Bab 4

199 11 0
                                    

Haris dipanggil oleh ibunya. Lantas dia menyahut lalu duduk di atas sofa empuk yang bertentangan dengan tempat duduk ibunya.Sebaik sahaja Haris duduk, ibunya terus membuka mulut.
"Mama ingat nak suruh Haris pakai baju warna purp..."
Telefon bimbit Haris menyanyikan lagu see you again nyanyian Wiz Khalifa yang sudah dua bulan menjadi lagu kegemaran Haris.Haris mengangkat telefonnya lalu masuk ke biliknya.
"Hello ,Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu.Maafkan saya, adik Encik mengalami kemalangan serius sebentar tadi. Hanya nombor ini yang kami dapat untuk menghubungi keluarga Encik. Terima kasih"
"Sama-sama.err em.." tergagap-gagap suara Haris.Haris terus turun kebawah untuk memberitahu mamanya.
"Mama, Hazriq accident. Kita kena pergi hospital sekarang" Ujar Haris.
"Haaaa? Okey mama pergi ambil bag sekarang"Ujar ibunya dengan nada cemas.
Setibanya mereka di Hospital.Haris terus ke wad yang diberitahu oleh jururawat yang bertugas di situ.Haris terkedu apabila melihat Airish sedang menyuapkan bubur nasi kepada Hazriq.
"Assalamualaikum. Hazriq okey? Macam mana boleh accident ni?" soal Ibunya.
"Waalaikumussalam. Hazriq terlanggar tiang tadi.Hazriq dah nampak tiang tu Hazriq bagitau lah tepi sikit lepastu dia taknak ke tepi Hazriq langgar je lah" gurau Hazriq.
"Eish. Banyak cakap pulak.Thanks Airish jaga Hazriq."ujar wanita itu.
"Eh? Macam mana mama kenal special girlfriend Hazriq ni?pasang spy ke?" tanya Hazriq.Ibunya hanya tersenyum, Haris pula melangkah keluar dari bilik itu. Hmm pelik.Takkan tu pun nak jealous?

Bae Saya Sweet.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang