Airil Azrai sedang mentandangi kertas yang bertimbun-timbun di atas meja.Memang banyak kerja bila balik dari oustation.Airil Azrai seorang anak jutawan yang terkenal.Dikenali dengan sikap playboynya.Hampir separuh pekerja tergila-gilakan nya.Maklum lah muka ala ala Perancis.
Dia yang leka menandatangi kertas terdengar suara kecoh dari luar bilik pejabatnya.Dia tahu suara milik siapa yang duk terjerit-jerit.Sudah semestinya Nelly,sepupu yang paling obses dengan dia.Payah jugak muka kacak sangat.Sepupu sediri tergila-gilakan aku.Nak cakap Alex sepupu aku yang lagi sorang ni pun kacak jugak.Tapi kenapa Nelly tak pernah nak pandang dia.
"Ril,tengok pekerja you tak kasi I masuk"
"Sorry encik,saya dah halang dia.."
"Takpe Akak Lisa awak boleh keluar...You apahal kecoh-kecoh kat office I.Malu lah I.You tolak akak Lisa yang sarat mengandung tu kalau apa-apa jadi kat dia, siapa nak tanggungjawab? You??"
"I just nak jumpa You aje".Nelly berpakaian seksi dengan hanya mengenakan singlet berwarna hitam dan skirt separas lutut.Terliur jugak Airil melihat kulit gebu Nelly.Buat jiwa lelakinya meronta-ronta.
"I bukannya marah you" semena-mena Airil Azrai memujuk Nelly yang sedang duduk tercegat dengan muka yang masam mencuka.Jika dibiarkan begitu dia pasti akan dimarahi Papa.Nelly bukannya boleh dipercayai.Sikit-sikit nak mengadu.Yang kena marahnya aku.
Airil Azrai mendapatkan Nelly yang masih tercegat.Aduh parah kali ni! "You dengar sini,I bukannya nak marah you ke apa tapi itu pekerja I,I takut dia terjatuh ke apa ke.Nanti I yang susah jugak.Takpe nanti malam I keluar dinner dengan you ya?"
Nelly yang dari tadi membisu akhirnya bersuara dengan ceria.Happy sangat lelaki pujaan hatinya mengajak keluar makan bersama.Selama ni dia lah yang mengajak Airil.Airil pun hanya nak tak nak aje keluar bersama itu pun selepas disuruh Papanya iaitu Uncle Harris.Kalau Uncle Harris takde,tak dapat lah aku keluar dengan si buah hati!
"Okay,you amik I."
"Of course lah."
------------------------------------------------------
Qasya Airara memotong bawang yang baru dia beli di pasar tadi.Dia memotong bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Ayam Masak Merah.Makanan kegemaran Akak Linda.Pasti dia lapar lepas balik dari kerja.
Lepas aku siap masak.Aku menghidangkannya.Aku terdengar bunyi kunci untuk membuka pintu.Mesti akak Linda!
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam kak,jom makan Qai dah buat makanan kegemaran.
Aku dan Akak Linda menikmati makanan sebelum akak Linda bersuara.
"Harini akak tanya bos akak.Katanya kau dah boleh mulakan kerja esok.Sebab nampak gaya kawan akak tu tunggu masa.Gaji nanti dia settel kan kemudian."
"Iyeke kak? Terima kasih."
"Sama-sama.Haa..Qai,apa kata akak bawak kau pusing satu KL,kau pun teringin kan? Lepas makan kita siap siap."
-----------------------------------------------------
"Besarnya kak Kuala Lumpur ni.Orang kat sini pun banyak-banyak."
"Memang banyak orang kat sini.Setiap Kali nak pergi kerja mahupun jalan-jalan di sekitar KL mesti sesak"
Hampir 1 jam kami berjalan-jalan sekitar sini.Banyak jugak tempat menarik yang nak dikunjung.Penat memang penat.Tekak ni pun terasa dah nak kering dah!
"Jom lah kita minum dekat sini-sini.Tekak akak memang dah kering gilo"
Aku dan akak Linda mencari tempat duduk yang kosong.Payah betul nak cari.Akhirnya kami duduk dekat sudut ruang kosong yang terdapat di hujung restoran.
"Akak pergi order dulu ye."
Aku duduk sambil menunggu akak Linda kembali.Lepas aje akak Linda pergi aku terasa dah tak tahan nak terkuncil.
Aku pergi mencari tandas akibat darurat sangat.
