Remang senja mula melabuhkan tirai. Azizi dan Hanif masih di situ, terperangkap di dalam asrama tinggal yang sudah berpuluh tahun tidak berpenghuni. Suasana semakin gelap dan kelam hanya bunyi cengkerik bersahut-sahutan. Azizi meraba kocek seluarnya. " yes, dapat pun!" dia lantas mengeluarkan lampu suluh yang dibawa. Hanif memaut erat lengan temannya seperti seorang kekasih yang clingy. Mereka tercari- cari jalan keluar. Kehulu kehilir mereka berjalan namun yang kelihatan hanya lah deretan dorm dorm yang sunyi sepi.
"weh, aku putus asa beb!" keluh Hanif.
"Kau apahal bro? tadi kau yang beria, sekarang kau nak putus asa. Hal ni tak kan selesai selagi kita tak cari punca dia kau tahu tak!" marah Azizi kembali
"Masalahnya, benda tu dah lama weh. Aku tak kira, aku nak keluar sekarang juga. Pergi mampos lah dia." Balas hanif .
Azizi malas mahu menghalang rakannya namun dia tahu Hanif tidak akan senang-senang putus asa begini, masih banyak hal yang belum terjawab. Tambahan pulak, punca pembunuhan Zainal masih menjadi tanda tanya.
Minggu lepas, viral di laman sosial dan di dada akhbar tabloid mahupun mainstream akan berita anak jutawan terkenal Malaysia dirodok dengan pisau Rambo sebanyak 40 kali di perutnya. Isi perutnya terburai dan mayatnya di sumbat dalam kereta milik bapanya. Tiada siapa mampu meneka punca pembunuhan tersebut kerana sebuah laptop apple dan beg bimbitnya yang berisi wang sebanyak RM50,000 tidak dilarikan suspek. Hanya sehelai nota ditemui di kocek kemejanya . sehelai nota bertulisan pekat darah bertulis "hi,apa khabar?"
Sejurus selepas kejadian, Hanif dan Azizi mendapat mesej dari nombor tidak dikenali yang berbunyi " hi, apa khabar? from Jebat S." Azizi menyesaki sesuatu. Ya, pasti pembunuhan ini ada kaitan dengan dia. Tiba- tiba segala memori pahit itu datang kembali menyerang akalnya. Lantas, pil di atas meja kopinya dicapai lalu disumbat ke dalam mulut. Biar tenang sedikit hati kecilnya. Azizi kemudiannya lantas menyelak yellow pages yang dicuri dari pejabar sekolah suatu ketika dahulu. Dia mencari-cari nombor sahabat baiknya. Jumpa! Tertera di halaman tersebut nombor rumah Hanif. Terketar-ketar dia mendail nombor tersebut dengan harapan Hnaif masih lagi menggunakannya. Beberapa saat berlalu dan suara perempuan tua menyambut penggilannya. Ini pasti Mak Cik Bedah, pengasuh Hanif. Setelah memperkenalkan diri, Azizi lantas bertanyakan perihal Hanif.
"Maaf nak, Hanif tinggal di Damansara. Sudah lama juga dia tidak balik ke sini, sejak Tuan dan Puan terbunuh dalam kemalangan di London. Dah 5 – 6 tahun rasanya." Panjang lebar Mak Cik Bedah berbicara.
"Terima kasih ya, boleh bagi nombor telefon Hanif?" balas Azizi simpati.
"Boleh, Sekejap ya, 012- 796xxxx ."
"Terima kasih mak cik." Azizi senyum bukan main kepalang.
Azizi lantas menghubungi Hanif dan menceritakan perihal mesej aneh dari seseorang yang dikenali sebagai Jebat S tersebut. Dia pasti hal ini ada kaitan dengan peristiwa itu.Hanif dan Azizi kemudiannya berjanji ingin berjumpa di mamak berhampiran tempat tinggal Hanif. Sejak kejadian tersebut, sudah lebih 10 tahun mereka tidak pernah bersua muka.
"Bro, makin sihat kau sekarang." Tegur Azizi kepada sambal menepuk-nepuk bahu sababat baiknya suatu ketika dahulu.
"Kau pun apa kurangnya, abang sado sekarang." balas Hanif memuji.
Dahulu, siapa tidak kenal mereka. sebut apa sahaja kesalahan yang belum pernah mereka lakukan, kereta cikgu mana yang belum pernah mereka pancitkan, perempuan mana yang belum pernah mereka rasa. Namun masih banyak cikaro sekolah yang dahagakan cinta mereka walaupun sudah berbelas kali digantung sekolah. Ah, zaman muda yang gemilang. Keluh hati kecil mereka.
YOU ARE READING
DENDAM
HorrorMana mampu kau kenal siapa kawan siapa lawan bila kau terdesak mencari jalan pulang.