Vevian weeya akhirnya terbangun dari pengsan . Dia memandang sekeliling dan mendapati tempat yang sedang dia berada sangat asing . Dia kini berada di sebuah bilik . Di manakah aku sekarang ni ? Wait wait , bukan aku jatuh dari gaung ke dan.. dan berada di hutan ? A ..aku belum mati ? Aku selamat ?!
Tiba tiba dia mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya yang sakit bagaikan ada batu yang menghempapnya . Kesakitan pada anggota badanya juga terasa sakitt tetapi rasanya tidak seteruk dari yang sebelumnya . Entah kenapa rasa sakit pada badanya tiba tiba beransur pulih , dia pun tak tahu jawapanya .
Dia memandang ke hadapan dan terkejut apabila sepasang mata sedang memandangnya dengan tajam . Matanya tidak berkelip memandang Vevian Weeya . Sungguh gadis itu tidak menyedari kehadiran jejaka itu di situ .
"A..a.. awak siapa ?" Tanya gadis itu tergagap gagap . Jejaka itu tidak menjawab pertanyaan vevian weeya . Sebaliknya matanya hanya menatap wajah gadis itu tanpa berkelip bagaikan setahun tidak berjumpa . Tatapan lelaki itu juga seakan akan ingin membunuh vevian weeya . Gadis itu menelan air liurnya . Dia mulai takut dengan lelaki asing itu .
"Awak siapa ? Bagaimana saya sampai di sini ? " vevian weeya bertanya lagi . Krik krik .. aduh , kuatnya angin menyapa . Masih tiada jawapan dari jejaka itu . Lelaki ni bisu ke ? Vevian weeya bertanya dalam hati .
"Saya Aelvienn . Awak kini berada di kampung Cexo . Dan saya yang bawa awak untuk di rawat di sini " akhirnya dia menjawab . Ehh pandai bercakap pula dia ni . Ingatkan bisu . Gadis itu bermonolog dalam hati .
"Jadi awak yang selamatkan saya Dan awak yang rawat saya ?" Vevian bertanya meminta kepastian . Dia juga bertanya tentang lukanya yang ada kesan ubat .Lelaki itu mengangguk . Serta merta vevian weeya teringat akan lelaki yang menghampirinya di saat dia putus harapan untuk hidup . Masa tu pandanganya kabur dan tidak nampak wajah lelaki itu dengan jelas . Jadi dialah lelaki itu ? Yang kini duduk berhadapan dengan aku ?
"Terima kasih kerana menyelamatkan saya dan rawat saya . Terima kasih sangat sangat . " ucap vevian weeya .Patutlah luka aku beransur pulih . Desis hati vevian weeya . Gadis itu tersenyum . Dia gembira . Sangat gembira . Terima kasih ya tuhan kerana memberikan aku peluang untuk hidup . Dia memanjatkan syukur kepada tuhan . Akhirnya aku terlepas dari Idernn . Tunggu laa kau Idernn . Bila aku balik di sana , taula apa yang akan aku buat nanti ! Kata vevian weeya dengan geram . Kerana lelaki itu dia cedera sampai jatuh dari gaung . Nyawanya hampir melayang dan dia juga hampir diperkosa . Tak guna kau Idernn ! . NAsib baik dia masih hidup . Dia sangat sangat berterima kasih kepada jejaka di depanya dan
"Ehh , mana Aelvienn ?" Dia memandang sekitar bilik itu tetapi lelaki itu sudah tidak kelihatan . Gadis itu tidak menyedari Aelvienn pergi dari bilik itu disebabkan dia leka melayan perasaanya yang bercampur baur .
"Aelvienn awak di mana ? " jerit vevian weeya . Tiada sahutan . Dia turun dari katill . Tapi tiba tiba dia terjatuh . Dia tidak dapat berjalan . Kedua dua Tapak kakinya sakit ."ini pasti aku tidak pakai sebarang kasut hari itu " dia memarahi dirinya sendiri . Perlahan lahan dia kembali ke katill .. dia memerhati s kembali segenap ruang dalam bilik itu . Hemm cantik . Tapi tidak secantik bilik aku . Hehe . Vevian weeya sempat angkat bakul sendiri .
