Bab 2

5 1 0
                                    

Seperti kebiasaannya, Murad akan keluar pada jam 8.00 malam untuk bertemu rakan-rakannya. Seorang daripada mereka adalah perempuan Berbangsa India. Tiba-tiba, perempuan yang petang tadi menelefonnya datang menghampirinya. "Jadi, inilah client awak? Hei, betina! Kau kenal tak dia ni siapa?! Dia ni boyfriend aku!" Tengking perempuan tersebut. Dengan rasa marah yang mendalam, Murad bangun dan menghalau 'perempuan gila' itu pergi.
Tidak lama selepas itu, Murad terus berlalu pergi dengan rasa marah yang belum hilang. Di rumahnya, ayah dan ibu Murad berbuncang tentang masa depan anak mereka. Mereka khuatir tentang sifat Murad pada masa akan datang. Bukan sahaja tentang masa depannya, malah juga mereka berbincang tentang majlis pertunangan yang akan diadakan nanti.
Keesokan paginya ketika di pejabat, Murad ditegur oleh Leeya. "Semalam ada orang tu bergaduh. Betul ke?". Murad dengan bersahaja menjawab "Amboi! Cepatnya berita sampai. Tak adalah, hal kecil je." Kata Murad untuk memberi kepastian kepada Leeya. "Tulah awak, tu baru seorang." Kata Leeya dengan senyuman sinis dibibir.
Pada pukul 11.15 pagi, Murad mendapat satu panggilan dan mereka berbual dengan sangat mesra melalui telefon bimbit tersebut. Pada masa yang sama juga, seorang wanita yang sangat ayu rupanya memasuki pejabat Murad. Tujuannya adalah untuk membersihkan dan memastikan alatan-alatan di pejabat tersebut bersih. Tiba-tiba, dentuman yang agak kuat memecahkan suasana. Beg bimbit wanita itu jatuh ke atas lantai disebabkan Murad terlanggarnya.
"Sorry." Itu sahaja perkataan yang keluar daripada mulut Murad, CEO syarikat tersebut. Wanita itu mengemas barang-barangnya dan terus berlalu keluar. Niat Murad yang hendak duduk terbatal apabila ternampak sepasang anting-anting yang sangat cantik. Dahinya mula berkerut memikirkan siapakah tuan kepada anting-anting tersebut.
Setelah penat bekerja seharian, Murad membuka tali lehernya dan dicampakkan ke atas katil. Dengan tidak sengaja, dia ternampak anting-anting yang dijumpainya tadi. Dia mula teringat akan wanita yang datang ke pejabatnya tadi.
Bulan sudah pun menunjukkan dirinya. Wanita tersebut mula berasa bingung. Dia mencari sesuatu benda yang amat berharga baginya iaitu anting-anting atau digelarnya sebagai subang. Kedengaran suara rakannya,Mira menghampiri. "Kau ni dah kenapa?" Tanya Mira dengan peliknya.
Dengan berasa berat hati, wanita itu pun berkata "Subang aku ni, dah hilang dah dua-dua." Keluhan yang agak berat kedengaran. Rakannya yang hanya mengangkat tangan berlalu pergi dan berkata "Cari betul-betul." Kata-kata tersebut membuatkan wanita tersebut sakit hati dan terus mencari anting-anting kesayangannya itu.

PraharaWhere stories live. Discover now