Chapter 7

21 3 0
                                    

Hailey membuka matanya. Dia berada di satu tempat yang asing. Apabila dia menoleh ke kanan, dia ternampak susuk tubuh lelaki yang dikenalinya. Luke. Dia berasa lega kerana Luke kelihatan sedang lena di atas sofa.

Dia mula mengigati apa yang berlaku pada malam itu. Kepalanya berasa pening dan berpinar-pinar. Tanpa sengaja, lampu di sebelahnya terjatuh lalu mengejutkan Luke yang terlena itu. Aduh, sekarang jugak ko nak jatuh.

Luke, dengan segera meluru ke arah Hailey. Dia segera memeluk gadis yang mencuri hatinya sejak kali pertama mereka bertemu.

"Are you okay? Do you fell dizzy? Have you remember what happened yesterday?"

Semua soalan keluar dari mulut Luke hanya sia-sia kerana masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hailey terkedu apabila dipeluk oleh Luke kerana dia tidak pernah memeluk atau dipeluk oleh orang lain selain daripada datuknya. Soalan yang ditanyakan oleh Luke cuba untuk difahami

Setelah mengigati peristiwa semalam, hatinya berasa amat perit dan dikhianati. Mutiara jernih mula bergenang di kelopak matanya lantas terjatuh. Dia menangis di dalam dakapan Luke sambilnya memukul dada Luke secara perlahan sambil berkata " I've been betrayed...." Baju t-shirt yang dipakai oleh Luke mula basah akibat terkena air matanya yang tidak mahu berhenti bercucuran.

Luke yang melihat Hailey menangis berasa sedih sehingga pecah hatinya melihat keadaan Hailey sebegituq dan rasa marahnya marahnya membuak - buak kepada Nathan yang membuatkan gadis yang dicintai separuh mati itu menangis. Dia cuba untuk menenangkan Hailey dengan mengusap belakangnya sambil berkata

"Hey, just let go everything today okay? I hate seeing you crying because of some stupid man. It breaks my heart. This will be the last time you cried okay? Promise me.

Setelah Luke mengungkapkan kata-kata itu, Hailey mengangguk lalu membalas pelukannya dan menangis semahunya sehingga dia terlena dalam dakapan Luke yang pernah dibencinya.

Hatinya bertanya, mengapa dia patut membenci orang yang terlalu baik sedangkan menyayangi orang yang jahat kerana menduakannya. Dia berasa sungguh menyesal kerana menerima salam perkenalan daripada Nathan. Memorinya bersama Nathan berlayar dalam mimpinya yang selalunya menjadi indah buatnya tetapi sekarang semuanya menjadi benci. Benci yang teramat.

Keesokan paginya, dia berada di dalam biliknya dan berada dalam baju tidurnya yang disayanginya. Semua perkara yang berlaku semalam bagaikan mimpi ngeri. Namun, dia sedar ianya realiti. Realiti yang harus dia hadapi dengan tabah.

Semenjak hari itu, dia tidak berjumpa dengan Luke mahupun Nathan. Seminggu selepas itu, dia berpindah ke United Kingdom.

Segala memori silamnya, dia telah kebumikan di situ. Dia kini berpegang pada janjinya. Janji dia dengan Luke. Lelaki yang amat mengambil berat tentang nya walaupun dia tidak pernah kisah kan. Dia sedar bahawa kata2 ini betul

"Don't judge the book by it's cover."

★★★★★

Flashback ends. Haha. Dah lama tak update otak berkarat. Saya cepatkan cerita ni ye. Add a touch of LOVE.

Terima Kasih, Sahabat!Where stories live. Discover now