CINTAAKU..FULL HOUSE

157 8 1
                                    

Ep4

Sica keluar daripada bilik air dengan muka yang berkerut.Dia menekan-nekan perutnya.Tidak tahan,dia merebahkan badannya di atas katil.

Luhan yang baru pulang daripada pejabat membuka pintu apartmen.Agak pelik kerana dia tidak terbau bau masakan seperti selalu.Stoking dan kasut dibuka.luhan menjenguk ke dapur.Kosong..malah tiada makanan di atas meja.luhan menuju pula ke ruang tamu.Tetap kosong.

Dada luhan rasa berdebar-debar.Gendangan yang dia sendiri tidak tahu maknanya.Dia menuju ke bilik sica.Diketuknya pintu bilik.Tiada jawapan.luhan terus membuka pintu bilik.Terkejut dia melihat sica yang sedang merengkot memegang perut.

"sica?Kau kenapa?"soal luhancemas.

Sìca hanya mengelengkan kepala.Terkejut dia melihat luhan tiba-tiba muncul.Seingatnya,dia mengunci pintu bilik.Malu dia apabila melihat luhan yang memerhatikan dia berseluar pendek dan bersinglet.

"Kau kenapa sica?Sakit perut?"soal luhan sekali lagi.Dia memerhatikan muka sica.Pucat!Dan buat kali pertama jugalah,dia dapat melihat sica sebegitu Selalunya,sica hanya memakai seluar panjang dan tiddak seksi.

"sica.."luhan pegang jemari sica.Risau hatinya melihat sicaa yang hanya mendiam seribu bahasa.

"Jom..aku bawa kau ke klinik"ucap luhan membuatkan sica tersentak.sica menggeleng laju.Situasi tersebut membuatkan sica berasa rimas.Dahlah perutnya sakit,ditambah pula dengan debaran di dada yang membuatkan jantungnya rasa macam nak tercabut.

"Tak payahlah..sikit aje sakit ni.Nanti okeylah.."ucap sica.Dia menarik jemarinya,namun luhan memegang erat jemarinya.Tidak mahu dilepaskan.

"Jomlah..aku risau tengok kau macam ni.Jom..kalau kau tak larat jalan,aku dukung kau"tegas luhan.Sungguh dia serius dengan kata-katanya itu.Jantungnya terasa hampir terhenti melihat muka sicaa yang pucat.

Risau?Hati sica berdetik.Sejak bila dia pandai risaukan aku?Oh..mungkin dia takut,tak ada orang yang masakkan untuk dia.

"Awak tak payahlah susah-susah.Kejap lagi,saya sediakan makan malam awak"sica cuba bangkit daripada pembaringannya,namun bahunya ditolak menyebabkan dia kembali terbaring di atas katil.Berlaga anak mata sica dan luhan.Debaran di dada sica makin kuat bergendang.Dapat dia rasakan,mukanya sudah mula bertukar warna.

"Kau ni..sakit-sakit pun nak risaukan pasal aku.Jangan risau,aku tahu macam mana nak uruskan diri aku.Kau tu..sakit kan?Aku nampak macam seksa je.Kau sakit apa ni?"soal luhan tidak puas hati.

Sica hanya diam.Dia mengigit bibirnya.Takkan dia nak cakap yang dia sakit orang perempuan.Malulah..

"Sica..aku tanya kau ni.Kalau kau tak beritahu kau sakit apa,aku panggilkan doktor datang sini"ugut luhan .

Terbeliak biji mata sica.Dia pandang luhan sekilas.

"Ye..saya dengar.Saya sakit orang perempuanlah.."terang sica malu-malu.

Berkerut dahi luhan."Apa?Sakit orang perempuan?Ada ke penyakit macam tu?Aku tak pernah dengar pun".

Sica mendengus.Ni buat-buat tak faham ke..atau memang tak faham.

Luhan berusaha menyembunyikan senyumannya.Sebenarnya,dia tahu penyakit yang sedang melanda sica.Tapi,sengaja dia buat bodoh.Patutlah sica kuat marah-marah sejak akhir-akhir ni.Entah kenapa,dia rasa macam dia nak dengar lagi bicara keluar daripada mulut sica.Ingin mendengar dan terus mendengar.Suara sica tiba-tiba dirasakan merdu ditelinganya.Juga,dia rasa berat hendak melepaskan jemari sica.
Sica yang masih terbaring,terasa jari-jemarinya digenggam dengan lembut.Dia mengerling sekilas ke arah jari-jemarinnya.Dapat dia rasakan,gosokan kasar tangan luhan.Pegangan tangan luhan pada jari-jemarinya terasa begitu kemas.

Tidak mahu dibuai dengan perasaan yang semakin menyeksakan,sica terus menarik jari-jemarinya membuatkan luhan tersentak.luhan cuak!Mengerti dengan respon sica.

"Err..kau rehatlah dulu.Nanti,aku beli makanan dekat luar"ucap luhan laju lalu terus melangkah keluar.

Bersambung####
emotional_yongie14

cintaku••• full houseTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang