Korean High School.
Di kelas."Mika, kenapa dah seminggu Hyuk sik tak datang kelas? Dia ada perlawanan ke? Soal Na eun.
"Mungkin dia masih bersedih". Jawab Mika.
"Bersedih?". Soal Na eun lagi.
"Awak tak tahu ke? Hani dah meninggal dunia , Myung soo bagitahu saya, dia pon tak hadir hari ini sebab dia risaukan Hyuk sik". Ucap Mika.
"Apa?! Mika awak tahu di mana rumah Hyuk sik , saya nak jumpa dia, tolonglah". Pinta Naeun.
Mika melihat log buku milik kelas 5A , dan ternyata terdapat alamat rumah Hyuk sik . Mika menyalin alamat di kertas dan diberikan kepada Naeun...
"Nah, awak nak saya ikut awak tak?". Soal Mika.
"Takpa, kalau ada apa-apa saya bagitahu awak" jawab Naeun. Mika mengangguk tanda setuju.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
"Naeun hati-hati!". Ucap Mika.
Na eun memandang kearah Mika dan tersenyum...
Selepas habis waktu sekolah, Na eun terus bergerak ke rumah Hyuk sik dengan menaiki bas awam. ..
Ting! Tong! Ting! Tong!
Na eun menekan loceng rumah Hyuk sik , namun tiada sebarang reaksi. Naeun merasa kecewa lalu mengambil keputusan untuk bergerak pergi .
"Awak buat apa kat sini?". Soal Hyuk sik .
Hyuk sik baru sahaja pulang dari pusara Hani. Dia telah melihat ada seorang gadis di hadapan rumahnya, dan gadis itu adalah Na eun.
Na eun merasa terkejut, lantas memeluk Hyuk sik. Kemudian, Naeun meleraikan pelukannya...
"Maaf, datang tanpa bagitahu awak, saya risaukan awak, takziah saya ucapkan". Ucap Na eun.
Hyuk hanya mendiamkan diri , lalu memandang Na eun dan berkata "Saya baik-baik sahaja, mungkin selepas ini saya akan berpindah sekolah, terlalu banyak memori di sekolah itu".
"Hyuk sik, awak nak pindah sekolah? Tak boleh ke awak tidak pindah? Tak akan awak nak tinggalkan kawan-kawan awak? Tak akan awak juga nak tinggalkan saya?". Setitis air mata Na eun gugur .
"Hyuk sik, awak bencilah saya! Tapi saya mohon janganlah pindah sekolah, izinkan saya untuk terus menjadi peminat setia awak". Rayu Na eun
Hyuk sik memandang Na eun dengan wajah yang sayu dan mengelap air mata Na eun di pipinya menggunakan sapu tangan milik hyuk sik..
"Na eun awak sudah ada segalanya-galanya, carilah lelaki yang lebih baik". Ujar Hyuk sik.
"Jadi inilah jawapan awak selama ini untuk saya, baiklah Hyuk sik, biarlah saya yang pergi dari hidup awak , sekolah itu sangat memerlukan awak berbanding saya, dan terima kasih kerana membenarkan saya untuk menyukai awak selama ini,selamat tinggal Hyuk sik".Ucap Naeun lalu berlalu pergi.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Na eun melawat pusara ibu dan ayahnya pada pagi ini...
Naeun terlalu rindukan ibu dan ayah , kali kedua Na eun berasa sangat sedih selepas kehilangan ibu dan ayah". Ucap Naeun.
"Ibu , Ayah Naeun terlalu menyintai Hyuk sik, Na eun ingin menjadi seseorang yang boleh membuat dia gembira tapi dia tidak menyukai Na eun , Na eun berubah semuanya kerana dia, Naeun sayang dia , ibu ,ayah". Ucap Naeun sambil menangis di pusara ibu dan ayahnya.
YOU ARE READING
You are mine
FanfictionYou are mine berkisarkan tentang seorang gadis yang bernama Naeun . Seorang gadis yang sangat kurang berkeyakinan dek kerana rupa dan fizikalnya yang hodoh dan gemuk serta seorang yang cepat panik. Naeun seorang yang pendiam disebabkan itu Naeun tid...