Di rumah Na eun.
Tok! Tok! Tok!"Siapa pagi-pagi ni kacau tido aku". Desis hati Na eun.
"Hi Na eun ! Jom pergi jogging? Kata nak jadi cantik kan? Jom lah! ". Ujar Mika sambil menarik tangan Na eun .
"Eyh, jap ! Saya belum gosok gigi lagi la, bagi saya 5minit". Naeun kelam kabut jadinya , tiba-tiba sahaja Mika datang ke rumahnya nak ajak jogging, bukan mahu menelefon dirinya terlebih dahulu.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Di Taman Seroja.
"Mika berhenti kejap, saya dah tak larat dah ni , bagi saya rehat sekejap". Pinta Na eun yang keletihan kerana sudah lama tidak bersenam.
"Awak ni Na eun, baru berapa minit je awak da penat , macam mana nak jadi cantik ni?".
"Okayla, jom lah, untuk cantik saya sanggup buat apa sahaja". Ujar Na eun bersemangat.
"That's my friend! Okay jom! ". Mika gembira melihat perubahan sikap Na eun.
"Aku tahu kau boleh Na eun". Bisik hati Mika.
"Hi! Selamat pagi!" Myung soo menyapa mereka. Na eun dan Mika saling berpandangan antara satu sama lain.
"Macam mana awak boleh ada kat sini? Jogging jugak ke?". Mika bersuara.
"Ya, saya selalu berjoging dekat sini, rumah saya dekat kawasan ini juga". Ujar Myung Soo.
"What?! Jadi awak berjiran lah ni dengan Na eun, sampai hati Na eun tak bagitahu saya". Ujar Mika sambil tersenyum.
"Maaflah, Mika, ". Na eun tertunduk malu.
"Awak sorang je ke? ". Mika bertanya kepada Myung soo.
"Taklah, Won Bin dengan Hyuk sik ada , hah! tu pon diorang!". Ujar Myung soo kepada Mika sambil melambai-lambai tangannya ke arah Won Bin dan Hyuk Sik.
Mereka berdua datang , setelah dipanggil oleh Myung soo."Hi Naeun ! Mika kan? ". Ujar Won Bin.
Hyuk Sik hanya diam sahaja. Hyuk sik tak seperti Won Bin dan Myung Soo , mereka peramah. Hyuk sik akan jadi peramah sewaktu mereka tiada . Agak pelik juga. ..
"Mika , Myung soo , jom kita berlumba lari nak tak? Won Bin sengaja berbuat begitu supaya Hyuk sik dapat rapat dengan Na Eun.
"Okay juga tu, jom la Myung soo, Na eun saya tunggu awak kat depan nanti okay, bye!" Pinta Mika dan mengikut Won Bin serta Myung soo.
"Diorang ni , kenapalah tinggalkan aku dengan Hyuk sik, aku nak cakap apa dengan dia? ". Desis hati Na eun.
Hyuk sik dan Na eun berjalan di sekitar taman tanpa sebarang kata. "Tak boleh jadi ni, aku mesti berbuat sesuatu". Naeun mula bersuara "Hyuk sik awak selalu ke jogging kat sini?" . Na eun memandang wajah kacak Hyuk sik.
"Selalu jugak, rumah saya tak jauh dari taman ini." Ujar Hyuk Sik .
"Saya rasa cemburu dengan awak Hyuk sik, awak ada segalanya, dan saya harap awak tak sia-siakan semua yang awak ada". Hyuk Sik tersenyum melihat Na eun.
"Saya sangat menghargai segala yang saya ada, jadi awak pun sama juga okay? Yakin pada diri awak sendiri dan biarkan apa sahaja yang orang lain cakap pasal awak okay?". Ucap hyuk sik
Hyuk sik tahu Na eun seorang gadis yang baik dan dia tidak akan menyakiti Na eun. Kerinduannya terhadap Hani semakin menebal. ..
"Saya pegang nasihat awak tu Hyuk sik, terima kasih, perpindahan saya ke sini telah merubah diri saya menjadi yang lebih baik".Hyuk sik gembira mendengar kata- kata Na eun.
"Hyuk sik benarkanlah saya menyukai awak sampai bila-bila, saya sedar siapa saya pada awak, namun saya amat ikhlas terhadap awak". Bisik hati Na eun.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
"Terima kasih sebab tolong kami Mika, kalau tak ada awak , tak tahulah macam mana". Ujar Won Bin.
"Kalau awak berdua ikhlas nak tolong Na eun, saya tak kesah, yang penting jangan sesekali buat Naeun sedih,saya tak sanggup". Pinta Mika .
Myung soo bersuara "Mika, kalau hal itu , janganlah risau , kami janji akan buat Na eun sentiasa ceria".
"Tapi saya nak tahu kenapa awak nak tolong Na eun ye? ". Ujar Mika kehairanan.
"Sebab kami rasa dia macam sukakan Hyuk sik". Ujar Won Bin.
Mika terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Won Bin "apa?! Na eun suka Hyuk Sik ? Eyh tak mungkinlah , kalau Hani tahu macam mana? Teruk nanti". Mika berasa bimbang terhadap Na eun
"Mika , percayalah Hyuk sik tak pernah cintakan Hani, Hani yang bersungguh-sungguh terhadap Hyuk sik, disebabkan itu, Hyuk sik terima Hani". Won Bin cuba menyakinkan Mika.
Myung soo memberitahu Mika bahawa selama ini , Hyuk sik terpaksa berpura-pura dihadapan Hani untuk menjaga hati Hani...
"Sebenarnya Hyuk sik pernah mengalami kemalangan jalan raya, dia telah kehilangan banyak darah, lalu Hani telah mendermakan darahnya untuk Hyuk Sik, dari situla Hyuk sik menerima Hani walaupun dia masih keliru, keluarga Hyuk sik juga meminta agar Hyuk Sik ditunangkan dengan Hani". Ucap myung soo
Mika merasa simpati dengan apa yang berlaku pada Hyuk Sik...
"Jadi awak nak Na eun menjadi teman wanita Hyuk Sik? ". Mika bersuara.
"Ya, kami tak pasti ia menjadi atau tidak, tapi sejak kali pertama saya lihat Na eun pandang Hyuk sik saya dapat rasakan sesuatu yang istimewa ada pada Naeun, tolonglah bantu kami lihat Hyuk Sik tersenyum semula". Pinta Won Bin.
"Baiklah" Mika bersetuju dengan rancangan mereka.
YOU ARE READING
You are mine
Hayran KurguYou are mine berkisarkan tentang seorang gadis yang bernama Naeun . Seorang gadis yang sangat kurang berkeyakinan dek kerana rupa dan fizikalnya yang hodoh dan gemuk serta seorang yang cepat panik. Naeun seorang yang pendiam disebabkan itu Naeun tid...