seram®

1.7K 21 10
                                    

Di satu malam yang penuh keheningan .., kelihatan burung-burung hantu bertengkaran dengan sang kelawar tanpa menghiraukan jiran-jiran sebelah .

Waktu itu , aku masih lagi form 1 dan orientasi masih belum tamat menunjukkan yang baru dua minggu aku di asrama tersebut .
K

alau korang perasan ayat kiasan dalam citer ni tak banyak sangat. Sori la aku tak minat sangat guna ayat skema tiang ..,


Malam tu , aku tidur macam biasa .., di atas katil atas . Sambil dihiasi loker-loker yang agak menarik untuk dilihat . Kedudukan katil aku betul-betul di penjuru dorm R 05 tersebut .

Macam biasa berbagai-bagai doa direcitekan aku bagi mengelakkan gangguan mana-mana makhluk halus .

Namun begitu ,

Aku tak pasti pukul berape waktu tu .., aku dikejutkan dengan nyanyian perempuan yang berbunyi "Lalalalala" .

Lol. Normal ke hantu bunyi begitu ?

So , aku pon abaikan sebab aku memikirkan bahawa salah seorang senior aku yang memasang alarm bernada dering sedemikian .

Akan tetapi ,

Gile ape diorang tak silentkan phone diorang . Nanti tiba-tiba warden pastu kantoi gitu je .

Lepas pikir camtu , aku pon tutup muka guna selimut sambil diselubungi ketakutan . Tambah pulak dengan bunyi tapak kaki berlari-lari di aras . Masa tu sebab cuak sangat , tak ingat pulak doa-doa lazim .

Tiba-tiba ,

Ade entiti lain pulak yang menarik selimut aku . Amar rupanya . Pagi tu , aku memang tak dengar azan Subuh ., tak tau sebab ape ! Tapi , serious aku tak tipu , waktu Amar kejut tu , aku tengah berpeluh teruk sambil menggigil macam orang gila .

Tapi , jangan ingat aku gila pulak ., tu perumpamaan je .

-aYaMmAn-

Asrama X Asmara !Where stories live. Discover now