"Leganya..eh mana beg aku ni?..Alamak! Aku lupa.Aku tinggalkan dekat tempat tadi".Moga akak Linda dah ada dekat sana.
Aku berjalan secepat yang mungkin.Sampai aje dekat restoran tadi, aku dah nampak sepasang kekasih yang seronok berbual.Amboi sedapnya berbual,sampai tempat duduk orang pun nak amik!..Mana akak Linda?.
"Ehem" aku menghampiri mereka dengan sesabar yang mungkin.
"Ehemm" Kali ni lebih kuat.
Pasangan kekasih ini serentak memandang aku dengan muka yang pelik!.Apa? Muka aku macam alien nak pandang sebegitu sekali?
"Awak berdua ni duduk tempat saya"
"Tempat? Eh kau ada tempah ke tempat ni?"
"Aku takde tempat,tapi kau tu duduk tempat aku..Tu..beg aku tu".Eh tadi aku letak kat kerusi sebelah dah berubah tempat ke? Sah diorang ni cari nahas.Amik tempat aku ubah beg aku pulak.Ubah dah lah dekat bawah lantai.Cari nahas cari nahas dua ekor ni.
"Ni ni ke beg you?.Eh eh si perempuan pula yang berjawab, siap tunding-tunding arah beg aku."Ni ke yang you panggil beg? Ni bukan beg tapi sampah!.Ada ke panggil beg yang dah buruk tu, beg..You dari kampung baru datang KL eh?"
Sabar Qasya.Aku beristigfar sebanyak yang mungkin takut ada kena karate tali pinggang hitam.Mahu tak 12 tulang yang patah.
"Tak kesah lah beg atau sampah
.Sekarang ni..ni tempat duduk saya.S.A.Y.A.Aku eja satu persatu perkataan bagi pasangan kekasih ni tahu apa maknanya milik seseorang."Eh perempuan.Kau ni buat semak mata aku nak memandang muka kau.Tahu tak?Jijik lah muka kau tu.Ni mesti nak pikat aku sebab aku kaya dan kacak.Sebab tu nak amik peluang.Budak kampung!" Serta merta dia bangun dan membuka beg dompetnya. Dia mengambil 5 not keping 100 ringgit dan membaling ke arah muka aku.Tepat.
Dah melampau! Dengan orang sekeliling pandang.Nasib baik lah masa diorang tengah membebel aku sempat capai beg aku.Terus aku sarung ke tangan.
Aku kutip semula duit yang bertaburan ke atas lantai.Mamat ni pandang ay buat aku histeria.Pandangan dia seolah-olah aku hingin sangat duit dia.
"YES! Aku orang kampung,jadi apa masalahnya? Aku tak kacau hidup kau? Dan aku jugak tak hingin duit Kotor kau ni.Selalunya orang yang kaya ni buat kerja haram kan? Dan kau perempuan mesti jual harga diri kau dekat lelaki ni kan?".Aku tunjuk ke arah lelaki yang buat aku rasa nak hentak kepala dia."Eh kau,jangan ingat aku perempuan murahan macam perempuan lain yng senang-senang kau bagi duit lepas buat hajat.Dan ingat sekaya mana pun kau,kau tetap bawah dimata muka bumi ni.Dimana pun kau berada Allah nampak apa yang kau buat",Terus aku simbah air sirap ke atas kepala pasangan kekasih ni.Air sirap kegemaran aku....Aku dah nampak dari jauh muka Akak Linda.Terus aku lari dekat Akak Linda dan bawa dia keluar dari restoran ni sebab semua anak mata terarah dekat aku dan pasangan kekasih tadi.
"RILL,YOU TENGOK APA PEREMPUAN TADI BUAT DEKAT I???"
"QAI,apasal ramai orang kat tempat kita? Apasal orang pandang kita? Akak dah order makanan tadi..kenapa kita keluar?.Banyak sangat pertanyaan akak Linda yang aku tak sempat nak jawab dalam hati aku ni dah rasa bersalah dekat air sirap kegemaran aku.. 'Air sirap kegemaran aku maafkan aku kerana membazirkan dirimu'
YOU ARE READING
Husband Wife???
RomanceOrang cakap bercinta selepas bernikah lebih elok? Qasya Airara- Walaupun awak kacak tapi awak bukan lelaki atau suami idaman saya.Kalau awak di per kan 100% saya bagi awak 0/100%. Airil Azrai- Aku tak sanggup nak jadikan kau kekasih aku apatah lagi...