-Kampung Halamanku-

195 1 0
                                    

Kampung N terletak di Pekan Nanas,Pontian.setiap kali pulang ke kampung halamannya,N sering terlihat makhluk halus,sejak kematian nenek N,kampung itu dijaga oleh pak ciknya,tetapi pak ciknya hanya datang untuk melihat sahaja setiap dua bulan.Keluarga N akan pulan ke kampung apabila senja dan pulang ke rumah pada lewat malam.

N sering terlihat budak kecil duduk di tangga tetapi,pandangan yang kedua,budak itu sudah tiada.suatu hari,sedang azan maghrib berkumandang,satu tingkap di penjuru bilik terbuka.Yang paling menggerunkan sekali,adiknya dan adik saudaranya datang kepadanya dan menunjuk kearahnya dan berkata "kakak,tengok raksasa buruk tu nak masuk laa jom kita lawan".

Walau N dalam keadaan takut dia terus pergi ke tingkap tersebut dan tutup tingkap itu,tanpa dia sedari,setitis air seperti darah jatuh di atas kakinya.Dia pergi membasuh titisan darah tersebut dengan pantas tanpa berkata apa apa.Selepas itu,dia pergi ke tempat di mana keluarga besarnya berkumpul dan bergelak ketawa bagi menghilangkan rasa takutnya.

Apabila N duduk di sebelah adik perempuannya,tiba-tiba hidung adiknya berdarah.Adiknya hanya memberitahu kepada N.N menyuruh adiknya pergi ke singki dapur untuk mencuci hidungnya maklumlah ketika itu waktu senja,makhluk halus pasti sedang berkeliaran.Sedang dalam perjalanan N menemani adiknya,darah yang mengalir dari hidungnya jatuh ke lantai,sedang N mengambil tisu di atas meja apabila dia pusing sahaja titisan darah yang berada di atas lantai itu hilang.

Dia melihat ke kiri dan kanan untuk memeriksa sama ada orang terpijaknya atau tidak.Setelah mendapati tiada siapa yang memijaknya,N bangun dan bergegas ke arah adiknya untuk memastikan semuanya dalam keadaan yang baik.N memberi tisu untuk menekap hidungnya,ibunya pun berpasan supaya tidak membuang bekas darah itu merata.

Selesai solat maghrib,N baring di sofa di ruang tamu rumah neneknya.Sedang melelapkan matanya,dia ternampak seperti bayangan 'pontianak' berbaju putih berambut panjang dan mulutnya berlumuran darah tergantung di kipas yang berpusing secara perlahan itu. Matanya yang lelap terus menjadi segar akibat terlalu terkejut.N tidak jadi melelapkan dirinya dan duduk main game di fonnya.

Sedang dia duduk berselawat menghadap tv yang tidak dihidupkan,adiknya lalu di hadapannya.N terkejut melihat suatu lembaga hitam mengekori adiknya melalui tv yang tidak dihidupkan tadi.sedang lewat malam hendak pulang ke rumah,adiknya yang diekori oleh lembaga tadi duduk di belakang seorang diri.Adik lelakinya pula berkelakuan aneh,hanya memandang ke arah adik perempuannya di tempat duduk belakang tadi sambil memeluk ibunya.

Perlahan-lahan,N mengambil cermin dan menghalakan ke belakang,sebelah adiknya yang nyenyak tidur kerana kepenatan terdapat lembaga hitan tadi.cermin yang dipegangnya jatuh dengan serta merta.N hanya memandang ke hadapan sambil membaca ayat kursi sementara menunggu sampai ke rumah.

Hijab!Where stories live. Discover now