Bab 2

286 12 0
                                    

Kapal terbang yang dinaikki oleh Fatin Airish sudah selamat mendarat di KLIA.Wajah ibunya yang sudah basah kerana air mata, pipi ibunya dilap dengan ibu jari lalu Airish memeluk tubuh ibunya.
"Mama rindu sangat kat Airish,dah jangan nangis lagi. Mama dah masak tomyam favourite Rish" Ujar Puan Azlina setelah selesai mengelap air mata di mukanya sendiri.
"Apalah mama ni masak Tomyam, orang tengah sedih ni dah jangan nangis malu kat orang lain" pujuk Airish.
"Eh , Rish ada photoshoot pukul 5 nanti, ajak Reena sekali bising budak tu sorang" ujar Puan Azlina sambil ketawa sempat lagi Puan Azlina mengingati Airish
"Serious dia ada datang rumah ? maklumlah assistant kesayangan Rish selalu rindukan majikan dia yang cantik ni"seloroh Airish.
Puan Azlina dan Airish berjalan beiringan, setelah pulang banyak yang mereka bincangkan terutamanya tentang pelajaran Airish.Airish duduk bersandar di kerusi dapur setelah selesai menikmati puding roti yang dibuat oleh bonda tercinta.
"Amboi, sampai 4 keping makan, ni makan ke ape ni? Nak gemuk balik ye?" usik Puan Azlina
"Mama ni apelah, takpelah ma dah pukul 4.15 ni nanti lewat pergi photoshoot by the way , malam baru Rish balik sebab ada buat party kat Hotel bye mmuaah" Ujar Airish sambil menghadiahkan 'flying kiss' kepada ibunya.Puan Azlina membalas 'flying kiss' anak perempuannya itu.
"Wei Reena , kau kata nak shopping dulu jom lah lagipun dah nak pukul 8 ni nanti lewat kita sampai parti" Airish memandang kearah Areena yang sibuk menggulung rambutnya.
"Okey, tapi aku ajak Haikal, dia dah tunggu kat dalam mall and dia nak pergi sekali ngan kita"jelas Areena
"Haikal ? Wow, ni first time dia join party and i know mesti dia ni keturunan alim sikit sebab dia pakai kekadang tak sesuai dengan tempat contohnya masa dia pergi club haritu? Ingat tak?" Hina Airish.

Sedap betul kau hina orang ye! Lebih baik alim lah daripada kau ni tapi alim pun join parti jugak.

"Gila kau tak ingat! Pakai baju melayu dengan seluar jeans , dia ingat kita nak bawak dia pergi masjid? Ouh please!"ejek Areena pula.
akhirnya ketawa dilepaskan, tiba-tiba kereta itu dilanggar dari arah belakang.Airish dan Areena terjerit kecil.
"Kerbau mana buta ni?! bawak kereta tak reti nak tengok!"Marah Airish.
"Dah keluar weh, kau belasah je kerbau tu" tambah Areena lagi.
Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai t-shirt bewarna biru dengan jeans berjalan menuju kearah kereta Almera milik Airish.Lelaki itu mengetuk cermin keretanya.
"Sorry miss , tak sengaja" ujar lelaki itu sebaik sahaja Airish melangkah keluar dari keretanya.
"What? Sorry? Kau ingat murah ke nak repair tu baik aku pergi tengok apa yang rosak hurgh!" marah Airish.
Lelaki itu seolah-olah terkejut melihat pakaian Airish.Airish mengenakan seluar jeans paras paha dan baju bewarna merah tanpa lengan.
"Kau tengok! Lampu pecah , belakang kemik! Aku tak kira kau kena ganti!" Marah Airish lagi. Areena hanya mendiamkan diri didalam kereta.
"Macam nilah Airish, Saya ambik kereta awak dulu and awak pakailah kereta saya dulu. Nanti siap repair saya bagitau awak okey?" pujuk lelaki itu.
"Mana kau tau nama aku ni? Oh, kau sengaja nak langgar kereta aku eh? Kau ni memang sengaja kan? Please lah kereta kau pun rosak sebab langgar kereta aku banyak cantik"Bentak Airish.
"Eh, takkan dah tak cam muka saya? I'm Haris, alaa yang awak melawat kat Hospital last week.ingat tak?"
Airish terdiam. Lidahnya kelu saat mengingati lelaki ini. Apelah nasib kalau papanya tau yang begini pakaiannya di KL. Kalau Haris ni kasitau kat papa dia tak ke banjir Malaysia nanti?kemanalah gadis ni nak pergi malam-malam begini dengan pakaian sebegini?

Bae Saya Sweet.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang