FIRST DAY

137 2 0
                                    

"Kringgggg"

Jam menunjukkan tepat 5:30 pagi. Khaulah bangun dengan semangat kerana hari ini hari pertama sekolah bagi tahun 2015 .

Khaulah melihat baju sekolah yang telah digosoknya semalam. Rasa semangat untuk ke sekolah semakin bertambah apabila melihat baju sekolahnya dan barang barang nya yang lain dalam keadaan yang serba baru.

Khaulah terus bangkit dari katilnya dan mengambil tuala untuk membersihkan badannya yang tidak selesa itu.

***

"Khaulah cepat turun, makan " panggil ibunya , Puan Zaleha.

"Sabar ummi, Khaulah dah nak siap ni"
balas Khaulah.

Mana pulak perginya scarf aku ni?

Khaulah mencari sambil matanya memerhatikan keadaan sekeliling.

"Haa, sini pun kau. Puas aku cari. Lain kali jangan nak merayap." Bebel Khaulah sendirian setelah menjumpai scrafnya itu

Setelah selesai memakai tudung, Khaulah mengambil beg sekolahnya kemudian turun ke bawah untuk bersarapan.

Kelihatan kakaknya, Mia sedang bersarapan disebelah ayahnya, Encik Hisyam.

Khaulah senyum sendirian memikirkan cara mengenakan kakaknya itu.

Perlahan lahan Khaulah berjalan menuju ke belakang kerusi kakaknya tiba-tiba ada suara yang menegur Khaulah.

"Woi, kau buat apa tu Khaulah?" Tanya abangnya,Azim.

Khaulah buat muka geram. Geram Khaulah dengan abangnya yang suka membela Mia. Sikit sikit Mia, sikit sikit Mia.

Azim menuju ke arah Khaulah kemudian menarik tudung Khaulah yang labuh itu. Azim sengaja melakukannya. Dia juga sering menyakat adik bongsunya itu.

"Ish, rosaklah tudung aku"

"Ni lah balasannya sebab kacau orang.Hahahah. Padan muka" Ketawa Azim jahat.

"Dah dah. Depan rezeki tak elok gaduh. Makan cepat . Nanti terlepas bas sekolah pulak. " tegur Puan Zaleha.

Khaulah mengambil tempat duduk disebelah Mia. Dia mengambil nasi lemak yang dibuat oleh ibunya dan menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya.

"Sedapnya ummi. Nak bawa tapau boleh?"
Puji Khaulah .

"Ummi masak memang selalu sedap . Nanti ummi bagi" balas Puan Zaleha.

"

Pon pon" kedengaran seperti bunyi van sekolah mereka.

"Weh cepatlah makan. Nanti terlepas pulak " tegur Mia.

"Kau gi lah dulu. Suruh pakcik tu tunggu jap "

"Hish! Suka sangat macam ni. Ha, cepatlah!" Marah Mia sambil menyalami Puan Zaleha.

"Ha Khaulah cepat sikit. Kesian pakcik dengan kawan kawan kamu yang dalam van tu tunggu. Kamu ni selalu je lambat. Esok ummi nak kamu yang keluar dulu dari kakak kamu" bebel Puan Zaleha.

"Ye ummi. Inshaa allah"

Khaulah menyalami ibunya dan menuju ke van sekolah.


Diariku SayangWhere stories live. Discover now