-Asrama-Percutian-

310 5 0
                                    

Gadis ini,kita beri gelaran dia sebagai N. Di asrama sama sahaja seperti cerita bertajuk 'pengalaman asramaku'.hanya ada beberapa yang hendak ditambah.selain daripada terserempak dengan 'akak commander',terlihat hantu melalui cermin dan kawan baru,N juga telah melalui banyak lagi perkara.Tetapi semuanya hanya perkara yang kita semua biasa dengar.

Jadi,kita skipkan cerita ini dan terus ke bab percutian pula..

Percutian N bersama keluarga ketika ini ialah di Pulau Langkawi,ketika ini,N berusia 16 tahun.N sekeluarga berjumpa saudara mereka untuk meminta tolong mencari chalet.

Akhirnya,N sekeluarga dapat bermalam selama 4 hari 3 malam di chalet tepi pantai tersebut.Chalet N berada di bahagian hujung sekali,di sebelah chalet N merupakan chalet yang belum siap dibina.Yang ada hanya rangka-rangka membuat chalet sahaja.

Pada malam kedua,N dan keluarga pulang selepas makan malam dan bersiar siar di sekeliling pada jam 12:40 pagi.Apabila sampai,adik N yang sedang mendukung adik lelaki N yang berumur 1 tahun setengah membuka kunci pintu.N terkejut melihat di penjuru rangka chalet itu kelihatan seperti seekor orang utan berekor panjang sedang melihat ke arah adik adiknya itu .

N sedaya upaya menyuruh adiknya membuka pintu secepat yang boleh.maklumlah chalet itu agak lama kuncinya pula susah untuk dibuka.Kerana N terlalu cemas dan risau akan adik adiknya yang diperhati orang utan berekor panjang itu, dengan pantas N menuju ke arah mereka dan memberi bantuan.
Setelah semuanya masuk,N terus ambil wudhu' untuk solat isya' dan terus tidur.

Pada malam ketiga, N tidak mahu pulang sehingga lewat malam lagi kerana takut 'benda halus' itu akan mengganggu mereka sekeluarga.walaupun setiap kali keluar dari chalet ketika waktu senja dan malam untuk mengambil barang di dalam kereta dia nampak orang utan itu,kadang kala kelihatan darah yang mengalir diantara batu batu itu.Dia hanya mengabaikan sahaja apa yang dilihatnya.pada malam itu juga,mimpi yang pelik dihadapi oleh N seperti adiknya mati di rangka chalet itu.Hatinya semakin risau dan hanya berserah sepenuhnya kepada Allah.Kerana terlalu risau akan rangka chalet yang didiami oleh 'makhluk halus' itu,kewujudannya semakin bermain di fikiran,dia juga semakin menonjolkan diri terhadap N.

Mungkin juga suatu kejadian yang mengerikan telah terjadi pada masa silam dahulu.Atau,ada benda itu mahukan sesuatu.Tiada siapa yang tahu.

Pada hari yang keempat,N sekeluarga bertolak ke lapangan terbang pada waktu senja,sedang memasukkan barang ke dalam kereta juga,N nampak orang utan berekor panjang itu tidak lepas pandang memandang ke arah N sekeluarga sehingga keluar dari kawasan chalet itu,apa pun N tetap tidak mengendahkan kehadirannya itu.

Hijab!Where stories live. Discover now