Alia bertaruh hidup mati

55 0 0
                                    

Alia masih pengsan dan tidak tahu masih berpeluang hidup atau tidak tiba tiba darah Alia naik turun. Papanya pun memanggil doktor lalu doktor itu berkata siapa diantara kamu paling rapat dengan pesakit. Doktor itu bertanya kepada ibu pesakit. Ayahnya tidak dipilih tetapi Chempaka yang diarahkan untuk membisik ke telinga Alia tentang memori lama.Agar Alia boleh memilih jalan terbaik di dalam mimpinya.

Chempaka pergi ke arah telinga kakaknya lalu membisik sementara mama dan papa membaca surah Yassin.

Kakak, ingat tuhan kak kakak perlu tunaikan solat kakak perlu tepati janji kakak untuk mama"Chempaka sedaya upaya menahan tangisannya.

Alia berada di tengah jalan dan dia boleh melihat tetapi kurang jelas kerana terdapat banyak kabus(dalam mimpi)

Jalan pertama kedengaran suara rakannya tetapi disebaliknya ada bunyi "Mmmmmmm" Alia memang amat takut sudahlah gelap ada bunyi aneh lagi dan dia turut mendengar bunyi bunyi dikawasan lain malangnya semuanya tidak jelas

Alia duduk di lantai dan tiba kedengaran suara Chempaka dari langit

Kakak perlu berusaha tajam kan mata tajam kan telinga ingat lah memori lama kakak pernah cakap waktu kita pergi pantai hari tu,kakak tak boleh lupakan hari bahagia ni"bisik Chempaka lagi.

Tiba tiba bisikan itu terhenti lalu Alia bangun dan mendengar dengan teliti. Suatu jalan itu membunyikan ombak dan pasir dimain main.Di sebaliknya ada bunyi bacaan Yassin, Alia pun menggunakan jalan itu semakin dalam tiba tiba kabus semakin tebal dan tiada lagi apa apa bunyi.

Alia menggosok mata dan dia terjaga dari tidur sementara(pengsan).Adik nya terus memeluknya mama dan papa pun bergegas ke arah mereka.

Mereka sekeluarga berasa tenang Chempaka keluar dengan membawa berita baik itu kepada doktor membuat pemeriksaan lagi dan mengesahkan jika Alia tidak pengsan lagi dia boleh pulang esok dan pastikan Alia makan ubat dengan mengikut jadual jangan tertinggal.

Malam itu mereka semua bersetuju untuk menginap di bilik hospital tersebut tetapi doktor melarang lebih daripada 2 orang di bilik pesakit. Chempaka disuruh pulang manakala ayahnya dan ibunya pula akan menginap di situ.

"Abang je lah hantar Chempaka pulang, saya tak sanggup nak tinggalkan Alia" kata ibunya

"Ye lah. Jangan lupa jaga betul betul Alia tu jangan tidur nyenyak sangat"memang ayat papanya seperti gurauan tetapi nadanya amat serius.

Chempaka melihat wajah kakaknya yang sedang memejamkan mata kakaknya tidur kerana telah kepenatan."Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan dan kesabaran untuk menempuh segala macam dugaan yang telah engkau tetapkan"Chempaka bercakap di dalam hatinya.

Kembar SeirasWhere stories live. Discover now