Udara yang masuk melalui dua tingkap bilik itu sangat nyaman . Dia menarik nafas dalam dalam dan menghembusnya . Nampaknya lelaki itu belum balik juga ke bilik ini . Ke mana kah dia pergi ?
"Huh ! Sanggupnya dia meninggalkan aku di sini . Aku yang masih sakit di sini , tidak dihiraukan . Ehh , apa kau ni vevian ? Kira okeyy dah dia selamatkan kau . Lagipun bukanya kau tidak biasa berkeadaan seperti ini " dia kembali memarahi dirinya sendiri . Jika ada sesiapa yang nampak dia bercakap seorang diri , pasti mereka menganggapnya orang gila .
Dia sebak apabila mengenangkan sikap ibu bapanya yang tidak menghiraukan dia apabila dia sakit . Dia seolah olah seperti bukan anak kandung mereka . Mereka sentiasa tidak ada rumah dan sibuk dengan kerja . Hanya pembantu rumahnya sahaja yang mengambil berat tentang dirinya iaitu Mak Setiah .
Jika dia sakit , sedih , mencapai kecermelangan dalam pelajaran dan sebagainya , mak Setiahlah tempat dia mengadu Dan berkongsi suka dan duka . Dan sekarang , dia sangat merinduii mak Setiah . Dia rindukan belaian pembantu rumahnya itu ketika dia sakit . Air matanya mula bergenang di tubir matanya . TAk apa vevian . Lusa kau akan balik semula di rumah dan di situlah kau berpelukan dengan Mak setiah sepuas puasnya . Sabar veviann . Tunggu sampai kau sembuh . Vevian weeya memujuk dirinya sendiri .
♥♥♥♥♥
"Gadis dalam mimpi aku tu betul betul wujud . Ya tuhan adakah aku masih bermimpi ? . Bertemu gadis itu dalam kesusahan , bercakap dengan gadis itu secara berdepan dan gadis itu sekarang berada dalam rumah aku ? Adakah aku masih bermimpi ? " kata Aelvienn dalam hati . "Hoii Aelvienn cepatlah bangun dari mimpi ini ! " jerit Aelvienn sambil menampar nampar wajahnya . Sakit ! Dia merasakan pipinya sakit akibat dia menampar pipinya sendiri ...
"Aelvienn , awak di mana ?!" Jeritan gadis itu dari bilik mengejutkan lamunan Aelvienn yang berperang dengan perasaanya . Ohh , gadis itu memang wujud dan aku tak bermimpi! Jerit hati Aelvienn .
"Apakah maksud mimpi tu ? APa maksud semua ni ? Mesti ada hikmah di sebalik mimpi aku ni " pelbagai persoalan yang berada dalam minda Aelvienn .
Sebentar tadi dia telah keluar dari bilik itu sementara gadis itu tengah mengelamun dan sepertinya geram akan seseorang . Hal ini disebabkan , aelvienn melihat gadis itu mengenggam tanganya seperti marahkan sesuatu . Oleh itu dia mengambil kesempatan keluar dari bilik itu untuk menenangkan hatinya dan melayan fikiranya yang bercelaru ..
Tak mahu melayan persoalan yang banyak dalam fikiranya , dia menuju ke bilik di mana gadis itu berada . Apabila di sampai di bilik tersebut , dia mendapati gadis itu sedang menangis . Kenapa dengan dia ? Apa yang terjadi denganya ? Adakah disebabkan aku keluar tadi , dia menangis ? pelbagai persoalan yang berada dalam minda jejaka itu .
YOU ARE READING
DUNIA AROMAYE
RandomJika dia tidak melarikan diri ke dalam hutan itu dan jika dia tidak diselamatkan oleh lelaki itu , dia pasti tidak akan berada di dunia yang pelik itu . Tapi apa boleh buat .. hanya di hutan itu sahaja tempat untuk menyelamatkan diri dari bahaya ya...