~Syarat Untuk Menunaikan Hajat~

90 5 0
                                    

   Tae-hee telah mendapat tempat pertama di sekolah. Pesaingnya, Hyun-woo berasa kecewa tetapi tidak ingin mengaku kalah. Sebaliknya,dia bertekad untuk belajar bersungguh sungguh.

   Pada suatu malam, Hyun-woo berjalan pulang ke rumah selepas mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.Dalam pelajanan,dia ternampak seorang lelaki yang bertopeng hitam sedang duduk bersandar pada dinding di tepi jalan.

   Di sebelah lelaki itu terdapat sebuah papan yang tertulis 'saya dapat menunaikan hajat anda.' Hyun-woo tertarik lalu berjalan ke arah lelaki itu.

   "Betulkah awak dapat menunaikan hajat saya?"

   "Tentulah tetapi ada syaratnya," kata lelaki itu.

   Hyun-woo tidak mempercayai lelaki itu lalu bergurau "Saya ingin memiliki sebuah telifon binbit baharu. Jika hasrat saya termakbul ,saya akan memberikan anjing hitam saya yang bernama Si Hitam kepada awak."

   "Baiklah"

   Apabila Hyun-woo tiba di rumah, ayahnya memberikan hadiah kepadanya kerana dia telah mendapat tempat kedua dalam peperiksaan. Hadiah itu ialah sebuah telifon binbit baharu!

   Pada keesokan harinya,Hyun-woo membawa telifon binbitnya yang baharu. Semasa waktu rehat, telifon binbit Hyun-woo berdering. Itu ialah panggilan daripada ibunya.

   "Hyun-woo, Si Hitam  telah mati...."

     Hyun-woo tercegat selepas mendengar berita itu.

     ' Aku hanya bergurau.... Mustahil,ini mesti satu kebetulan saja,'bisik Hyun-woo dalam hati.

   Beberapa hari kemudian, Hyun-woo mendapati bahawa Tae-hee telah dipilih sebagainya wakil sekolah dalam pertandingan Matematik peringkat negeri. Dia berasa kecewa kerana keputusan Matematik nya lebih bagus daripada Tae-hee,namun tidak terpilih.

   "Hyun-woo, jangan kecewa. Saya cuma bernasib baik," kata Tae-hee.

     Pujukan Tae-hee tidak membantu malah membangkitkan kemarahan Hyun-woo.

   "Bencinya!"

   Pada malam yang sama,Hyun-woo mahu membuat keputusan untuk pergi terjumpa dengan lelaki yang bertopeng itu.

   "Saya ingin menyertai pertandingan Matematik peringkat negara. Tolong tunaikan permintaan saya," kata Hyun-woo.

   "Baiklah. Apakah tawaran yang awak akan bagi?"

   Wajah Tae-hee muncul dalam fikiran Hyun-woo serta merta.

   "Kawan saya, Tae-hee."

   "Baiklah,"

    Walaupun berasa bimbang, Hyun-woo tetap menanti nantikan hajatnya ditunaikan.

   Keesokkannya, Tae-hee terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang serius. Akhirnya,Hyun-woo berjaya mewakili sekolah dalam pertandingan Matematik peringkat kebangsaan.

  "Ajaibnya,hasrat aku termakbul,!"

   Pada waktu petang,Hyun-woo dan rakan sekelasnya telah menerima berita tentang kematian Tae-hee. Hyun-woo menyesal kerana telah menyebabkan kematian Tae-hee. Dia menyembunyikan diri di perpustakaan hingga waktu malam.

   Dalam perjalanan pulang dari sekolah,lelaki yang bertopeng Hitam itu muncul lagi di depan Hyun-woo.

   "Saya datang kesini untuk menunaikan satu hajat,"

   "Saya sudah tidak berhajat apa apa lagi ," jawab Hyun-woo dengan penuh kesedihan.

  Lelaki itu menggelengkan kepadanya.

   "Nampaknya awak telah salah faham. Saya datang untuk menunaikan hajat orang lain."

   Nada suara lelaki itu sungguh menyeramkan.

   "Saya akan menunaikan hajat Tae-hee. Dia ingin hidup bersama awak untuk selamanya."

  "Apa?"

   Lelaki tu menanggalkan topeng mukanya sambil ketawa sinisnya. Wajah nya amat pucat.

  "Tae-hee menjadikan awak sebagai taruhan,"

    Lelaki itu meluru ke arah Hyun-woo sebaik-baik baik sahaja habis bercakap.





You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 30, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerita HantuWhere stories live. Discover now