-olah minta dikoyakkan pemuda. Tak nampak macam enggan.
.
Pemuda pula enggan menoleh ke tempat lain bila tergoda. Rela terkoyak iman.
.
Enggan berjalan di depan pemudi, sengaja memilih follow dari belakang.
.
Pemudi memperlihat aurat. Pemuda menolak untuk menunduk bahkan tegar mahu melihat.
.
Koyak dan mengoyakkan sesama mereka. Bukan kerana enggan. Tapi kerana relakan.
.
Andai Nabi Yusuf memilih Tuhan.Engkau pemuda dan pemudi memilih siapa?
>WALLAHU'ALAM<
#muhasabah bersama...

infiniti cintaWhere stories live. Discover now