Leave me alone

465 56 10
                                    

Baekhyun berdiri lama di hadapan pintu dorm Exo. Bibirnya digigit perlahan. Wajahnya jelas kelihatan runsing.

"Chen dah balik ke??" Dia berbisik sendiri.

"Aihh michigetda.." Baekhyun mengusutkan rambutnya kasar.

Tiba2 dia terdengar bunyi derap tapak kasut menghampirinya. Segera dia menoleh ke arah itu. Sebaik sahaja dia mengenali orang itu, segera dia berdehem membetulkan tekak & berdiri dalam keadaan yang agak kekok.

Baekhyun ingin menegur orang itu, namun orang itu tidak memandangnya langsung & terus menekan nombor pin dorm mereka.

"Chen??" Panggil Baekhyun perlahan.

"Emmm." Balas Chen dingin. Tanpa menunggu kata2 Baekhyun yang seterusnya, dia terus masuk ke dalam.

Baekhyun mengeluh. Matanya dipejam sambil mendongak ke atas. Kemudian dia terdengar pintu dibuka semula. Baekhyun terus membuka matanya.

"Yahh,, neo micheoso?? Sejuk kan dekat luar tu. Kau nak mati ke?? Nak mati, tak payah masuk." Chen membuka mulut tanpa perasaan.

Baekhyun terkejut. Perlahan-lahan dia mengangguk kepalanya. Chen memutarkan bola matanya & terus masuk ke dalam semula. Baekhyun segera masuk ke dalam. Dia tersenyum kecil. Chen masih menegurnya walaupun dalam keadaan dia masih dingin. Dia mengeluarkan telefon dari dalam kocek seluarnya. Tangannya laju menaip di atas skrin.

'Hana,, jeongmal mianhe. Aku janji aku akan betulkan semua ni. Kokjeongma :) '

Setelah menekan butang send, dia menggenggam telefonnya sambil tersenyum.

--skip--

Hana baring terlentang di atas katilnya. Kepalanya terlebih dari katil & dibiarkan terbalik ke bawah. Sesekali dia menjeling telefonnya. Kemudian dia membuka conversationnya bersama Chen. Dia membaca dari atas.

'Chen..'

'?'

'Semua ni salah faham..'

'Keurom??'

'Yahh,, waeirae?? Hajima..'

'Saya tak marah pun..'

'Keojitmal..'

'Nae.. See?? :) saya senyum..'

'Chen...'

'Emm??'

'Jangan buat saya serba salah mcm ni..'

'Jangan buat awak serba salah?? Senang,, jgn cari saya utk sementara ni..'

'Wae?? Saya tak salah..'

'Ara :) '

'Keurom??'

Selepas itu tiada balasan dari Chen.

--sementara itu--

'Wae?? Saya tak salah..'

'Ara :) '

'Keurom??'

Chen mengeluh. Telefonnya diletakkan di sebelahnya. Kemudian dia menjeling katil yang berada di hadapannya, katil Xiumin. Kosong.

"Tidur sorang lagi lah ni.." Dia berbisik sendiri.

Dia sudah menutup lampu. Lampu tidur di sebelahnya dihidupkan dalam keadaan malap. Tiba2 pintu biliknya diketuk.

"Emmmm!!!" Chen menjawab dalam selimut. Suaranya agak bergema.

Pintu biliknya dibuka perlahan. Chen mengintai sedikit dengan menyelak selimutnya. Kemudian menghembus nafas dengan berat.

"Chen??" Panggil Baekhyun seraya duduk di atas katil Xiumin.

"Emm??" Chen membalas. Dia masih lagi berselubung dengan selimutnya.

"Yahh,, kita kena bincang. Kau dah salah faham."

Chen diam tidak membalas. Baekhyun mengeluh perlahan. Dia mengesat perlahan hidungnya untuk menghilangkan gugup.

"Chen,, aku tau aku salah."

Baekhyun tetap meluahkan isi hatinya walaupun Chen tidak melayan. Dia tahu Chen dengar, tapi sengaja taknak layan.

"Aku mengaku aku sukakan Hana. Aku tak tau pun korang dah mula serius. Keundae, jeongmal mianhe. Na molla."

Baekhyun berhenti seketika. Chen hanya memasang telinga dari tadi.

'Bila dia ni nak keluar?!' Hatinya menjerit.

"Chen, Hana tak salah. Jangan marah dia, eo?? Aku tau kau baik. Kau still tegur aku even aku dah buat korang gaduh. Kau still nak bercakap dengan aku. Naee,, ni Chen yang aku kenal. Dia baik."

Chen tetap diam. Kemudian dia terdengar Baekhyun seperti menarik nafas dengan tersekat. Sesekali dia mendengar Baekhyun seperti mengesat hidung yang berhingus (?)

'Seolma,, dia nangis?'

"Chen,, jeongmal mianhe.." Sambung Baekhyun lagi.

'Naga!! Aku nak tidur woi!!!'

"Jaljja.." Baekhyun bangun & keluar dari bilik.

--skip--

Dyo membuka sedikit pintu bilik. Sebenarnya, dari tadi dia mencuri dengar apa yang dikatakan oleh Baekhyun kepada Chen. Kemudian apabila pintu bilik dibuka, mencicit dia berlari masuk ke dalam bilik,,,, Suho -..-

"Yahh, dah la merempuh masuk bilik orang,, pastu terhendap-hendap. Kau dah kenapa??" Soal Suho sambil menendang perlahan punggung Dyo.

"Yahhh!!!" Dyo menjerit.

---TBC---

Annyeong readers! This is very short chapt,,mian author busy cousin kahwin -..-

And ada yg pm author tanya bila part Dyo & Hani keluar?? Sabar jelah nae 😌

Kbye! Vote and komen jgn lupa!! 💕

Chen ssi !! [Malay Fanfic] ✔️Where stories live. Discover now