Bab 26

532 29 0
                                    

.......

Di dalam bilik,

Aku sedang membelek telefonku sementara Mark pula sedang menonton 'Law Of The Jungle'.

Aku menyandarkan tubuhku ke sofa. Kakiku dipersilangkan pula untuk menyelesakan dudukku.

Lalu aku merebahkan kepalaku di atas bahu Mark.

Mark pov

Perhatianku terganggu dek gangguan Yerin yang asyik bergerak sana sini.

Malah, dia cuma mengenakan t-shirt separas paha sahaja di tubuhnya. Lagilah laju jantung aku berdebar debar.

Macam minta untuk diterkam saja....!!!

......

Author pov

Mark hanya memerhati sahaja tingkah laku isterinya sedari tadi. Perhatiannya hanya ditumpukan ke arah Yerin sahaja. Tiba tiba, fikiran nakal mula menerjah di kepalanya. Telefon yang sedang dibelek terus dicapai dan diletakkan dia atas meja.

"Yerin tak habis lagi......" . Kata katanya terhenti. Melihat wajah Mark yang hanya beberapa inci sahaja dari wajahnya, lidahnya tiba tiba terkunci. Mark dipandang tidak berkelip.

"Oppa kenapa?"

Mark hanya memekakkan telinganya saja. Kepalanya semakin didekatkan ke wajah isterinya. Lalu dikucup secara drastik di bibir Yerin.

Yerin pov

Aku terkaku dengan ciumannya yang secara drastik itu.

Takut pulak aku tengok Mark malam ni.....macam musang nak terkam anak ayam ja.....!!!!

Aku cuba untuk bangun dari pembaringanku. Tetapi tidak berjaya sebab dia sepantas kilat menarik tubuhku jatuh ke atas ribanya.

"Sayang nak lari mana?"

"Tak.....tak ke mana." Aku cuba menahan getaran rasa di dalam jiwaku.

Perasan dengan sikap isterinya itu, Mark terus menjarakkan tubuhnya. Kesal dengan perlakuannya.

Dari niat ingin mengusik, tiba tiba ada satu keinginan lain pula yang menerjah dalam hati. Nafasnya dilepaskan bagi meredakan debaran dalam dada.

"Kalau Yerin tak sedia lagi, oppa tak paksa." Bimbang jika perlakuannya itu disalahertikan oleh isterinya.

Aku mengeluh. Bukan tak sudi, tapi takut....

Tiba tiba perbualan omma antara aku terlayar semula di ingatan.

~flashback~

"Dia selalu cakap dekat omma yang dia nak ada family yang bahagia dengan Yerin. Nak ada anak. Omma tak lama dah nak masuk kubur. Kalau boleh sebelum omma mati, omma teringin nak tengok cucu omma."

~end of flashback~

Dengan teragak agak, lengan Mark dipaut lalu direbahkan kepalaku ke atas bahunya.

"Mianhae, Yerin bukan tolak oppa tapi tadi tindakan oppa buat Yerin terkejut. Lain kali bagilah signal dulu." Jemarinya diraih lalu digenggamku.

Mark tergelak kecil. Yerin dipandang lalu ditariknya ke dalam dakapannya.

"So nak kena bagi signal dululah ni?"usiknya nakal.

Aku tersenyum.

"Okey, oppa nak kiss your lips sekarang, ready dah ke belum?" Dia mengeyitkan matanya.

Tawaku terus meletus. Geli hati pula aku rasa. Tiba tiba aku terfikir sesuatu untuk mengenakan suamiku.

Kepalaku didekatkan. Aku hanya menunggu saja apa yang ingin dilakukan olehnya. Baru saja bibirku ingin dikucup, aku terus mengelak dan sepantas kilat aku bangun.

Aku ketawa melihat reaksi wajahnya yang terpinga pinga.

Aku terkaku tatkala dia menarikku jatuh ke dalam dakapannya.

"Sekarang ni oppa memang tak nak bagi signal, oppa nak pandu laju je", bisiknya ditelingaku.

Aku tercengang.

Mark terus mengucup wajahku berkali kali. Merasa semakin galak Mark mengucupku, aku pasrah.

Sedang hanyut melayan perasaan, aku terasa seperti tubuhku dicempung dan direbahkan ke atas katil. Mataku dibuka.

Kelihatan Mark sedang memandangku sambil tersenyum.

"I love you, sayang."

"I love you too." Pantas lampu ditutup.

Andai malam ini ditakdirkan aku menjadi milik Mark sepenuhnya, aku reda. Demi kasih sayang dan cinta yang semakin menebal dalam hatiku, aku reda diperlakukan apa sahaja.

.......

"Puan Seoh, kalau boleh malam ni mereka tidur rumah sayalah. Memandangkan ada banyak bilik kosong."

"Saya tak kisah. Asalkan mereka berdua ni pandai jaga diri."

"Omma jangan risau. Baekhyun akan jaga puteri omma ni sebaik mungkin."

Rona merah mula ternampak di wajah Taeyeon.

"Unnie blushinglah." Seohyun menyakat lagi.

Kami semua ketawa.

......

Aku tersedar tatkala cahaya mula menembusi langsir. Jam tepat menunjukkan pukul 7 pagi. Kelihatan Mark masih lagi lena. Sekilas pipi Mark diciumku.

Yerin sayang oppa, bisikku di dalam hati.

Tangan Mark yang melingkar kemas di pinggangku perlahan lahan dialihkan dan aku terus turun dari katil.

Dengan tubuh yang masih dilitupi dengan selimut, baju yang terdampar di atas lantai dicapaiku lalu disarung ke tubuh.
Baju Mark pula aku masukkan ke dalam bakul. Lalu aku masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Mark meraba raba tilam di sebelahnya. Kosong. Diraba lagi. Masih kosong. Dia bingkas bangun.

Mana Yerin? Terdengar pancuran air hujan dari arah bilik air.

Tatkala itu, kejadian semalam berlayar kembali di fikirannya. Akhirnya, Yerin telah menjadi hak miliknya.

Senyuman mula terbit di hujung bibir.Terima kasih sayang.....'

......

Aku yang sedang memasak terkejut apabila seseorang mengucup telingaku.

"Aishh! Oppa, Yerin nak masaklah."

"Thank you sayang." Dia semakin ligat memelukku.

"Wae?"

"Pasal semalam. Yerin jadi hak oppa."

Aku termalu sendiri. Mark ni suka sangat usik aku......

"Hurmm...." aku cuba menutup debaran di dadaku.

"Jom makan." Aku menarik tangannya ke meja makan.

Dia pun duduk.

Kami pun menikmati makanan yang aku masak itu dengan berselera sekali.

........

Sweetnya......!!!!
Mark memang sayangkan Yerin ......

Jgn lupa vote & comment
Annyeong......

To be continued

My Husband Is A Playboy?Where stories live. Discover now