bab 4

96 4 0
                                    

    "Takkan baru beberapa minit saya tinggalkan awak , awak dah menangis ? " tanya Aelvienn kepada Vevian weeya yang sedang menyeka air matanya berkali kali .

"Ehh , awak rupanya . Mana da .! " vevian memprotes .. Langsung Tak masuk akal baginya jika dia  menangis hanya kerana jejaka itu keluar sebentar . Mengarut ! Selama ini  dia selalu bersendirian dalam rumah tanpa ibu bapa , dan Mak setiah pula kadang kadang tidak ada dalam rumah , inikan pula dia menangis sebab ditinggalkan hanya sebentar  .  Heii , ini akulah , vevian Weeya . Takkan mudah menangis disebabkan hal kecil tu !

"Habis tu kenapa awak menangis ?" Tanya Aelvienn lagi .. dahinya berkerut .

" Sa.. saya menangis  sbab saya teringatkan  ibu bapa saya yang tidak pernah peduli pasal saya . " air matanya mula kelihatan kembali . "Merekaa selalu sibuk .. hemm tak pa laa . Tak penting pun bagi awak tahu masalah saya .. " ujar vevian weeya lagi lalu menyeka air matanya yang berjaya keluar dari mata .  

Setelah Mendengar kata kata gadis itu , aelvienn teringat akan ayahnya dan ibunya . Sebenarnya , dia lari ke rumah ini sebab dia kecewa dengan ibu bapanya yang memaksanya kahwin dengan seorang gadis . Sudah berkali kali dia mengatakan bahawa dia tidak mahu dan dia tidak mahu mengkahwini gadis yang tak pernah dicintainya kepada ibu dan bapanya tetapi kedua dua orang tuanya masih memaksa . Disebabkan kecewa , dia lari ke rumahnya yang satu ini .. rumah ini juga tidak diketahui oleh sesiapa mahupun keluarganya .

Lelaki itu hanya mendiamkan diri . Dia tidak tahu bagaimana hendak memujuk gadis ini . Kalau adik perempuanya , sudah pasti dia akan memujuk . Tapi ini orang lain . Gadis yang selalu muncul dalam mimpinya , lagipun baru satu malam dia kenal gadis ini . oh yaa dan satu lagi , gadis ini seperti kaum Manusia seperti Aelvienn .

"Ahh , apa awak buat ni ?! " kata vevian weeya separuh menjerit . Dia terkejut dengan Aelvienn yang tiba tiba memegang tapak kakinya  .
"Saya cuma nak ubatkan luka kat kaki awak ja laa . " jawab Aelvienn selamba .

"Lain kali , beritahulah dulu " . Rasa malu mula menguasai dirinya . Ingatkan apa tadi ! Itulah negatif sangat pemikiran kau vevian ! Marahnya kepada diri sendiri .  Tiada  sahutan  dari jejaka itu . Mukanya hanya mempamerkan wajah serius sambil merawat kaki gadis itu . Dia meletakkan sesuatu seperti  daun tumbuhan yang telah dihancurkan  . Ubat yang digunakan oleh jejaka itu berwarna hijau muda . Ianya seprti ubat tradisional . Sesekali gadis itu meringis kesakitan . Pedih tapak kakinya apabila terkena ubat yang tidak dikenalinya itu .

"Awak , apa nama ubat ni ?" Vevian weeya mula bertanya . Janggal pula rasanya kalau tiada sebarang cerita . Krik krik .. waw ! Sekali lagi pertanyaanya tidak dijawab . "Awak , saya tanya ni " . Sama . Tiada jawapan . Ehh , dia ni bisu balik ke ? Dia ni ada sindrom bisu ke ?

Akhirnya gadis itu mengambil keputusan untuk berdiam diri . Memandangkan lelaki itu tiada niat untuk menjawab pertanyaanya dan tidak sudi berbual denganya , dia hanya mendiamkan diri . Matanya pula hanya memandang tangan sasa Aelvienn yang lincah meletakkan ubat itu di tapak kakinya .

"Mungkin , besok kaki awak akan sembuh " kata lelaki itu setelah siap merawat kaki  Vevian weeya .
"Ohh ya ke ? Terima kasih awak . Terima kasih sangat sangat . Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas  budi awak " ucap vevian weeya sambil tersenyum manis . Dia sangat terhutang budi dengan jejaka ini .

"Hemm " itu sahaja yang terpacul dari mulut jejaka itu . Aelvienn berdiri semula dan memandang ke luar tingkap . 'Entah apa agaknya yang mereka sedang buat sekarang ' bisik hati kecil Aelvienn . Sejujurnya dia merindui keluarganya . Terutamanya adik perempuanya yang pelbagai karenah dan mencuit hati ..

"Harap harap kakiku cepat sembuh dan dapatlah aku peluk Mak setiah sepuas puasnya " kata kata gadis itu menghentikan lamunan Aelvienn yang menerawang jauh . Entah kenapa hatinya tiba tiba jadi hiba mendengar kata kata gadis itu . Hatinya juga jadi  berat untuk  melepaskan  gadis itu pulang semula. Cepat cepat dia membuang segala perasaanya itu  .

Dia memandang gadis itu dan saat itu dia tertacap pada gaun singkat Vevian yang koyak pada bahagian perut . Gulp ! Dia segera menutup matanya . . Tak sanggup dia melihatnya . Mungkin peha gadis itu juga kelihatan jika dia tidak memakai selimut untuk menutupi bahagian pehanya itu .  Aelvien segera keluar dari  bilik itu dan kelibatnya hilang .

Vevian weeya terpinga pinga hairan . Kenapa dengan dia ? Kenapa dia tutup matanya tadi ? Ada hantu ke ? Gadis itu bermonolog dalam hati .
Dia mengeleng gelengkan kepalanya mengenangkan  sikap jajaka itu yang pelik . Dia mengeluh dan memandang pada gaunya . Di situlah dia ternampak pada gaunya yang koyak di bahagian perut .

"Alamak baju aku ! Kenapa aku tidak boleh menyedarinya langsung ? Adakah ini sebab dia tutup matanya tadi ? Argghh !! Malunya aku " kata vevian weeya separuh menjerit . Sungguh dia malu . Jadi maknanya dia nampak perut aku ? Tidak !! Dia menekup wajahnya dengan bantal . Malu . Dia sangat malu . ! Dia merasakan wajahnya sudah merah seperti tomato .

Kat mana aku nak letak wajah aku ni ? Huh , baru sehari dengan dia , aku sudah mendapat malu . Arghh tak guna betul ! Tak guna ! Kini wajahnya ditampar tampar pula . Sesungguhnya , dia rasa sangat malu! Nasib baik , saiz koyakkan itu tidak terlampau besar . Kalau tidak ,, arghhh !!

"Saya minta maaf ... errr .. apa namanya ye ? Aduhh , lupa pula tanya namaya . Hah itulah kau . Asyik melayan mimpi kau tu sampai lupa tanya nama. Hisshh , tapi papun , aku tak sengaja terlihat perut kau tu ..soryy sangat sangat!  " jejaka itu berkata senndirian setelah keluar dari  bilik itu . Dia juga memarahi dirinya sendiri kerana lupa tanya nama gadis itu . Ah , besok pun aku  boleh tanya nama gadis itu !

Alangkah bagusnya jika dia dapat mengucapkan semua itu kepada gadis itu tetapi dia ego . Dia takkan meminta maaf sebab dia bukanya sengaja tengok . Dia terlihat sahaja!

DUNIA AROMAYEWhere stories live. Discover now