Sebuah kereta BMW mewah memasuki kawasan perhimpunan sekolah. Amalina memerhati dengan mata yang tajam.
"Amboi, terpikat ke cikgu" kata seorang pelajar perempuan kepada Amalina.
"Eh! Taklah! Langsung tak. Just rasa menyampah melihat kereta tu. Mesti milik pelajar baru yang cikgu lain asyik cakap tentangnya. Istimewa sangat ke budak tu?" kata Amalina sambil menunjukkan rasa cemburu dan bencinya terhadap budak baru di sekolahnya.
"Cikgu! Tak eloklah cakap macam tu! Nanti dapat dosa. Murka Allah." Kata pelajar itu lagi.
"Eh kau tahu ape? Baik kau diam sebelum cikgu cekik kau. Pastu sekolah ni tutup macam sekolah si budak baru tu. Hampeh" kata Amalina lagi. Pelajar itu rasa menyampah dengan sikap cikgunya lalu meninggalkan cikgu itu. Amalina tidak peduli. Dia seorang guru Bahasa Inggeris yang paling sensitif di Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau. Sifatnya yang bengis, berkata-kata kesat, dan tidak mempedulikan pandangan orang lain menyebabkan ramai pelajar dan para cikgu sendiri tidak menyukainya.
Amalina meninggalkan kelas 1 Amanah tepat pukul 9 pagi. Dia dengan segera menuju ke kelas 5 Bakti. Semasa perjalanannya ke kelas 5 Bakti, ramai pelajar cuba melemparkan senyuman dan memberikan pemanis kata kepada Amalina. Namun, dia buat seakan tidak nampak dan berjalan terus.
"Tak perlu nak bagi salam. Duduk je. Buka latihan semalam." Kata Amalina setelah dia tiba di kelas 5 Bakti. Dia meletakkan buku rekodnya di atas meja bersama dengan buku teks dan handbegnya berjenama Carlo Rino. Dia melihat sekeliling kelas itu.
"Hey! Kamu yang kat belakang sekali tu! Mana buku? Mana lencana baju? Ingat sekolah ayah kamu? Mari sini ke depan! Bawa apa yang kamu ada ja!" jerit Amalina terhadap seorang pelajar lelaki yang berbadan kecil.
"Erm, actually I am a new student in this class. I don't know what to bring so I just bring my textbook with me today. I'm sorry." Kata pelajar itu.
"Ouh, so you are the new student, welcome to SMK Lajau, full with idiot student, like this class, like you. Tak perlu nak bercakap English dengan saya. Saya tahu kamu dari Singapura, pernah sekolah disebuah sekolah yang telah ditutup sebab ada pelajar dibunuh. Cubalah kau yang dibunuhkan? Tak menyusahkan kerja saya untuk memasukkan nama kamu dalam sistem yang macam shit sekarang ni. Ambil buku teks kamu ni dan duduk diam-diam." Kata Amalina lalu membaling buku teks pelajar itu ke luar kelas. Pelajar itu hanya mendiamkan diri dan mengutip buku teksnya.
"Kejap! Stay quietly at there. Sebab kamu bawa buku teks sahaja, berdirilah diluar kelas. Ingat saya nak bagi excuse walaupun kau pelajar baru? Hell no. Jadi, berdiri disitu sampai habis kelas saya. Faham?" kata Amalina sambil tersenyum sinis. Pelajar baru itu hanya angguk perlahan.
"Cis! Bullshit right? Budak baru dah nak tunjuk lagak. Siap nak speaking ngan aku lak tu. Kalau betul takpe, ni berterabur lah weyh." Kata Amalina bersama kawan baiknya, Finey.
"Baru budak tu tau. Nasib baik dier la tuh dapat kelas dengan u yang mulut cam haram bangkai je kan? Biar dier sedar sikit dier tu sape. Nice job!" kata Finey sambil tersenyum gembira.
"Mulut cam bangkai ni gakla yang dicari oleh sekolah bengap tu. Biar budak baru tu dapat sweet nightmare dari I. Weyh jom gi kelab? Nak hilangkan stress I yang dah membuak-buak ni. Wanna have some shots of Tiger." Kata Amalina melemparkan riaksi puas hatinya.
"That would be great, my bitch! Tapi, habiskan dululah kentang McDonald ni."
"Argh! Biarlah tu. Let's go"
"Fuh! Kau boleh drive ke tak ni, Lina? If u can't, biarlah I yang bawa." Ujar Finey yang tengah risau.
"Takpe I boleh bawa ni. U tak yah risaulah. Surely boleh ni." Kata Amalina sambil mencuba memasukkan kunci. Setelah kereta sedia untuk bergerak, dia melambai kea rah Finey yang sedang menunggu pemergian Amalina. Semasa dalam perjalanan, Amalina teringat kembali memorinya di siang hari tadi tentang budak baru itu.
YOU ARE READING
Say Smile!!
Mystery / ThrillerA twisted life of a boy, is he a psychopath or a killer? (To be continue)