"Qai tak jawab pun soalan akak ni Qai".
Aku diam aje di tempat duduk sebelah pemandu.Akak Linda yang dari tadi menyoal aku seperti seorang penjenayah di soal anggota polis.Malas nak membuka cerita,buatnya aku hentak kepala aku di dashboard kereta.
"Qai!!!".Eh akak Linda yang naik angin pulak.Marah aku tak jawab soalan dia yang dari tadi tergantung lah tu.
------------------------------------------------------
Airil Azrai masih teringat peristiwa tadi yang berlaku.Lepas aje kena simbah dia terus beredar.Tapi sempat dia menoleh ke tempat duduk sebelah.Dia nampak sekeping gambar yang berukuran passport.Muka budak perempuan tadi! Mukannya manis,senyumannya mempunyai lesung pipit,mata yang cantik dan bulu kening yang melentik tak lupa juga kulit yang putih gebu dan licin.Tapi pelik mukanya berbeza dengan tadi waktu dia sedang kena simbah.Muka budak perempuan tu merah menyala.Teringat kata katanya 'Dan ingat sekaya mana pun kau,kau tetap bawah di mata bumi ini.'Sentap memang sentap!
"Ril,buat apa di koridor malam-malam ni.Sejuk."
"Eh mama,bila masa mama masuk bilik Ril?"
"Ril,tulah berangan sampai tak perasan mama masuk."
Angin yang meniup membiarkan mereka ditiup angin dalam kesunyian.Mama Airil iaitu Dating Salina yang sedari tadi Airil hanya membisu memecahkan suasana.
"Ril esok Nenda datang dari Perancis."
"Nenda datang ke sini? Ala..esok Airil kena pergi outstation di Indonesia lagi.."
"Tak apalah Ril,nenda duduk sini aje.Dah tak duduk di Perancis sana"
"Yeke ma,duduk sini? Boleh lah lepas ni Ril nak manja dengan Nenda."
"Iye,Ril....Ril pergi ke sana buat berapa hari?"
" Seminggu aje ma.."
"Ha yelah,nanti mama tolong tengok-tengokkan syarikat Airil tu"
"Thanks ma"
"Mama masuk bilik tidur mama dulu ye Ril.Goodnight"
"Goodnight ma..".Airil mencium tangan dan dahi ibunya.Rutin harian setiap kali malam datang menjelma mesti mama akan singgah di biliknya untuk nelihat keadaan dirinya sama ada terurus atau tidak.
Terasa sejuk apabila angin semakin lama semakin kuat meniup.Terasa naik bulu roma.Airil masuk ke dalam bilik setelah menutup pintu di koridor.
Teringat yang dia belum bagi tahu Lisa dia akan berangkat ke Indonesia esok pagi. Terus mendail nombor akak Lisa.
"Hello,akak Lisa.Saya akan ke Indonesia esok pagi.Tolong tempahkan flight ke sana dan tolong jagakan syarikat saya."
"Encik,harini saya masih boleh tempahkan flight encik di sana.Tapi esok lusa saya dah tak kerja.Saya cuti bersalin.Jadi pekerja baru yang akan tolong encik semakkan perkembangan terbaru di syarikat semasa encik tiada.Saya akan sms kan nombor pekerja yang akan menggantikan saya".
"Oh ya ya,saya lupa.Hm takpelah.Selamat bercuti.Nanti dah dapat baby jangan lupa bagitahu saya."
------------------------------------------------------
Airil menarik 2 biji bagasi yang akan dibawanya.Semua keluarganya sedang sarapan.Papa, Mama dan Arina pun ada sekali.Arina adik bongsu yang baru balik daripada belajar 2 hari lepas.Tak sempat dia nak bermanja dengan aku.Haih busy nya hidup aku.
Aku menuju ke ruang meja makan sebelum berangkat.Belum punggung aku menyentuh di atas kerusi Papa dah baling Surat khabar di atas meja.Terkejut dengan tindakan Papa yang tiba-tiba aku terus amik dan baca satu artikel yang kian menghangat.
"Papa dengar Ril bergaduh dengan seorang perempuan. Ril terlalu biadap sampai nak campak duit dekat muka dia!.Hebat sangat Ril buat macam tu? Memalukan dia dan memalukan Papa Mama.Papa tak pernah ajar anak papa jadi biadap macam ni!!".Aku diam aje bila Papa marah aku.Pantang betul dia kalau aku tak menghormati orang lain dan selalu merendahkan orang lain.
