Bab 1

9 1 0
                                    

                 Deruman kereta di lebuh raya kedengaran. Siulan seorang CEO syarikat memecahkan suasana yang agak sunyi di dalam keretanya. Terpapar senyuman manis dibibir Murad apabila ternampak perempuan yang sedang berjalan di tepi jalanraya. Hon kereta dibunyikan tetapi malangnya bunyi itu diabaikan.
                  Beberapa minit berlalu akhirnya tiba di destinasi yang ingin dituju iaitu pejabat kesayangannya. Seorang pembantu lelaki menghampiri Murad dan mengambil kunci kereta yang diberikan. Murad dengan segeranya berlalu pergi sambil membawa beg bimbitnya. Dengan rasa tegasnya, Murad melangkah memasuki pejabatnya.
                   Semua pekerja yang berada berdekatan mengucapkan 'selamat pagi'. Leeya, tunang atau dipejabat dikenali sebagai PA Murad datang menghampirinya.
"Baiklah Encik Murad, hari ni pukul tiga awak ada meeting dan pukul 5 nanti ada client dari Sabah datang nak jumpa awak. Nak bincang pasal projek yang dekat Sabah tu. Itu sahaja." Terang PA nya.
                   "Ok. So, malam ni macam mana?" Tanya Murad bersahaja. Leeya menyelak buku catatannya dan berkata "Untuk malam ni tak ada catat dalam buku ni." Senyum sinis sudah terpapar di bibir Leeya.Murad yang sudah pun geli hati terus mencubit pipi PA nya itu. "Nakal eh!" Kata Murad manja.
                     Leeya dengan segeranya terus membangunkan dirinya dan berlalu keluar. Tidak lama kemudian, seorang perempuan dengan suara manja menelefon Murad dan berkata "Sayang, bila you nak keluar dengan I?" Soalan itu membuatkan Murad berasa geli.
                      Dengan rasa gelabahnya, Murad pun menjawab "Tak bolehlah sayang, I busy banyak meeting. Lain kali jelah ok." Panggilan tersebut terus terputus selepas mendengar jawapan Murad. Murad yang berasa lega berlalu keluar ke bilik meeting. Sudah lima minit dia lewat menghadiri meeting tersebut.

PraharaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt