Part 14

237 14 0
                                    

"Hm. Nasib baik benda-benda kotor tu masih belum masuk dalam badan awak. Dia cuma berminat dengan awak." Kata Asyraf. Dia ni senior kami dan ada belajar ilmu perubatan Islam. Dia juga merangkap abang Zura.

"Macam mana boleh jadi macam ni abang?" Tanya Zura pada Asyraf.

"Mungkin 'dia' dah lama perhatikan Miya. Syukurlah perkara yang lebih teruk tak terjadi."

Aku hanya diam memandang lantai. Macam mana aku nak cerita kat mama dengan papa.

"Miya jangan risau eh, lepas ni duduk je dengan Zura. Saya boleh jaga awak." Ujar Zura sambil memeluk bahuku. Terasa bahagia sangat ada kawan yang caring pasal kita kan.

Selesai berjumpa dengan abang Zura, kami balik ke bilik. Aku banyak termenung. Mungkin masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Dah la Miya, jangan diingat lagi perkara tu. Lagi tiga hari kita dah nak mula bercuti semester. Masa tu, awak tenangkan diri okay? Kalau ada masalah, jangan segan-segan call saya. Kita kan kawan." Kata Zura sambil tersenyum.

"Kita kan kawan."

Ayat last Zura tetiba terngiang-ngiang dalam kepala. Tapi kali ni perasaan selepas dengar ayat tu tak sama macam perasaan masa dengar ayat tu diungkapkan oleh Mi.. Eh! Aku kena lupakan semua tu! Aku taknak ingat sikit pun!

Kawan BaruWhere stories live. Discover now