Kesayanganku
Pada rasa-rasa rindu yang wujud
Izinkanku memelukmu budimu
Buat inspirasi sehingga bermimpiKekasihku
Aku dambakan hikmahmu
Menemani hari-hariku;
Yang kian goyah dan sunyi khaliPercayalah kamu,
Aku tidak akan mengalah
Pada halangan yang menahan
Aku tidak mahu berhenti
Sehinggalah kita bertemu nantiKerana kau adalah cintaku;
Kerana Tuhan.
Kau utusan, dan nabi akhir zaman.- Rabiualawwal 1437 hijrah.
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
YOU ARE READING
Puisi-puisi Kecil
Poetry(2015) Ruang rumah tempat hati bersuara. Kadangkala rasa, perlu sederhana.