~Cap Tangan Hitam~

139 10 2
                                    

Doktor Kim ialah ketua doktor di Hospital Geon In.Dia sedang berikhtiar untuk mengumpulkan sejumlah Wang yang banyak dalam masa yang singkat kerana hutangnya keliling pinggang.

'Oh ya,insuran kebakaran! Hospital akan mendapat pampasan jika berlaku kebakaran.'

Pada suatu malam ,Doktor Kim telah membakar sebuah gudang di dalam hospital. Api merebak dengan sangat cepat. Hospital itu hampir musnah dijilat api semasa ahli bomba tiba.

Malangnya,seorang pesakit kanak- kanak- lelaki terkorban kerana tidak sempat menyelamatkan diri. Walaupun pihak polis telah mengenal pasti bahawa kebakaran itu bukan sekadar kemalangan tetapi gagal mengesan suspek yang mencetuskan kebakaran.

Tidak lama kemudian,Doktor Kim mendapat pampasan Wang yang lumayan daripada pihak insuran. Selepas hutangnya dilangsaikan, dia menggunakan baki yang selebihnya untuk mengubah suai hospital.

Hospital yang kelihatan baharu itu menjadi semakin popular kerana dilengkapi dengan peralatan perubatan yang canggih.

Pada suatu hari, Doktor Kim balik ke pejabat pejabatnya selepas pembedahan selesai. Dia terjumpa cap tangan hitam di atas mejanya. Cap tangan itu kepunyaan seorang budak.

"Mengapakah ada cap tangan budak di sini? Nampaknya aku perlu memasang kunci keselamatan di dalam pejabat aku."

Kod rahsia bagi kunci keselamatan itu hanya diketahui oleh Doktor Kim.

Beberapa hari kemudian, Doktor Kim terjumpa cap tangan budak di atas meja dan dinding pejabatnya lagi. Perkara itu telah membangkitkan kemarahan Doktor Kim. Dia segera memanggil ketua jururawat yang bertugas di wad kanak- kanak.

"Ini mesti gurauan budak -budak! Mengapa kalian tidak melaksanakan tugas dengan baik? Siapakah yang telah membocorkan kod rahsia kunci pejabat saya?"

" Doktor Kim, kami langsung tidak mengetahui kod rahsia itu. Mungkinkah kunci itu telah rosak?" Kata ketua jururawat.

Doktor Kim meminta tukang kunci untuk memeriksa kunci pejabatnya tetapi tiada sebarang masalah dijumpai. Pejabat Doktor Kim kembali normal selepas ketua jururawat memberikan amaran kepada semua pesakit kanak- kanak.

Pada suatu hari, Doktor Kim memanggil semua staf hospital untuk memberikan arahan.

"Saya akan menghadiri satu mesyuarat pada hujung minggu ini.mesyuarat ini amat penting untuk Hospital Sea Sim, hospital baru kita.Jadi, saya mahu mengumpulkan perhatian untuk menyediakan laporan dan tidak mahu diganggu melainkan ada hal kecemasan. Faham?"

Semua staf berjanji dengan Doktor Kim bahawa mereka tidak akan mengganggunya. Maka, Doktor Kim pun mula membuat laporan di dalam pejabatnya sehingga larut malam.

'Alamak,sudah larut malam !'

Doktor Kim bersiap sedia untuk balik kerumah selepas mengemas semua dokumennya. Tiba- tiba, dia tehidu bau hangus.

' ada benda terbakar?'

Doktor Kim segera memeriksa persekitaran pejabatnya dengan teliti. Rupa rupanya bakul sampah di dalam pejabatnya telah terbakar.

'Bagaimana bakul sampah ini boleh terbakar secara tiba tiba?'

Ketika Doktor Kim ingin mengambil alat pemadam api di koridor , kunci pejabatnya tiba tiba bermasalah. Dia me masukkan kod rahsia tetapi, namun pintu pejabatnya gagal dibuka.

Api semakin marak. Doktor Kim terkunci di dalam pejabatnya. Dia meminta pertolongan sambil mengetuk ngetuk pintu pejabatnya dengan kuat.

"Kebakaran! Tolong! "

Jeritan Doktor Kim tidak didengaru kerana tidak ada sesiapa yang berada berhampiran dengan prjabatnya.

Doktor Kim mencuba mencapai telifonnya di atas mejanya.

Tut...

'Telefon telah rosak ?'

Doktor Kim segera mengeluarkan telefon bimbitnya tetapi malangnya bateri sudah kehabisan. Dia menjadi cemas dan buntu.

Tiba tiba, seorang budak lelaki yang memakai baju pesakit berdiri di luar pejabatnya.

"Adik , tolong Doktor! Cepat buka pintu!"jerit Doktor Kim.

Dia tercegat apabila ternampak nama 'Hospital Geon In' tercetak pada baju budak itu.

" Doktor yang membakar gudang,bukan? Jangan sesekali bermain dengan api kerana api sangat bahaya!"

"Mengapa kamu...Uhuk! Uhuk!"

Doktor Kim mula berada pening lalu pingsan akibat terhidu asap yang berlebihan. Budak lelaki itu melihat Doktor Kim tumbang di atas lantai sambil mengukir senyuman yang seram.

"Memanggil sakit apabila badan kita dibakar hidup-hidup,hehe!"

Loceng kecemasan berbunyi. Namun,pejabat Doktor Kim telah dipenuhi dengan api yang marak membara.



Vote and comment tau^^

Cerita HantuWhere stories live. Discover now