"Sudah lah Papa,depan rezeki bergaduh.Tak elok.Kalau Nenda tahu macam mana?".
"Biarkan aje Mama tahu.Kenapa mama tak boleh tahu?".Semua terkejut semasa Nenda datang secara mengejut.Mama kepada mama aku.Nama nenda ialah Nur Kathy Aishah semasa Nenda muda.Nenda telah memeluk Islam dan berkahwin dengan Papa kepada mama iaitu Ahmad Islam.
"Eh mama..Bila mama sampai?"
"Baru aje.Kenapa kecoh-kecoh ni?".Nenda mengambil Surat Khabar tadi yang berada di atas meja.Nampak jugak ketara yang Nenda terkejut tapi sengaja dia sembunyikan.Sebaik lah Nenda tak jatuh pengsan akibat terkejut."Nenda nak Ril minta maaf dekat perempuan ni"
"Tapi Nenda..Mana Ril nak cari dia ?"
"Cari aje Ril.Nenda tak kisah.Selagi tak jumpa Nenda takkan maafkan Ril."
"Nenda...".Kenapa lah perempuan ni muncul dalam hidup aku dan hanya nak menyusahkan aku??.
"Sudah lah tu Ma..Ril terpaksa bertolak ke Indonesia dulu takut terlepas flight."Aku terus menyalam tangan mama sebab dia dah bagi isyarat mata supaya pergi keluar cepat-cepat.Semasa nak salam tu mama sempat pesan secara berbisik. "Ril bawak balik mama buah tangan okay?"
"Okay,thanks ma".
------------------------------------------------------
Qasya Airara mengenakan baju kurung berwarna kuning.Rambutnya yang agak keperangan di sanggul.Nampak ayu saja.Harini hari pertama dia memulakan kerja.Resah pun ada juga.
Sewaktu aku masuk bekerja seorang wanita yang sedang hamil bernama Lisa mengajar aku apa yang harus dibuat selama 3 jam.Aku juga diperkenalkan dengan pekerja-pekerja yang lain.Pekerja-pekerja sini jugak dah bagi amaran yang bos memang seorang yang garang kecuali dengan akak Lisa.
"Qasya kau tahu tak? Yang bos baik dengan akak Lisa aje.Yelah pekerja lama.Mestilah." ah mula lah gossip si Athirah ni...
"Bos pernah suruh aku balik kerja sampai siap kerja.Sebabnya aku silap biat assigment." Ah sorang lagi si Surina pulak.
"Guys,guys nak tahu gossip hangat pasal bos? Haritu dekat Kl bos campak duit kat sorang perempuan ni." Ya tuhan lelaki pun sama! Nama aje macho Shahrul! Tapi gaya lebih dari perempuan geli gelemai aku tengok...
Airil Azrai telah selamat sampai di Indonesia sejam yang lalu.Malam semalama Akak Lisa ada bagi nombor assistant baru.Aku tak sempat nak tengok macam mana perihal tentang dia.Aku telefon nombor pejabat yang terletak di meja assistant.
Qasya Airara yang sedang menyusun fail terkejut panggilan dari luar negara berdering.
"Hello,Assalamualaikum.Qasya Airara dari Syarikat Airil's Holdings bercakap..."Tergetar-getar jugak waktu bercakap tu..2 jam lebih kot nak mempraktiskan cara cakap supaya tak tergagap mahu kalau yang vvip?
"Hello,This is CEO of Airil's Holdings."
Omg.Bos.bos.Aku dah jerit sekuat hati dalam hati.Jerit macam dapat call dari artis terkenal macam Nazim Othman.
"Saya nak awak tengokkan jadual lepas saya ke tapak perbinaan di Jakarta,saya ada meeting apa pulak?"
"Hm sekejap encik,encik ada meeting dekat Bandung pada pukul 3:00 petang encik.Nanti saya tempahkan flight di sana."
"Ha bagus,cepat awak buat kerja.Kalau ada apa apa tolong call saja saya."
YOU ARE READING
Husband Wife???
Lãng mạnOrang cakap bercinta selepas bernikah lebih elok? Qasya Airara- Walaupun awak kacak tapi awak bukan lelaki atau suami idaman saya.Kalau awak di per kan 100% saya bagi awak 0/100%. Airil Azrai- Aku tak sanggup nak jadikan kau kekasih aku apatah lagi...